https://docs.google.com/forms/d/11C-jfvpUMN7ZlE6mxm4Jris_KR4GsiJqvn5vTbtK358/viewform?usp=send_form
Komunikasi juga penting sebagai alat untuk berhibur,
contohnya, lawak jenaka, bergurau senda, berkasih sayang dan sebagainya. Seorang
pelawak menyampaikan cerita yang lucu sehingga membuatkan pendengar ketawa dan
terhibur. Bagi membuatkan seseorang itu terhibur, pelawak tersebut berkomunikasi
dengan pendengar.
Selain daripada itu, komunikasi juga penting untuk kita mencari ilmu. Dalam
proses memcari ilmu, seseorang itu akan banyak bertanya kepada pakar dalam
sesuatu bidang ilmu tentang apa yang ingin ditanya dan pakar dalam bidang ilmu
tersebut memberikan jawapan kepada persoalan kita. Ini merupakan satu proses
komunikasi dalam mencari ilmu. Ilmu pasti tidak akan berkembang jika tidak ada
komunikasi, bahkan buku juga merupakan alat komunikasi untuk menyampaikan hasrat
penulis.
Matlamat komunikasi yang paling utama adalah untuk
menghubungkan, mengeratkan dan menyambung silaturrahim sebagaimana yang dituntut
oleh agama Islam. Seseorang yang mempunyai perhubungan dengan orang lain akan
bertanya khabar tentang orang tersebut, menanyakan tentang keperluan
masing-masing supaya masing-masing dapat memenuhi keperluan antara mereka.
Begitu penting komunikasi dalam kehidupan kita yang hidup bermasyarakat, dimana
kita saling memerlukan antara satu sama lain sama ada dari segi material ataupun
moral.
FAKULTI SAINS SOSIAL
Universiti Malaysia Sarawak
94300 KOTA SAMARAHAN
SARAWAK .
TEL: 082-584150
FAKS: O82-584163
URL:http:/www.unimas.my