tag01

| Home | Menu Utama | Bimbingan Insan | Muqadimah
____________________________________________________________________

Muqadimah


Kami guru - guru SMK Bukit Goh [ khasnya guru - guru beragama Islam ], mengharapkan para pelajar menimba ilmu sebanyak mungkin; baik di dalam bilik darjah maupun datang berbincang untuk mendapatkan kefahaman.

Harapan kami, semoga anak - anak didik memiliki ilmu dan berpegang dengan aqidah Islam yang betul.

Apabila para pelajar meninggalkan alam persekolahan dan masuk ke dunia pekerjaan, hendaklah terus beramal dengan suruhan - suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya, serta dalam masa yang sama tidak mengabaikan keperluan dan tanggungjawab untuk berjaya dalam hidup di dunia.

Bermaksud :
Wahai Tuhanku berikan kami kebajikan [ kebahagiaan ] di dunia. Dan kebajikan di akhirat serta jauhilah kami dari siksa neraka.

Dari diri pelajar pula, perlu ada sikap ingin berubah ke arah kebaikan. Allah telah berfirman :

Bermaksud :
Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum melainkan mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.

Oleh itu, sekiranya para pelajar ingin maju dan berjaya, pelajar perlu menanamkan sikap positif dan berdisiplin untuk berubah ke arah yang lebih baik.

 

Sekian.

Allahu Ahlam.


Ustaz Hj Shafie b Hj Mohd Hasin

 

 

tag02

Biodata Penulis

Ustaz Hj Shafie b Hj Mohd Hasin

Ustaz Hj Shafie b Hj Mohd Hasin merupakan lepasan Universiti Al - Azhar, Mesir
[ 1986 - 1990 ] dalam jurusan Dakwah dan Usuluddin dan memperolehi Diploma Pendidikan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia [ 1994 ]

Beliau mula bertugas di SMK Bukit Goh pada tahun 1995

Sebelum ini, Ustaz Hj Shafie pernah mengajar dan berdakwah secara sukarela
di surau - surau dan masjid - masjid di negeri Pahang, serta mengajar di Sekolah Rendah Agama Al - Irsyad [ Kuantan ] dan Sekolah Menengah Agama Al - Ehsan [ Kuantan ]

 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Top of  Page

 

_____________________________________________________________________

Copyright � 2001 Webmaster SMK Bukit Goh. Hakcipta Terpelihara.

Hosted by www.Geocities.ws

1