tag01
| Home | Menu Utama | Perkhemahan KRS
____________________________________________________________________

Perkhemahan KRS Daerah Kuantan

dilaporkan oleh

Kapt KRS Siti Robiah bt Ismail

 

Seramai 31 orang ahli KRS ( 15 lelaki dan 16 perempuan ) sekolah telah menyertai
Perkhemahan KRS peringkat Daerah Kuantan dari 27hb - 29hb Julai 2001 di Kem Tango,
Tanjung Selangor, Pekan.

Guru pengiring terdiri daripada Kapt KRS Siti Robiah bt Ismail, Lt KRS Azman b Daud
dan Lt Muda Norlida bt Mat Isa.

Aktiviti utama adalah memilih pelajar untuk mewakili Daerah Kuantan ke Perkhemahan KRS  peringkat Negeri Pahang. Acara kawad kaki dan jalan lasak diberi keutamaan.

Aktiviti sampingan yang disediakan adalah flying - fox, reapelling, absealling dan berkayak.

 

Ahli - ahli KRS wanita SMK Bukit Goh yang sungguh jelita ...

 

Di akhir perkhemahan, dua orang pelajar sekolah ini terpilih untuk mewakili Daerah
Kuantan, iaitu Khairil Azahar Che Ruzlan dan Halimatul Saadiah Shamsuddin.

Semasa Perkhemahan KRS peringkat Negeri Pahang di tempat yang sama, bertarikh
6hb - 11hb Ogos 2001, pasukan lelaki Daerah Kuantan telah berjaya mewakili Negeri
Pahang ke Pertandingan Kawad Kaki peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang.

Sukacita dimaklumkan bahawa saudara Khairil Azahar adalah di antara yang terpilih ke
pertandingan tersebut. Syabas!

Semoga ahli KRS SMK Bukit Goh akan memberikan komitmen yang tinggi dalam
menaikkan nama sekolah serta menjadi pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan
kokurikulum.

 

--------------------------------------------------------------------------------------------

 

Top of  Page

 

_____________________________________________________________________

Copyright � 2001 Webmaster SMK Bukit Goh. Hakcipta Terpelihara.

 

Hosted by www.Geocities.ws

1