Penerimaan dan Pengubahsuaian di Filipina
Pengenalan
Kuasa Sepanyol telah mengusai Kepulauan Filipina sejak lebih kurang abad ke-14 lagi. Seperti kuasa barat lain, pihak Sepanyol juga mengadakan beberapa pengubahsuaian sama ada dari segi pentadbiran, sosial ataupun ekonomi.
Dari segi pentadbiran
Dari segi pentadbiran, orang Sepanyol telah memperkenalkan corak pentadbiran oligarki. Pada masa ini, golongan paderi juga berkuasa dalam pentadbiran. Pentadbiran di Filipina diketuai oleh Gabenor Jeneral Adelantadol. Beliau dikawal oleh 2 badan iaitu Audiencia dan Residencia (mahkamah penyiasat). Beliau dibantu oleh Alcade Mayor iaitu Ketua Datuk Bandar. Alcade Mayor ini berkuasa dalam kerajaan tempatan dan wilayah. Visitadar pula bertanggungjawab menjaga hal-ehwal jajahan. Setiap jajahan ini dibahagikan kepada Puebla iaitu bandar dan diletakkan di bawah gabenor kecil dengan memakai gelaran Gabenodorcilla. Beliau bertanggungjawab dalam menjaga bandar dan menjadi hakim besar. Di bawah bandar adanya kampung Barangay yang diketuai oleh seorang Datu. Jawatan-jawatan rendah yang lain pula dipegang oleh ketua-ketua tempatan.
Dari segi ekonomi
Pihak imperialis Sepanyol mengamalkan sistem polo dan bandula (kerah dan serah) di Filipina. Dalam perdagangan galian, hanya kerajaan sahaja yang boleh mengambil bahagian. Bagi kegiatan pertanian, ia dijalankan untuk tujuan perdagangan eksport. Tanaman yang ditanam adalah seperti tebu, kopi, kapas, teh, tembakau, indigo dan sebagainya. Perusahaan turut dimajukan oleh pihak Sepanyol.
Dari segi sosial
Pihak Sepanyol mementingkan aspek pendidikan. Pada peringkat awal, Bahasa Tagalog digunakan, kemudiannya Bahasa Sepanyol dipraktiskan dalam pelajaran. Kebanyakan pelajar-pelajar di Filipina terdiri daripada golongan aristokrat.
oleh SP Star
12/04/2001 09:57:14