tag01
| Home | Menu Utama | Pertandingan Memasak Maggi
____________________________________________________________________

Pertandingan Memasak Maggi

oleh Hairun Nuha bt Daud dan Zulhafiz b Hashim

 

Pada 15hb Julai 2001, satu pertandingan memasak anjuran Maggi telah diadakan di Berjaya Megamall, Kuantan. Beberapa sekolah dari seluruh negeri Pahang, termasuk SMK Bukit Goh mengambil bahagian di dalam pertandingan ini.

Pasukan SMKBG terdiri dari tiga pelajar Ting 3, iaitu : Ayu Tini Marlene bt Mamat, Salasiah bt Abu Bakar dan Afziani bt Abdullah.

Mereka telah diiringi oleh Cikgu Hazmah bt Hamzah selaku Ketua Panitia Ekonomi Rumahtangga, dan Puan Pengetua; Hjh Meriam bt Hj Samah. Kehadiran Puan Pengetua telah merangsangkan pasukan sekolah kami untuk menunjukkan prestasi yang sebaik mungkin.

Juadah yang telah disediakan oleh pasukan sekolah kami adalah Nasi Sari Rampai Maggi, Ayam Goreng Makmur, Kerabu Idaman Nestle; dan Puding Sagu Fantasia sebagai pencucui mulut.

Apabila keputusan diumumkan, tempat pertama digondol oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Akar, dan tempat kedua oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh.

Walaupun pasukan SMKBG hanya mampu pulang dengan hadiah saguhati, kami tetap berbangga dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh mereka.

 

Top of  Page

 

_____________________________________________________________________

Copyright � 2001 Webmaster SMK Bukit Goh. Hakcipta Terpelihara.

Hosted by www.Geocities.ws

1