Penerimaan dan Pengubahsuaian di Indo-China

 

Pengenalan

Kuasa Perancis telah menguasai kawasan Indo-China dengan cara pengilhakan dan juga peperangan. Seperti kuasa-kuasa Barat yang lain, demi memperkukuhkan kedudukan, pelbagai perubahan telah diperkenalkan oleh Perancis sama ada dari segi pentadbiran, ekonomi ataupun sosial.

 

Dari segi pentadbiran

Kerajaan Perancis di Indo-China diketuai oleh Residen Jeneral yang berpusat di Saigon. Wilayah Annam, Tongking, Laos dan Kampuchea diletakkan di bawah seorang Residen Superior Perancis. Beliau bertanggungjawab terhadap Residen Jeneral. Cochin-China pula diletakkan di bawah Leftenan Gabenor yang tarafnya lebih tinggi daripada Residen Superior Perancis. Leftenan Gabenor ini dibantu oleh Majlis Privy dan Majlis Penjajahan. Kawasan ini telah dibahagikan kepada beberapa wilayah yang ditadbir oleh Residen Perancis. Residen Jeneral dibantu oleh Dewan Agung yang mengawal ekonomi dan kewangan. Majlis ini dianggotai oleh pegawai tinggi Perancis. Residen Jeneral juga dibantu oleh jabatan-jabatan seperti Angkatan Tentera dan Laut, Jabatan Urusetia (perkhidmatan awam), Jabatan Pengadilan, Jabatan Kastam dan Eksais dan sebagainya. Perancis turut menyusun semula sistem keadilan dengan menggubal satu kanun undang-undang yang berasaskan kepada undang-undang Perancis.

 

Dari segi ekonomi

Sistem ekonomi yang dijalankan oleh Perancis di Indo-China hanya memberi faedah kepada segolongan pemodal asing terutamanya orang Perancis. Segolongan orang Vietnam yang kaya turut melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi di Vietnam.

 

Dari segi sosial

Pihak Perancis telah menubuhkan sebuah majlis khas untuk mengatur semula sistem pelajaran di Indo-China. Setiap kampung ditubuhkan sekolah permulaan dan Bahasa Guocrigu digunakan. Pihak Perancis turut berusaha menghapuskan institusi perhambaan yang merupakan kebudayaan orang Vietnam. Selain itu, Sistem Mandarin juga dihapuskan dan ia digantikan dengan pegawai-pegawai Perancis. Keadaan ini telah menjadi satu pukulan yang hebat terhadap sistem tradisional Indo-China.

 

oleh SP Star

12/04/2001 09:57:46

Hosted by www.Geocities.ws

1