
tag01
| Home | Menu
Utama | Bimbingan Insan | Puasa
____________________________________________________________________
Bab 3 : Puasa
Lailatul Qadar
Imam Ahmad dan Imam Muslim menceritakan Lailatul
Qadar terjadi pada malam ganjil
dalam sepuluh terakhir Ramadhan
Malam ini teramat istimewa kerana :
Surah Al - Qadr :
1 - 5
| . 
|
Bermaksud : Dengan nama
Allah, Yang Maha Pemurah, lagi
Maha Mengasihani
Sesungguhnya Kami telah menurunkan ( Al - Quran ) pada
malam Lailatul Qadar
Dan tahukah kamu Lailatul Qadar itu?
Lailatul Qadar itu adalah lebih baik dari seribu bulan
Pada malam itu turun malaikat - malaikat dan malaikat
Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan
Malam itu ( penuh ) kesejahteraan sampai terbit fajar |
1. Syed Qutub menjelaskan di dalam Fi
Zilalil Quran, bahawa pentingnya malam Lailatul
Qadar adalah kerana peristiwa itu mengingatkan kita pada malam
ulangtahun penurunan
Al - Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Kehebatan malam ini terlalu agung
untuk digambarkan oleh akal manusia.Satu sejarah
komunikasi di antara Langit ( Allah ) dengan bumi ( makhluk ). Di sini
bermula
ketentuan hidup manusia. Seolah - olah Al - Quran bercakap, memberi
nasihat dan .....
manusia pula menjawab, ' kami dengar dan kami taat '.
2. Ibnu Khatir menjelaskan di dalam kitab tafsirnya
bahawa amalan ikhlas yang dilakukan
pada malam Lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan ( bersamaan �
83 tahun ) dari
sudut ganjaran pahala.
Oleh itu, alangkah ruginya kita,
seandainya kita tidak memberi tumpuan pada sepuluh
malam terakhir Ramadhan.
3. Imam Bokhari dan Imam Muslim menjelaskan di dalam
kitab Hadis mereka :
Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul
Qadar dengan penuh keimanan dan penuh
keikhlasan, InsyaAllah diampunkan dosanya dengan Allah, apa - apa yang
dilakukan
pada masa lalu.
Dosa
dengan manusia, perlu memohon maaf dari manusia
Pada
malam Lailatul Qadar, jumlah para malaikat yang turun ke bumi teramat banyak,
melebihi dari hari - hari biasa. Malaikat turun untuk sama - sama
menyaksikan
manusia menghidupkan malam tersebut dengan beribadah. Alangkah
beruntungnya
mereka yang ikhlas beribadah, dihampiri dan didoakan oleh para
malaikat.
4. Al - Marhum Syed Sabit dalam kitab Fiqh Sunnah
menjelaskan bahawa setiap orang
Muslim yang menghidupkan malam sepuluh terakhir Ramadhan adalah semata
- mata
mengikut sunnah rasul dan amalan para sahabat; kerana malam tersebut
adalah
malam keamanan sejagat yang dijamin oleh Allah s.w.t.
Mungkin ada banyak kelebihan Lailatul Qadar yang
tidak dilengkapkan, tetapi tujuan kita
adalah untuk menghidupkan Sunnah Rasulullah. Semoga kita digolongkan oleh Allah s.w.t.
di dalam kumpulan muttaqin.
Tanda - tanda Malam Lailatul Qadar
a. Cuaca yang tidak terlalu panas dan terlalu sejuk pada malam Lailatul Qadar
b. Malam itu dirahsiakan, kerana Allah mahu melihat
siapakah di antara manusia yang
bersungguh - sungguh, mencari dengan penuh ikhlas tanpa jemu - jemu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Top of Page
_____________________________________________________________________
Copyright � 2001 Webmaster SMK Bukit
Goh. Hakcipta Terpelihara. |