tag01
| Home | Menu Utama | Bimbingan Insan | Puasa
____________________________________________________________________

Bab 3 : Puasa


Solat Sunat Witir

5. Jamaah menyambung Solat Witir dua rakaat dan salam

    Lafaz niat Solat Sunat Witir bagi dua rakaat yang pertama ialah :

  

    Bermaksud :
     Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat [ ikut imam ] kerana Allah Ta'ala

Perhatian :

Rakaat Pertama : Baca Al - Fatihah dan surah Al - A'laa

Rakaat Kedua   : Baca Al - Fatihah dan surah Al - Kaafiruun

 

6. Jamaah menyambung Solat Witir satu rakaat dan salam

    Lafaz niat Solat Sunat Witir bagi rakaat yang terakhir ialah :


    

    Bermaksud :
     Sahaja aku solat witir satu rakaat [ ikut imam ] kerana Allah Ta'ala 

Perhatian :

Pada rakaat ini, baca  : Al - Fatihah, surah Al - Ikhlaas, Al - Falaq dan An - Naas

Pada malam ke 16 hingga malam akhir Ramadhan disunatkan membaca Qunut pada
rakaat terakhir Solat Sunat Witir. Bacaan Qunut di sini adalah sama dengan bacaan
Qunut pada solat Subuh

 

Nota Tambahan :

Masa untuk mengerjakan Solat Sunat Witir bermula selepas Isyak sehingga sebelum Subuh
[ Saidatina Aisyah ]

Solat sunat ini dikerjakan secara ganjil, iaitu satu rakaat, tiga rakaat, lima rakaat, .....
[ Riwayat Imam Tarmizi ]

Selepas membaca Al - Fatihah, diharuskan membaca mana - mana surah
[ Saidina Ali ]

Seseorang yang telah mengerjakan Solat Sunat Witir, harus mengerjakan solat sunat lain
tanpa mengerjakan Solat Sunat Witir lagi
[ Riwayat Imam Abu Daud ]

 

--------------------------------------------------------------------------------------------

 

Top of  Page

 

_____________________________________________________________________

Copyright � 2001 Webmaster SMK Bukit Goh. Hakcipta Terpelihara.

Hosted by www.Geocities.ws

1