EMPAYAR YUNANI (GREEK)

 

Latar Belakang

Di antara tahun 800-500 SM, negara kota Greek telah dibina dalam proses kolonisasi (penjajahan) dengan rancak. Sementara kota-kota di Greek asyik bercakaran, satu kuasa besar telah muncul di kawasan pergunungan Utara Semenanjung Balkan. Di sebalik Thessely terbentang Kerajaan Purba Makedonia, di mana petani-petani tahan lasak menjalankan kehidupan yang tidak langsung disentuh oleh peradaban Grek. Dalam 359 SM, Philip mengisytiharkan dirinya sebagai raja di Makedonia dan memulakan dasar perluasan wilayah. Empayar ini kemudian mengalami perpecahan akibat Iskandar Zulkarnain mangkat dan zaman Yunani beralih ke zaman Hellenistik pada 323 SM.

 

Ciri-ciri

Memperluaskan Dasar Perluasan Kuasa

Pada tahun 359 SM, Philip mengisytiharkan dirinya sebagai raja di Makedonia. Dia bercadang hendak menguasai seluruh wilayah Greek yang berpecah-belah itu. Dia menubuhkan angkatan tentera yang tertetap dan bergaji, terdiri dari petani Makedonia dan melatih askar ini mengikut cara latihan askar di Thebes. Dengan tentera yang terbaik, dia mula menakluk puak-puak liar yang terdapat di antara Makedonia dan Danube. Kemudian, dengan satu dasar bijak menggunakan diplomasi dan kekerasan, dia menguasai bahagian Utara Aegean, kemudian melalui Thermopylae untuk menubuhkan suprimasinya di tengah Greek dengan menghancurkan tentangan orang Phocia. Pada tahun 338 SM, Athens dan Thebes dikalahkan. Malangnya, baginda telah mangkat dalam satu kesibukan menyambut perkahwinan anak perempuannya dan anaknya Iskandar Zulkarnain menaiki takhta pada tahun 336 SM. Dalam 334 SM, baginda menyeberangi Dardanelles dan memasuki Asia Kecil dan menyerang Parsi, kemudian Syria dan Mesir. Pada tahun 331 SM, baginda sekali lagi menyerang Parsi dan menaklukinya. Kemudian, pada tahun 326 SM, baginda menawan Raja India yang bernama Porus dalam pertempuran Hydaspeas. Baginda mangkat pada tahun 323 SM ketika baginda berumur 32 tahun kerana penyakit Malaria.

 

Pemerintah yang Cekap

Iskandar Zulkarnain merupakan pemerintah Yunani yang cekap. Baginda menaiki takhta pada tahun 326 SM semasa baginda berusia 20 tahun. Dia mewarisi sikap sombong, penuh emosi dan berani dari ibunya; fikiran yang praktikal, kepintaran dalam politik dan kemahiran dalam peperangan dari ayahnya. Baginda merupakan ketua tentera dan perancang strategi yang handal. Semasa pemerintahan baginda, kebudayaan Hellenistik telah berkembang ke seluruh empayarnya. Kebudayaan Hellenistik merupakan gabungan kebudayaan Yunani dan kebudayaan Parsi. Baginda merupakan pengasas bandar Iskandariah, sebuah pusat pembelajaran yang penting dalam bidang sains dan matematik. Iskandar Zulkarnain tidak pernah kalah dalam peperangan dengan musuhnya. Semasa pemerintahannya, Empayar Yunani telah mencapai kegemilangan sehingga meliputi 3 benua iaitu Asia, Eropah dan Afrika.

 

Tentera yang Kuat

Yunani mempunyai tentera yang kuat sehinggalah membolehkannya membentuk Empayar Yunani yang begitu luas. Philip telah menubuhkan angkatan tentera yang tetap dan bergaji, terdiri daripada petani Makedonia dan melatih askar ini mengikut latihan askar di Thebes. Angkatan tentera ini telah dilengkapkan dengan tombak yang lebih panjang. Phalaux Makedon dan Sekuadron besar tentera berkuda yang berdisiplin kuat di sayapnya membuat tentera ini susah hendak dikalahkan. Angkatannya mara dalam barisan yang serong, tentera berjalan kaki dan berkuda bergerak bersama mengikut rancangan yang telah disediakan. Kesemuanya sekali menjadi satu jentera ketenteraan yang belum pernah disaksikan di dunia. Kekuatan angkatan juga dapat dilihat apabila dari 330-324 SM, Iskandar Zulkarnain memimpin angkatannya melalui gunung-ganang dan padang pasir yang penuh bahaya, salji dan banjir, berjuang dengan semangat berkobar-kobar menghadapi bermacam jenis musuh, mereka mara beribu-ribu batu ke tengah Asia, masuk Timur sampai ke Bactria, ke Utara menyeberangi Sungai Oxus dan Jaxartes ke Turkestan, ke Selatan menyeberangi Indua dan masuk ke Punjab tanpa berhenti-henti.

Hosted by www.Geocities.ws

1