Warita Anjing-anjing mereka di mergastua Salakan suara anjing-anjing mereka sering kedengaran apabila �penternak mereka diganggu..bukan untuk diganggu. Malah singgah di pintu pagar sekalipun tidak kesampaian. Mahu sahaja diterkam. Begitu ganasnya anjing-anjing mereka. Lebih ganas lagi apabila terjentik perternak tadi. Tetapi sampai bila anjing-anjing mereka ini akan berhenti menyalak. Tulang basi sahaja menjadi upahannya. Maka salakan anjing ini berhenti seketika. Malahan boleh dijinakkan. Hikpokrik sungguh anjing-anjing mereka. Ingin memburu dan membunuh anjing-anjing mereka, bukanlah suatu kerja yang mudah. Mudah lagi memburu dan membunuh babi hutan dan harimau yang ganas. Tetapi memburu anjing-anjing mereka..mungkin terpaksa dilupakan. Tulang dan daging segar adalah tukaran dan perjanjian.Tetapi ia bunkanlah perjanjian yang mutlak. Berapa ramai pemburu yang sanggup menghadiahkan tulang dan daging yang segar. Sedangkan santapan mereka hanya terlepas dari anjing-anjing mereka untuk bertemu perternak banjingan ini. Bukanlah sesuatu yang senang hendak diperkatakan. Sedangkan perjuangan pemburu hanyalah santapan maggie menjadi taruhan. Maka terpaksalah pemburu ini berbekalkan tulang yang basi menjadi hidangan. Tidak mustahil juga menjadi makanan pemburu itu sendiri. Sungguh karama anjing-anjing mereka. Mangsa Arnab ternakan pemburu selalu menjadi mangsa taruhan anjing-anjing mereka. Kerana mereka tiada geta kekuatan dan juga isbat diri mereka. Hanya kangkung menjadi harian. Inikan pula menyediakan santapan mulut anak-anak anjing mereka. Itu baru anak-anak anjing belum lagi bertemu bapak anjing dan mak anjing. Parah apabila Sundusi menjadi taruhannya,. Segala apa yang di perlukan oleh pemburu semua dibolotkan, yang tinggal hanya sisa-sisa yang mana silap haribulan sisa-sisa yang ditinggal oleh bapak dan mak anjing yang ditinggalkan menjadi makanan anak-anak anjing. Pemburu dan arnab ternakan mati kebuluran. Menumpang di singgah sana kaki bukit yang bila-bila masa akan dirampas oleh tuan besar kepala banjingan ini. Sampai bila anjing-anjing mereka ini boleh dijinakkan. Dengan hanya sebatang kayu tongkat yang dijumpai di tebing. Bermodalkan sisa makanan yang basi , itupun dijumpai. Takkan hanya menunggu rezeki jatuh dari langit. Anjing-anjing mereka sering berkelahi, tetapi keuntungan menyebelahi anjing-anjing mereka kerana mereka terlalu menyanyangi anjing-anjing tersebut. Sering terlepas, malahan imbuhan yang dikecapi. Terfikir juga adakah anjing-anjing ini layak bercampur dengan arnab dan pemburu�.? Itu dah dikira najis�.samak pun tak mungkin terhakis. Tetap bernajis. Tetapi ada juga arnab-arnab yang sudi menerima mereka. Dengan kasad , lain dulu lain sekarang. Tetapi adakah ia bersikap khalis. Ada juga arnab-arnab yang jahil ni .. anjing-anjing mereka pun makhluk tuhan juga. Kelu juga lidah nak berbicara. hendak tidak bercampur juga dengan anjing-anjing merka ini. Ia pun terasa jijik. Tak salah juga�ada juga arnab-arnab yang hikprokrik dan memandang imbuhan. Mereka taklik. Maklumlah kangkung segar sebagai imbuhan. Dari segi pandangan yang lain mereka juga tetap mahkluk tuhan, jika mereka kembali kejalan yang benar dan bertaubat nasoha, akhirnya mereka menjadi makhluk yang paling mulia. Tetapi berapa ramai mereka yang benar-benar mulia. Adakah selepas mereka bergelar berida yang hampir dengan liang lahat?