anchor01
| Home | Menu Utama | Kejohanan Olahraga
____________________________________________________________________

spacer
Debaran Cabaran SMKBG

oleh Khairul Nizam b Zuhan
spacer
Klik pada hyperlink untuk melihat gambar berkaitan
Gunakan butang BACK browser anda untuk kembali ke laman ini
spacer

Satu kejohanan olahraga telah dianjurkan oleh SMK Bukit Goh, Kuantan, Pahang pada 14 April tahun 2001. Kejohanan olahraga kali ke-17 yang amat dinanti - nantikan oleh seluruh warga SMKBG serta penduduk setempat itu diberi nama ‘Debaran Cabaran SMKBG’.

Debaran Cabaran SMKBG diadakan bertempat di padang SMK Bukit Goh dan disambut dengan meriah serta gilang - gemilang oleh para penyelaras dan ahli jawatankuasa induk kejohanan, para peserta serta tidak terkecuali oleh para tetamu undangan.

Kejohanan itu bermula pada jam 7.30 pagi iaitu pada awal kejohanan para peserta kejohanan bersedia di khemah masing - masing dan para jemputan mengambil tempat.

Seterusnya, pada jam 8.00 pagi ketibaan Yang Berhormat Tuan Hj Md Sohaimi bin Haji Mohamed Shah AMP., ADUN Sungai Lembing disambut oleh Puan Pengetua SMKBG serta guru - guru kanan sekolah. Beliau juga diiringi paluan kompang serta pembawa bunga mangga.

Acara seterusnya dimulakan dengan perbarisan lintas hormat yang diketuai oleh saudara Mohd. Fauzi dari tingkatan 4. Acara perbarisan tersebut disertai oleh pembawa bendera dan pasukan beruniform seperti pasukan Persatuan Bulan Sabit Merah [PBSM], pasukan Pengakap, Persatuan Kadet Bersatu Malaysia [PKBM], Renjer Puteri dan Puteri Islam.

Para athlit dari rumah – rumah sukan turut serta dalam acara perbarisan, iaitu  athlit - athlit Rumah Mahmud [Merah], Rumah Muhammad [Kuning], Rumah Abdul Razak [Biru], dan Rumah Abdullah [Hijau] .

Nama - nama rumah tersebut diambil sempena nama Menteri - Menteri Besar Pahang iaitu Menteri Besar Pahang yang pertama, kedua, ketiga serta keempat.

Acara seterusnya dimulakan dengan ucapan oleh Puan Pengetua SMK Bukit Goh, Puan Hajah Meriam Bt Haji Samah. Dalam ucapannya meliau menyatakan rasa bersyukur serta berterima kasih kepada para tetamu undangan serta para pengelola kejohanan. Seterusnya ialah ucapan perasmian oleh ADUN Sg. Lembing.

Selepas ucapan perasmian oleh YB ADUN Sg Lembing, acara diteruskan dengan upacara menaikan bendera kejohanan serta pembacaan ikrar kejohanan oleh saudara Che Mohd. Afizan dari tingkatan 5.

Untuk memberkati majlis, acara diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Shafie
b Mohd Hasin dan disambung dengan persembahan oleh Pasukan Kadet Bersatu Sekolah, iaitu persembahan kawad kaki.

Persembahan kawad kaki oleh Pasukan Kadet Bersatu tersebut yang amat mengkagumkan itu telah mendapat tepukan yang amat gemuruh dari para penonton. Tahniah kami ucapkan kepada En Zaidi b Bidin, Ketua Penasihat PKBM.

Acara sukan dimulakan pada jam 8.30 pagi dan disertai oleh wakil-wakil dari keempat-empat rumah sukan. Antara acara yang dipertandingkan adalah acara lompat tinggi, lontar peluru, lempar cakera, lompat jauh dan acara lumba lari.

Pertandingan Akhir tarik tali di antara Rumah Kuning dan Rumah Biru merupakan acara yang paling mendapat perhatian daripada para penonton. Akhirnya, Rumah Kuning berjaya menumpaskan Rumah Biru.

Pada jam 9.30 pagi, acara sukan dihentikan seketika untuk rehat serta jamuan ringan, dan disambung semula pada jam 10.00 pagi.

Para belia dari kawasan setempat juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai acara yang khas diadakan untuk mereka iaitu acara lumba motor lambat.

Pada jam 11.30 acara sukan tamat dan acara penyampaian hadiah dan cenderamata kepada para pemenang dan para undangan berlangsung. Hadiah dan cenderamata disampaikan oleh Puan Pengetua SMKBG.

Dalam kejohanan tersebut nampaknya Rumah Abdul Razak iaitu Rumah Biru menjadi juara buat julung kalinya dengan merampas takhta daripada Rumah Mahmud iaitu juara pada kejohanan sebelumnya.

Rumah Mahmud terpaksa tunduk dengan kedudukan kedua. Tempat ketiga dirangkul oleh Rumah Abdullah [Hijau] manakala Rumah Muhammad [Kuning] terpaksa berpuas hati dengan tempat terakhir.

Upacara penutup diteruskan pada jam 12.00 tengah hari iaitu upacara penyerahan bendera kejohanan kepada Puan Pengetua SMK Bukit Goh. Kejohanan tamat pada jam 12.30 tengah hari dengan tamatnya upacara penutup dan semua hadirin bersurai.

Kesimpulannya, kejohanan ‘Debaran Cabaran SMKBG’ ini memberi banyak manfaat khasnya kepada para peserta dengan penerapan semangat tolong-menolong dan nilai murni yang diterapkan secara praktikal.

 

Top of  Page

 

____________________________________________________________________

Copyright � 2001 Webmaster SMK Bukit Goh. Hakcipta Terpelihara.

Hosted by www.Geocities.ws

1