anchor01
| Home | Menu Utama | Minggu Bahasa Melayu
____________________________________________________________________

Minggu Bahasa Melayu 2001

Laporan oleh Mohd Asrul b Rumidi dan Khairil Azhar b Che Ruzlan

Gambar oleh

Fauziah bt Elias

SPACER
PACER
SPACER
Klik pada hyperlink untuk melihat gambar berkaitan
Gunakan butang BACK browser anda untuk kembali ke laman ini
PACER
SPACER

Dari 21 hingga 25 Mei yang lalu, SMK Bukit Goh telah mengadakan beberapa pertandingan sempena Minggu Bahasa, yang diadakan setiap tahun.

Pertandingan - pertandingan diadakan di dewan sekolah mulai 12:30 tgh. sehingga 5:30 ptg.
Di antara acara yang dipertandingkan adalah drama , sketsa, deklamasi sajak, syair dan berbalas pantun.

Pertandingan - pertandingan disertai pelajar dari Ting. 1 hingga Ting. 5. Semua guru termasuk Puan Pengetua sendiri, sudi hadir untuk menyaksikan persembahan para peserta.

Memandangakan matapelajaran Sastera [ KOMSAS ] telah diperkenalkan, oleh itu semua peserta digalakkan untuk merujuk buku - buku sastera [ KOMSAS ] sebagai panduan. Ini adalah supaya peserta - peserta dapat memanfaatkan buku - buku tersebut sepenuhnya.

Semua peserta mampu menampakkan persembahan yang sangat baik terutamanya dalam acara drama dan sketsa. Ini membayangkan tahap komitmen dan semangat bekerjasama yang tinggi di antara pelakon - pelakon yang terlibat.

Para penonton tidak kering gusi dek gelagat sesetengah kumpulan drama, di sebalik itu dewan menjadi sunyi apabila peserta - peserta acara sajak mendeklamasikan sajak - sajak mereka.

Semua acara yang dipertandingan diadili oleh guru - guru dari Panitia Bahasa Melayu.

Sesungguhnya, Minggu Bahasa ini bukan sekadar berperanan untuk melengkapkan takwim tahunan sekolah, tetapi memainkan peranan yang penting dalam menimbulkan minat di kalangan pelajar terhadap pelajaran Bahasa Melayu.

Minggu Bahasa juga menjadi medan untuk pelajar - pelajar menunjukkan bakat masing - masing, yang selama ini terpendam. Ianya dapat terus meyakinkan pelajar untuk berhadapan dengan orang ramai tanpa adanya perasaan gugup dan lemas.

Kami yakin bahawa aktiviti Minggu Bahasa mampu meningkatkan kesedaran pelajar tentang pentingnya matapelajaran Sastera dan Bahasa Melayu. Aktiviti ini harus diteruskan, dengan harapan menjana minda pelajar untuk lebih cemerlang di masa akan datang.

 

Top of  Page


______________________________________________________________________

Copyright � 2001 Webmaster SMK Bukit Goh. Hakcipta Terpelihara.

Hosted by www.Geocities.ws

1