tag01
| Home | Menu Utama | Bimbingan Insan | Tata Tertib Dalam Solat
____________________________________________________________________

Bab 2 : Tata Tertib Dalam Solat

 

Solat Qasar dan Jamak

Ciri - ciri mengharuskannya

01. Perjalanan sehala melebihi 90km

02. Musafir, tujuan baik dan atas kerelaan sendiri

03. Tahu destinasi yang dituju

04. Berniat musafir [ bukan untuk menetap / bermukim ] sekalipun balik kampung
      menziarahi ibu bapa

05. Faham cara - cara melakukan solat Qasar dan Jamak

06. Berimamkan orang musafir [ kecuali Jumaat ] atau solat bersendirian

07. Sebelum salam, masih dalam musafir [ belum sampai ke kediaman sendiri ]

08. Berturut - turut Qasar dan Jamak

09. Mengikut tertib waktu, contohnya : mendahului solat Zohor, kemudian solat Asar
      [ Jamak Takdim sahaja ]

10. Bermula diharuskan solat Qasar dan Jamak setelah seseorang itu keluar rumah dan telah
      membelakangi rumahnya.
     
      Akan tetapi diharuskan juga solat Qasar dan Jamak di rumah sebelum musafir sekiranya
      darurat

11. Tempoh seseorang itu diharuskan solat Qasar dan Jamak, apabila sampai ke destinasi
      yang dituju, adalah tidak lebih dari tiga hari [ tidak termasuk hari perjalanan dan hari
      pulang ]
    
      Walau bagaimanapun, kita lihat contoh seseorang yang menjalankan urusan penting,
      di mana beliau menjangkakan urusannya selesai dalam masa tiga hari, tetapi tidak
      selesai.

      Esoknya dijangka selesai, tetapi tidak juga selesai. Jangkaan akan selesai tugas dari hari
      ke hari berlarutan sehingga lapan belas hari.

      Maka beliau diharuskan solat Qasar dan Jamak. Bila masuk hari ke sembilan belas,
      beliau kenalah solat bermukim [ solat biasa ]

 

Berakhir Solat Qasar dan Jamak

01. Kembali ke kediaman / tempat tinggal sendiri

02. Berniat untuk menetap / bermukim

03. Berada di sesuatu tempat musafir lebih dari tiga hari

 

Kategori Solat Qasar dan Jamak

01. Taqdim :

a.   Solat Zohor dan Asar dalam waktu Zohor

b.   Solat Maghrib dan Isyak dalam waktu Maghrib

Perhatian : Wajib ikut tertib, contohnya solat Zohor, kemudian solat Asar

02. Takhir :

a.   Solat Zohor dan Asar dalam waktu Asar

b.   Solat Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak

 

Cara Solat Qasar dan Jamak

Lafaz niat solat Qasar dan Jamak Taqdim dengan solat Takhir adalah sama, kecuali berlaku perubahan pada perkataan Taqdim atau Takhir

 

01. Solat Zohor dan Asar secara Qasar dan Jamak Taqdim

a.   Niat Fardhu Zohor

Bermaksud :
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar, dihimpunkan Asar dengan Zohor, secara Jamak Taqdim, tunai kerana Allah s.w.t.

- Solat dua rakaat dan diakhiri dengan salam

- Berdiri untuk menunaikan solat Asar pula

 

b. Niat Fardhu Asar

Bermaksud :
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar, dihimpunkan bersama Zohor, secara Jamak Taqdim, tunai kerana Allah s.w.t.

- Solat dua rakaat dan diakhiri dengan salam

- Doa

 

02. Solat Maghrib dan Isyak secara Jamak Taqdim

a.   Niat Fardhu Maghrib [ tiada Qasar ]

Bermaksud :
Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat, dihimpunkan Isyak dengan Maghrib, secara Jamak Taqdim, tunai kerana Allah s.w.t.

- Solat tiga rakaat dan diakhiri dengan salam

- Berdiri untuk solat Isyak pula

 

b. Niat Fardhu Isyak

Bermaksud :
Sahaja aku solat fardhu Isyak, dua rakaat qasar, dihimpunkan bersama Maghrib, secara Jamak Taqdim, tunai kerana Allah s.w.t.

- Solat dua rakaat dan diakhiri dengan salam

- Doa     

 

--------------------------------------------------------------------------------------------

 

Top of  Page

 

_____________________________________________________________________

Copyright � 2001 Webmaster SMK Bukit Goh. Hakcipta Terpelihara.

Hosted by www.Geocities.ws

1