anchor01
| Home | Menu Utama | Sejarah Sekolah
_____________________________________________________________________

Sejarah SMK Bukit Goh

Sejarah Awal Sekolah
Pembinaan Bangunan Sekolah
Pembukaan Rasmi Sekolah
Pembukaan Kelas Tingkatan Empat
Pengetua SMK Bukit Goh : 1974 - 2001
spacer
Klik pada hyperlink untuk melihat gambar berkaitan
Gunakan butang BACK browser anda untuk kembali ke laman ini
spacer
spacer
Lokasi
SMK Bukit Goh terletak di Kampung Bukit Goh, iaitu sebuah rancangan penempatan peneroka yang dibuka oleh FELDA pada 1hb Disember 1966. Peneroka - peneroka dari seluruh pelusuk tanah air mula menduduki kampung ini pada 1hb Mac 1970.

Kampung Bukit Goh terletak lebih kurang 20km ke barat laut bandar Kuantan. Bandar Kuantan adalah bandar terbesar di pantai timur Semenanjung Malaysia dan juga merupakan ibu negeri Pahang.

Klik di sini untuk melihat peta Malaysia

Klik di sini untuk melihat peta kawasan timur laut negeri Pahang

Klik di sini untuk menikmati panorama kampung Bukit Goh


Sejarah Awal
Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Bukit Goh ditubuhkan pada 7hb Januari 1974. Seramai 36 orang pelajar Ting. 1 dan dua orang guru [ Pengetua pertama - Allahyarham Cikgu Ibrahim b Osman, dan Cikgu Mohd. Azam b Abdullah ] terpaksa menumpang di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Goh pada sesi petang kerana bangunan sekolah kami belum wujud lagi.


Pembinaan Bangunan Sekolah
Kerja - kerja meratakan tapak pembinaan dimulakan pada 15hb Mei 1974.

Kerja - kerja meratakan tapak pembinaan disusuli dengan proses pembinaan Blok A, B, KHB dan Kantin.

Akhirnya, Blok A, B, KHB dan Kantin siap di bina.

Bangunan sekolah siap sepenuhnya pada 13 Oktober 1975 dan 138 pelajar [ 3 kelas ] berserta 5 orang guru mula berpindah ke sekolah baru mereka pada tarikh tersebut.

Mulai tahun 1976 bilangan kelas bertambah menjadi 7 kesemuanya [ 234 pelajar ] dan tenaga pengajar seramai 11 orang. Pada tahun ini juga kumpulan pertama pelajar Ting 3 dari sekolah ini menduduki peperiksaan SRP dengan pencapaian 65.1 % lulus.

Pada tahun 1977 pula bilangan kelas bertambah menjadi 10 kesemuanya [ 338 pelajar ] dan tenaga pengajar seramai 15 orang.


Pembukaan Rasmi Sekolah

Pada hari Isnin, bersamaan 18 Julai 1977 sekolah ini dibuka dengan rasminya oleh YB Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, En Chan Siang Sun, JSM., JP., PJK.

Upacara Pembukaan Rasmi ini juga merupakan kemuncak kepada aneka aturcara sambutan Ulangtahun ke 12 FELDA [ yang bermula pada 17hb Julai ], di mana Bukit Goh menjadi tuan rumah bagi semua rancangan FELDA di Wilayah Timur.

Tiga bulan sebelum tarikh bersejarah ini, Guru Besar, guru - guru, pelajar dan ibubapa mereka bertungkus  - lumus membuat berbagai persediaan supaya hari yang ditempa itu benar - benar bersejarah.

Walaupun Projek Pintu Gerbang Perasmian mengalami berbagai masalah, ianya akhirnya disempurnakan oleh pelajar, guru, ibubapa dan seorang pekerja Majlis Perbandaran Kuantan : En Husin. Terima kasih, En Husin.

Saat yang ditunggu menjelang tiba. YB Chan disambut meriah. Paluan kompang riuh - rendah mengiringi beliau masuk ke kawasan sekolah.

Setelah YB Chan memeriksa Barisan Kehormatan, beliau diperkenalkan dengan Ahli Jawatan Kuasa Sambutan dan para guru.

Sejurus kemudian Upacara Perasmian pun dimasyhurkan. Tirai terunai dan nama sekolah terukir indah, terserlah di dinding tembaga merah Papan Tanda Perasmian.
Klik di sini untuk melihat gambar terkini papan tanda tersebut.

Selesai sudah Upacara Perasmian, kini menyusul pula Majlis Ucapan dan Penyampaian Hadiah. 19 orang pelajar berpeluang menerima hadiah dari YB Chan sendiri.
Klik di sini untuk melihat gambar YB Chan sedang menerima cenderamata dari Allahyarham Cikgu Ibrahim b Osman, Guru Besar SMRKBG.

Apakala tamat Majlis Ucapan dan Penerimaan Hadiah, YB Chan berkenan mengabadikan kunjungan beliau ke sini dengan menanam sepohon pokok pine di halaman sekolah, di sebelah blok KHB [ di mana letaknya Taman Kolam pada hari ini ].

Kini, pokok pine tersebut sudahpun dewasa, dan mengingatkan semua warga SMK Bukit Goh tentang masa lampau sekolah kesayangan mereka, disamping menyediakan tempat teduh untuk pelajar beristirehat.

Setelah menanam pokok pine, YB Chan merasmikan pameran kerja tangan pelajar di
Bilik PESENI dan juga acara Pestaria.

Setelah selesai melawat gerai - gerai Pestaria, majlis jamuan ringan telah diadakan di Bilik Sains Rumahtangga. Selain daripada menjamu selera; para hadirin dihiburkan dengan pertunjukkan tarian tradisional Melayu dan Pencak Silat oleh pelajar - pelajar SMRKBG.

YB Chan berangkat meninggalkan majlis pada pukul 12:00 tengahari. Walaubagaimanapun, Pestaria berjalan dengan rancaknya sehingga pukul 10:00 malam.

Dengan itu tercatitlah sudah satu peristiwa penting yang tentunya terukir indah di dalam lembaran sejarah sekolah ini.

- Diubahsuai dari artikel 'Pembukaan Rasmi Sekolah' di dalam Majalah 'Berilmu aBahagia' 1978 Jilid Satu kepunyaan Pn Che Tom bt Omar


Pembukaan Kelas Tingkatan Empat

Sekolah ini kehilangan 'status'nya sebagai Sekolah Menengah Rendah pada tahun 1988, dengan penubuhan 5 buah kelas Ting 4 [ 1 kelas Aliran Sains dan 4 kelas Aliran sastera ] untuk menampung 172 pelajar lepasan SRP.


Pengetua SMK Bukit Goh : 1974 - 2001

1974 - 1979     :  Allahyarham En Ibrahim b Osman

1980 - 1981     :  En Wan Osman b Wan Abdullah

1982 - 1985     :  En Abdul Jabar b Imam Dali

1986 - 1987     :  Tuan Haji Mat Hussin b Yunus

1988 - 1991     :  Allahyarham En Abdul Razak b Mohamed

1992 - 1995     :  Tuan Haji Abdul Wahab b Muhammad

1996 - 1999     :  En Woo He Chuan, AMP

2000 -              :  Pn Hajah Meriam bt Haji Samah

 

Top of  Page

 

___________________________________________________________________

Copyright � 2001 Webmaster SMK Bukit Goh. Hakcipta Terpelihara.

Hosted by www.Geocities.ws

1