tag01
| Home | Menu Utama | Kata Aluan
____________________________________________________________________

KATA - KATA ALUAN PENGETUA SMKBG

 

 

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan keizinanNya, laman web rasmi sekolah dapat disiapkan dengan jayanya.

Dengan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan penubuhan laman web rasmi SMK Bukit Goh, terutamanya ahli-ahli pasukan laman web sekolah dan guru penasihat yang telah banyak menghabiskan masa dan menyumbangkan kemahiran serta keringat mereka untuk menyiapkan laman web sekolah ini.

Dalam era teknologi serba canggih dan berkembang pesat kini, sekolah tidak mahu ketinggalan untuk bersama-sama memanfaatkan segala kemudahan yang disediakan. Jadi dengan tertubuhnya laman web rasmi sekolah ini, bermakna sekolah telah maju setapak lagi dalam mengejar arus kemajuan kini.

Dengan adanya laman web rasmi sekolah, kita tentu dapat berbangga kerana selama ini hanya sekolah-sekolah ternama dan sekolah-sekolah di bandar-bandar besar sahaja yang mempunya laman web sebegitu.

Pasukan laman web sekolah telah dibentuk pada tahun ini untuk menguruskan laman web sekolah agar sentiasa diperbaharui. Di samping itu, pembentukan pasukan laman web sekolah tersebut juga adalah untuk memanfaatkan kemahiran yang dimiliki oleh para guru SMK Bukit Goh dalam bidang pengkomputeran, agar tidak disia-siakan.

Ini akan dapat mewujudkan golongan yang celik IT di kalangan para pelajar dan seterusnya melahirkan pelajar gemilang dalam menyediakan tenaga mahir penjana Wawasan 2020.

Dengan wujudnya laman web rasmi sekolah ini, segala maklumat dan berita-berita semasa tentang SMK Bukit Goh boleh di access bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Ini memudahkan bekas tenaga pengajar mahupun bekas para pelajar SMK Bukit Goh mengetahui apa yang sedang berlaku di sekolah ini dan juga memudahkan mereka untuk menghubungi kami. Dengan ini martabat SMK Bukit Goh sebagai sebuah institusi pendidikan dapat ditingkatkan.

Semoga laman web rasmi sekolah ini terus dikekalkan dan ditingkatkan mutunya dari semasa ke semasa dan semoga kita semua berjaya membentuk sebuah institusi dinamis dengan warga yang bersedia menghadapi Era Teknologi Maklumat.

 

Sekian, terima kasih.

Pn Hjh Meriam bt Hj Samah
Pengetua
SMK Bukit Goh

 

-------------------------------------------------------------------------------------------

 

Top of  Page

 

____________________________________________________________________

Copyright � 2001 Webmaster SMK Bukit Goh. Hakcipta Terpelihara.

spacer

Hosted by www.Geocities.ws

1