
tag01
| Home | Menu
Utama | Bimbingan Insan | Puasa
____________________________________________________________________
Bab 3 : Puasa
Penghayatan Ramadhan
Apabila Allah s.w.t. mewajibkan sesuatu perkara kepada hambaNya, ianya
adalah untuk
kepentingan manusia itu sendiri. Sedikitpun Allah tidak mengambil faedah daripada
penciptaan dan syariat yang diperintahkan kepada makhlukNya.
Ini adalah kerana Allah tidak berhajat atau memerlukan bantuan daripada
makhluknya.
Malah semua perkara yang diperintahkan Allah, hanyalajh untuk kepentingan manusia itu
sendiri.
Firman Allah yang bermaksud :
Dan sesiapa yang berjihad [ berusaha ] maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk
dirinya sendiri. Bahawasanya Allah benar - benar Maha Kaya [ tidak perlu
kepada sesuatu ] dari semesta alam
[ Al Ankabuut : 6 ]
Puasa sebulan yang diwajibkan ke atas umat Islam mempunyai nilai - nilai
taqwa, iaitu
seseorang itu secara sedar dan ikhlas untuk taat pada perintah Allah, juga secara sedar
dan
ikhlas untuk menjauhi laranganNya
Firman Allah :

Bermaksud :
Hai orang - orang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan
ke atas orang - orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa
[ Al Baqarah : 183 ]
Apabila seseorang itu telah berniat puasa, maka sesungguhnya dia telah
berikrar dengan
Allah untuk menjadi orang yang bertaqwa bermula terbit fajar [ imsak ] sehingga masuk
waktu Maghrib.
Ketaqwaan ini diteruskan dengan pengisian amalan - amalan soleh di sebelah
malam pula.
Peristiwa ini berterusan selama sebulan.
Puasa dapat mendidik ketaqwaan seseorang terhadap tubuh badan, kesihatan
dan
kebersihannya. Beliau perlu merehatkan anggota tubuh dari terus bekerja selama sebelas
bulan.
Adalah menjadi satu kezaliman membiarkan anggota dalaman badan bekerja
bertahun - tahun tanpa henti - henti. Apabila seseorang itu berbuka, Rasulullah s.a.w.
berpesan :
Perut itu perlu di isi satu pertiga makanan, satu pertiga minuman dan
satu pertiga udara
[ Riwayat Imam Tarmizi ]
Puasa membentuk ketaqwaan peribadi seseorang iaitu ikhlas, sabar, jujur
dan menepati
masa. Dalam masa yang sama, beliau perlu mengawal lidah, mata, telinga dan pancaindera
supaya sentiasa berada di landasan taqwa.
Seseorang itu dianggap gagal dan zalim apabila tidak jujur dan membiarkan
matanya
melihat perkara - perkara lucah. Rasulullah s.a.w. berpesan :
Puasa itu benteng [ akhlak mulia ]
[ dari himpunan Hadis - hadis Qursi* ]
* Bermaksud : Rasulullah menyandarkan ucapannya kepada firman Allah yang
baginda
dapat
melalui ilham, dan kadang - kadang melalui malaikat Jibril. Berbeza
dengan
Al Quran, yang kesemua ayatnya diturunkan melalui Jibril
Puasa dapat mendidik ketaqwaan seseorang terhadap pengurusan ekonomi.
Seseorang itu
mesti menafkahkan makanan yang halal dan diurus dengan baik. Adalah zalim dan berdosa
apabila seseorang itu melakukan pembaziran.
[ Al Israa' : 27 ]
Puasa membentuk ketaqwaan seseorang terhadap insan lain. Apabila seseorang
itu
berpuasa, dia dapat merasakan nilai kesatuan dan kekeluargaan. Beliau berbuka bersama
keluarga di rumah dan berbuka bersama ahli masyarakat di masjid.
Cara ini mengukuhkan silaturrahim. Adalah zalim dan keterlaluan apabila
seseorang itu
berbuka di rumah, kemudian menghabiskan makanan tanpa menghiraukan ahli keluarga
yang belum makan.
Dari sudut yang lain, berpuasa dapat menimbulkan rasa belas kasihan
terhadap golongan
fakir dan miskin. Oleh sebab itu kita diwajibkan mengeluarkan zakat fitrah.
Puasa dapat mendidik ketaqwaan seseorang supaya hidup seimbang di antara
keperluan
duniawi dan keperluan akhirat. Adalah zalim bagi seseorang itu kalau hanya
bersusah - payah untuk hidup di dunai semata - mata. Adalah zalim bagi seseorang yang
hanya bersedia untuk akhirat tetapi mengabaikan keperluan dunia.
Allah s.w.t. membekalkan dalam bulan Ramadhan pahala yang berganda - ganda
:
1. Bertadarus [ membaca ] Al Quran dan memahami maksud ayat demi ayatnya
2. Bersolat Tarawih
3. Malam Lailatul - Qadar
4. Dibuka pintu syurga [ kebaikan ] dan ditutup pintu neraka [ kejahatan ]
5. Syaitan dikawal dan diikat [ gambaran gerakan besar - besaran seluruh
dunia
membenteras gejala dan masalah penyakit sosial ]
6. Bertakbir dan bersolat Raya
Oleh itu, marilah kita bersama - sama menghayati bulan Ramadhan dan gesaan
dari
Allah s.w.t. supaya kita sentiasa berada di landasan taqwa. Mudah - mudahan kita tidak
akan termasuk ke dalam golongan yang mengabaikan taqwa.
Sabda Rasulullah [ bermaksud ] :
Berapa ramai yang berpuasa tidak mendapat apa - apa melainkan
lapar dan dahaga sahaja
[ Riwayat Imam Baihaqi ]
Bekalan ketaqwaan selama sebulan itu, perlu dijaga dan dihayati selama
sebelas bulan
sebelum bertemu ramadhan akan datang. Insya' - Allah, hidup bertaqwa yang diperintahkan
oleh Allah s.w.t. menjadi amalan kita.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Top of Page
_____________________________________________________________________
Copyright � 2001 Webmaster SMK Bukit
Goh. Hakcipta Terpelihara. |