| Home | Menu Utama | Lencana Sekolah
_____________________________________________________________________

Lencana SMK Bukit Goh

Lencana SMK Bukit GohSebiji buah yang menjadi rekabentuk lencana ini adalah disifatkan sebagai benih pengetahuan yang baik yang sentiasa disemaikan kepada pelajar - pelajar sekolah ini, dan diharapkan akan mendatangkan hasil yang baik kelak.

Merah, warna yang melambangkan keberanian dan kejujuran menjadi warna buku yang beralaskan rehal, memberi gambaran timbunan ilmu pengetahuan yang tidak terhad, patut direbut oleh setiap pelajar demi untuk bekalan hidup yang akan datang. Ilmu pengetahuanlah yang dapat menjamin kebahagiaan seseorang pada masa hadapan.

Rehal berwarna biru membawa maksud kejernihan dan ketulinan ugama, satu pengetahuan yang sangat berguna bagi semua manusia yang mengakui keesaan Allah s.w.t. Bidang ugama menjadi garis panduan pelajar - pelajar sekolah ini di samping aktiviti - aktiviti lain.

Kuning, yang menjadi warna latarbelakang dalam lencana ini memberikan gambaran bahawa  kakitangan dan pelajar sekolah ini sentiasa taat kepada Raja dan Negara Malaysia tercinta, serta menjunjung tinggi prinsip - prinsip Rukunegara.

Bulan Sabit yang bergabung antara warna merah dan biru melambangkan perpaduan yang erat di antara kaum. Sekolah ini sentiasa membuka pintu kepada semua pelajar, tanpa mengira bangsa, keturunan atau kepercayaan mereka; sesuai dengan dasar Rukunegara dan Falsafah Pendidikan Negara.

Gabungan bintang dan kompas di atas latarbelakang berwarna putih membayangkan betapa tinggi dan murninya harapan dan cita - cita sekolah ini untuk melengkapkan pelajar - pelajarnya dengan ilmu pengetahuan yang sempurna agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan masa depan yang kian banyak cabarannya. Kompas melambangkan betapa seseorang itu memerlukan bimbingan dan pedoman yang baik bagi mencapai segala cita - cita murninya.

Kebahagiaan sejati hanya dapat dicapai melalui ilmu - 'Berilmu Bahagia'

 

____________________________________________________________________

Copyright � 2001 Webmaster SMK Bukit Goh. Hakcipta Terpelihara.

Hosted by www.Geocities.ws

1