A`kum,

Baca dan hayati....

Bulan Syaaban mempunyai kebaikan dan berkahnya sendiri. nabi pernah bersabda "Apabila datang bulan Syaaban maka bersihkanlah dirimu dan perbaikilah niat didalam hatimu.

Malaikat-malaikat dilangit sentiasa menantikan ketibaan bulan syaaban kerana terdapat satu malam yang dianggap sebagai malam hari raya bagi mereka, Malam itu ialah malan Nisfu Syaaban (Pertengahan bulan)

Allah mengutuskan Malaikat Jibril pada malam Nisfu Syaaban ke syurga. Allah S.W.T. memerintahkan supaya syurga dihias seindah-indahnya. Malaikat Jibril berkata kepada Syurga " Sesungguhnya Allah S.W.T. telah memerdekakan ahli neraka pada malam ini sebanyak bintang-bintang di langit, sebanyak jumlah hari dunia dan malamnya, sebanyak daun-daun pokok, seberat gunung-gunung dan sebanyak pasir.

Sepanjang bulan syaaban tani digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadat dengan penuh ikhlas, tawadhuk dan takwa kepada Allah dengan harapan semua yang tani lakukan akan diterima Allah dan segera diangkat ke langit.

Malam nisfu syaaban tani digalakkan membaca surah Yaasin sebanyak 3 X.

1. Dengan niat panjang umur,

2. dengan niat memohon limpahan rezeki yang halal dan diberkati,

3. dengan niat supaya ditetapkan iman dan taqwa sepanjang hidup didunia.

Selepas baca yaasin mohonlah keampunan dari Allah untuk diri sendiri, Ibu bapa, keluarga, sahabat handai dan kaum muslimin dan muslimat semuanya

Hosted by www.Geocities.ws

1