|
Sesampai sahaja di Pejabat KebudayaanWilayah Persekutuan. Aku tersenyum kerana melihat suasana meriah sekali. Mungkin kerana Festival Teater W.P akan berlangsung tak lama lagi. Itu aku tak tahulah kan. Tapi apa pun syabas kerana ramai yang telah sedar akan kepentingan seni budaya dalam hidup masyarakat.
Aku terlihat saudara Sani Sudin sedang bermain biola dengan kyusuknya. Malas nak kacaulah nanti hilang pula mood dia. Aku bersalaman dengan sahabat ku. Izzard atau nama glamour nya kenickky. Rupa-rupanya beliau tengah jadi urusetia dengan kumpulan KTKL yang sedang mengadakan program "RUMPUN SENI". Sebenarnya aku tak terkejut keadaan begitu. Sebab suasana Kuala Lumpur memang ramai memerlukan seni budaya dalam hidup mereka. Aku masuk kedalam kelas terlihat cikgu Ahmad Yatim sedang berceramah tentang teater pada penggiat teater muda. Syabas.
Untuk info terbaru, KTKL sedang menjalani latihan Teater "AWAL DAN MIRA" untuk mempertandingkan pada FESTIVAL TEATER Peringkat W.P. Moga mencapai tahap yang membanggakan. Apa pun yang paling penting dalam kehidupan kita ini ialah "TEATER MEMANUSIAKAN MANUSIA". Pertandingan hanya lah suatu sebab sahaja. |
|