| Sesampai sahaja aku di laman budaya Shah Alam bersama Persatuan Badan Budaya , aku melihat beberapa manusia sedang menyiapkan pentas untuk pementasan puisi pada petang itu. Terpandang aku pada suatu sudut. Aku lihat Atondra bersama rakan-rakannya sedang berbual-bual kosong. Tanpa segan silu aku merapati beliau. Alhamdulillah kedatanganku pada waktu disambut baik oleh Atondra atau nama betulnya Mohd Nordin Abdul Rahman. Beliau menghadiahkan pada aku sebuah buku karya nya yang bertajuk Anak Merdeka. Ucapan terima kasih tak bertalu kerana dapat buku secara percuma. Petang tu Atondra menyampaikan puisi iapun dalam suasana hujan bersilang petir ketika itu. Tapi Alhamdulillah kerana semuanya berjalan lancar. Termasuk lah kumpulan Badan Budaya Perak yang mempersembahkan "GEMERSIK SUARA HATI". Tertarik juga bila mana didalam buku pemberian beliau terselit sebuah warkah kepada aku. Yang mana warkah nya seperti ini: Saudara-saudara yang dihormati. Saya kirimkan sebuah lagi buku saya yang baru terbit, semoga diterima dengan baik. Jika anda tidak ada waktu terluang untuk membaca,simpan sahaja diperpustakaan sdr. atau diberikan kepada orang lain yang minat membaca. Budaya membaca bagi warga Malaysia sekarang boleh dipuji. Ramai dikalangan mereka mengisi masa lapang dengan membaca paling tidak membaca akhbar harian. Tetapi budaya membeli buku khususnya novel melayu/antologi cerpen/puisi masih ditahap ' amat kurang' dibawah 40%. keranaitulah penulis/sasterawan di Malaysia sukar untuk cari makan. Penulis sekadar dapat 10 ke 20 % sahaja. sedangkan pembekal dapat 40%. Dapat disifatkan penulis sekadar dapat makan nasi dengankuah tulang, sedang pembekal (memasarkan) makan daging dan hatinya sekali. kadang-kadang ada penerbit mengambil buku sasterawan dicetak, langsung tidak membayar royaltinya. Tahun 2004 ini, saya dengan rasa rendah diri memulakan pemasaran secara terus kepada anda, bukan secara paksa. Saya sifatkan sebagai pemasaran Era 2004. Jual terus. Novel pertama dahulu 500 buah buku dikirimkan kepada teman teman, barangkali 100 ada memberikan kerjasama, mengirim bayaran atau memasukkan ke akaun simpanan. Terima kasih kepada yang memberi kerjasama. Dengan bayaran itu, dapat saya menerbitkan buku berikutnya, Kali ini menyimpuh sebuah lagi. Tujuan sama juga, sama ada anda mengirimkan bayaran atau memasukkan melalui Bank Simpanan Nasional (terpulang) dengan no akuan : 00100-29-89801892-4 atas nama Mohd Nodin Abdulrahman. Hanya sekian dan terima kasih Atondra. Kawan -kawan ku yang membaca wakah ini. Adakah sehingga sampai tahap seorang penulis terpaksa carma (mengemis) demikian. Pada kita yang sepatut nya prihat\in dalam hal ini sepatutnya bukan hanya membaca tetapi membantu semua penulis/sasterawan. Takkan sehingga suatu hari nanti A. Samad Said terpaksa duduk dikaki lima dan menjual buku terbitan nya sendiri FIKIRKANLAH! |
| SEHARI BERSAMA: |
| ATONDRA |
![]() |