|

tag01
| Home | Menu
Utama | Bimbingan Insan | Puasa
____________________________________________________________________
Bab 3 : Puasa
Keutamaan
Puasa
Bagi sesiapa yang
tertinggal puasa Ramadhan, maka hendaklah ia mengqada'kan puasa
Ramadhan sebelum melakukan puasa sunat.
[ Adalah makruh mengerjakan puasa sunat dahulu, kemudian baru puasa
Qada' ]
Adalah amat
digalakkan, seseorang berniat dan mengerjakan puasa Qada' pada hari - hari
disyorkan berpuasa sunat. Contohnya : Puasa Qada' dalam bulan Syawal.
Muslimin atau Muslimat
tersebut diberi pahala oleh Allah s.w.t. [ pahala Qada' dan pahala Sunat
Syawal ], Insya - Allah.
Batal Puasa
01. Sengaja memasukkan sesuatu ke dalam lubang rongga badan
[ mulut, hidung, telinga,
kemaluan dan dubur ] seperti makanan,
minuman, debu, ubat atau menghisap rokok.
[ Al - Baqarah : 178 ]
Peringatan :
a. Air liur yang mengalir melepasi bibir,
kemudiannya ditelan; membatalkan puasa
b. Berkumur [ dengan air ]
berlebihan sehingga tertelan air, membatalkan puasa
c. Merasa garam berlebihan,
membatalkan puasa
Pengecualian :
a. Berbekam tidak membatalkan puasa
b. Suntikan ubat di bahu [
bukan rongga badan ] tidak membatalkan puasa
c. Menitiskan ubat di mata
tidak membatalkan puasa
02. Sengaja muntah
[ Al - Hadis : Imam Ahmad ]
03. Keluar air mani dengan sengaja
04. Bersetubuh dengan sengaja
[ Al - Hadis : Riwayat Imam
Bokhari ]
Perhatian :
Terlupa, tersalah atau dipaksa tidak
membatalkan puasa
[ Riwayat Imam Abu Hurairah dan Ibnu Abbas ]
05. Keluar haid atau nifas [ bersalin ]
[ Al - Hadis : Saidatina Aisyah ]
06. Berniat berbuka puasa
07. Gila
08. Murtad
[ Al - Baqarah : 217 ]
09. Pitam sepanjang hari
Fidyah
Memberi makanan asasi kepada fakir miskin dengan kadar satu
hari bersamaan secupak
beras [ 675 gram ]. Sekiranya tidak mampu secupak beras, haruslah memberi
fakir miskin,
walaupun seulas tamar [ kurma ].
[ Riwayat Imam Tarmizi ]
Golongan dikenakan fidyah :
01. Seseorang tertinggal puasa, sedangkan beliau mampu untuk mengqada'kan
puasa.
Disebabkan kecuaiannya, beliau meninggal
dunia sebelum sempat menqada'kan
puasanya. Warisnya wajib memberi fidyah.
[ Riwayat Saidatina Aisyah ]
02. Mereka yang terlalu tua [ tidak mampu berpuasa lagi ]
[ Al - Baqarah : 184 ]
03. Ibu hamil, atau menyusukan anak yang bimbang kesihatan
diri dan anaknya; lalu beliau
tidak berkesempatan berpuasa sepanjang tahun.
[ Riwayat Imam Ahmad ]
04. Sakit sepanjang tahun [ disahkan oleh ahli perubatan ]
05. Bekerja sebagai buruh kasar sepanjang tahun. Sebagai
contoh, buruh binaan yang
bekerja di tengah kepanasan matahari.
Peringatan : Kena bayar fidyah sahaja
06. Lewat qada' puasa
Contoh :
Pada Ramadhan 2000, seseorang itu tertinggal
sehari puasa. Setibanya Ramadhan
2001, beliau masih belum menqada'kan puasa
tersebut
[ qada' sehari dan satu unit fidyah ]
Setibanya Ramadhan 2002,
beliau masih belum qada' puasa
[ qada' sehari dan dua unit fidyah ]
Peringatan :
Fidyah bertambah dengan bergantinya
Ramadhan
--------------------------------------------------------------------------------------------
Top of Page
_____________________________________________________________________
Copyright � 2001 Webmaster SMK Bukit
Goh. Hakcipta Terpelihara.
|