Fasa Analisis Leksikal

• Arahan (aturcara sumber) diimbas dari kiri ke kanan dan proses mengenalpasti token

   dilakukan.

• Token terdiri daripada pembolehubah, katakunci, operator, rentetan aksara, integer, 

    floating-point dan sebagainya.

• Adakalanya peraturan grammars digunakan untuk mengecam token seperti pembolehubah

   dan nombor interger.

                <ident> ::= <letter> | <ident><letter> | <ident><digit>

                <letter> ::= A | B | C | D | … | Z

                <digit> ::= 1| 2 | 3 |4 |5 … | 9

• Bahagian pengkompil yang melaksanakan analisa leksikal dipanggil pengimbas (scanner).

• Pengimbas secara umumnya dapat mengenalpasti token-token rentetan satu aksara

   dan rentetan berbilang aksara. Sebagai contoh, katakunci READ akan dikenalpasti sebagai  

   token rentetan satu aksara dan bukannya berbilang aksara seperti R, E, A dan D.

• Semua ruang kosong akan dibuang semasa fasa ini dan token-token akan disimpan di 

   dalam jadual simbol.

• Output pengimbas ialah satu jujukan token-token yang diberikan satu kod yang sama

   panjang.

Hosted by www.Geocities.ws

1