tag01
| Home | Menu Utama | Sambutan Maulidur Rasul
____________________________________________________________________

Sambutan Maulidur Rasul Sidang Pagi

oleh Mohd Fais b Kamaruddin

 

Guru - guru lelaki sidang pagi ... segaknya!

 

Sidang Pagi SMK Bukit Goh telah menyambut Maulidur Rasul pada hari Jumaat, 8hb Jun 2001, bertempat di tapak perhimpunan sekolah. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memperingati Hari Keputeraan Nabi Muhammad s.a.w.

Majlis bermula pada 8:15 pagi, iaitu selepas perhimpunan mingguan. Pada tahun ini, pihak sekolah telah menjemput seorang penceramah berkaliber, iaitu Ustaz Mahmud Mat
[ Pensyarah IKIP 5, Kuantan ].

Majlis dimulakan dengan kata - kata aluan dari Puan Pengetua. Beliau menasihati para pelajar supaya mengambil pengajaran dan ilmu dari ceramah yang bakal disampaikan oleh Ustaz Mahmud.

Tibalah giliran Ustaz Mahmud untuk ke pentas, dan beliau berjaya menarik perhatian semua yang hadir, termasuk segelintir pelajar yang biasanya leka dengan hal masing - masing.

Di antara perkara - perkara yang disentuh oleh Ustaz Mahmud adalah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, kisah - kisah para nabi, dan gejala sosial yang melanda masyarakat Islam pada hari ini.

Beliau juga mengingatkan para pelajar supaya sentiasa taat pada perintah Allah s.w.t., berusaha untuk mencapai kejayaan dan menutup aurat.

Penyampaian Ustaz Mahmud yang begitu bersemangat, membuatkan para pelajar seronok untuk mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya. Terdapat juga pelajar yang mengeluarkan buku nota untuk membuat catitan.

Setelah ceramah selesai, Puan Pengetua menyampaikan cenderamata kepada Ustaz Mahmud, tanda penghargaan dari pihak sekolah di atas kesudian beliau ke SMK Bukit Goh.

Ini disusuli pula dengan ceramah ringkas oleh Ustaz Zakeria b Suboh, Ketua Bidang Kemanusiaan SMK Bukit Goh.

Majlis sampai ke kemuncaknya dengan acara berselawat beramai - ramai, diketuai kumpulan ADAB [ gabungan pelajar 4AB dan 4AD ].

Pada 9:30 pagi, setelah Ustaz Zakeria selesai membaca doa, para hadirin bersurai dan berakhirlah majlis Sambutan Maulidur Rasul untuk tahun ini.

 

Top of  Page

 

_____________________________________________________________________

Copyright � 2001 Webmaster SMK Bukit Goh. Hakcipta Terpelihara.

Hosted by www.Geocities.ws

1