tag01
| Home | Menu Utama | HAK 2001
____________________________________________________________________

Hari Anugerah Kecemerlangan 2001

Laporan oleh Md Khairul Nizam Md Zuhan, Atikah Md Shaari, Nurulhuda Abd Wahab,
   Muzaida Abd Manaf, Husni Wardiana Hassan dan Hairun Nuha Daud

Editor :

Mohd Fais b Kamaruddin

 

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SMK Bukit Goh telah berlangsung  pada hari Ahad, 29hb Julai 2001 di dewan sekolah.

Berikut adalah rentetan aturcara majlis tersebut :

 

8:45 pg
Ketibaan YB ADUN Sungai Lembing, Tn Hj Md Sohaimi b Mohamed Shah telah disambut oleh Puan Pengetua, para pengawas dan pasukan kompang sekolah.

Beliau kemudiannya menyaksikan persembahan taekwondo oleh
Mohd Fairus b Kamaruddin dan Mohd Sofee b Abu Bakar.

Selepas itu, YB memeriksa perbarisan tujuh pasukan unit beruniform.

9:00 pg
Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan dimulakan dengan bacaan doa oleh
Ustaz Zakeria b Suboh

Ini disusuli dengan bacaan Al - Quran oleh Md Faizal b Che Harun [ Ketua Pengawas ].

Acara seterusnya adalah persembahan nasyid oleh Kumpulan Mawaddah, dengan lagu 'Sepohon Kayu' dan 'Seruan Illahi'.

9:15 pg
Ucapan Pengerusi PIBG, Tn Hj Harun b Mamat. Di antara topik - topik yang disentuh oleh Tn Hj Harun adalah pembinaan Blok IT dan program - program yang telah dijalankan oleh AJK PIBG sesi 2000 / 2001

9:30 pg
Ucapan Pn Pengetua, Pn Hjh Meriam bt Hj Samah. Beliau menyeru para ibubapa supaya sentiasa mengikuti perkembangan semasa.

Pn Pengetua juga menceritakan tentang peningkatan prestasi akademik SMK Bukit Goh, dan hasrat kerajaan untuk memenuhi kuota 60% pelajar aliran Sains dan 40% pelajar aliran Sastera.

Beliau meneruskan ucapannya dengan menceritakan tentang program - program yang telah di jalankan di sekolah; dan isu Black Metal.

10:00 pg
Ucapan Perasmian HAK dan Mesyuarat Agong PIBG oleh YB. Beliau menasihati ibu bapa supaya sentiasa mengambil berat tentang hal - hal yang berkaitan dengan anak - anak mereka.

Isu Black Metal juga disentuh oleh YB, di mana beliau menekankan bahawa Black Metal boleh merosakkan aqidah orang Islam.

YB juga sudi menderma RM 5 000 kepada pihak sekolah.

10:30 pg
Acara Penyampaian Hadiah bermula. Di antara penerima - penerima hadiah dan anugerah adalah :

Pelajar Terbaik PMR 2000 :
Siti Noorleeda bt Hasan [ 8A ]
Siti Nadirah bt Nasir [ 8A ]

Pelajar Terbaik SPM 2000 :
Aliran Sains - Nor Zuraida bt Ismail [ 6A 2B 1C ]
Aliran Sastera - Wan Nurol Hawa bt Wan Yusof [ 2A 3B 4C ]

Anugerah Ketua Pelajar [ L ] dan Anugerah Pelajar Mithali [ L ] :
Mohd Faizal b Che Harun

Anugerah Ketua Pelajar [ P ] dan Anugerah Pelajar Mithali [ P ] :
Norhazrin bt Rumidi

Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2001 :
Persatuan / Kelab    :  Mohd Fazli b Jaafar - Kelab Iklim dan Budaya
Unit Beruniform       :  Mohd Fauzi bin Wahab - PKBM
Sukan / Permainan   :  Shahrul Nizam b Leman - Bola Baling 

Anugerah 'Jasamu diKenang' :
En Mansor b Deraman
En Lan Foo Huat
En Muhamad Nordin b Omar
En Mohd Khalil b Abdul Wahab
Pn Wan Noriati bt Wan Abdullah
Cik Rokiah bt Jusoh
Pn Che Tom bt Omar

YB juga telah menerima cenderamata dari Puan Pengetua, sebagai tanda penghargaan warga SMK Bukit Goh di atas kesudian YB untuk menghadiri majlis dan menyampaikan hadiah.

Ini disusuli dengan persembahan Choral Speaking oleh sekumpulan pelajar Ting 3, dengan pantun bertajuk A Better Vision. Kumpulan ini diketuai oleh Nor Aisyah bt Ahmad [ 3AB ].

10:50 pg
YB meninggalkan majlis untuk menjamu selera di kantin sekolah.

Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi kategori - kategori yang belum diselesaikan.

11:20 pg
Acara penyampaian hadiah tamat dan para hadirin dijemput ke kantin sekolah untuk jamuan ringan. Dengan ini, berakhirlah Hari Anugerah Kecemerlangan SMK Bukit Goh bagi tahun 2001.

 

--------------------------------------------------------------------------------------------

 

Top of  Page

 

_____________________________________________________________________

Copyright � 2001 Webmaster SMK Bukit Goh. Hakcipta Terpelihara.

 

Hosted by www.Geocities.ws

1