Perkembangan Nasionalisme di Myanmar oleh Golongan Thakin

 

Latar belakang

Golongan Thakin juga dikenali sebagai Dobama Asiayone (Persatuan Kita Orang Myanmar). Ia dikenali sebagai Parti Thakin kerana para pemimpinnya menggelarkan diri mereka Thakin yang bererti tuan. Ia memberi simbol penolakan kuasa British dan orang Myanmar seharusnya menjadi tuan di negara sendiri. Ia merupakan percantuman dua buah pertubuhan iaitu percantuman di antara Liga Pemuda Pelajar yang dibentuk pada tahun 1931 dengan Persatuan Dobama yang ditubuhkan pada tahun 1930. Parti ini ditubuhkan dengan rasminya pada tahun 1936 di Universiti Rangoon.

 

Corak perjuangan

Corak perjuangan golongan Thakin dipengaruhi oleh idea-idea sosialisme seperti Marxism, pergerakan Sein-Fein di Ireland dan pergerakkan Farsis Itali dan Jerman. Ia juga merupakan sebuah pergerakkan bercorak politik yang memperjuangkan kemerdekaan dengan kaedah yang radikal dan tidak bekerjasama dengan Inggeris. Mereka mengadakan perhubungan dengan gerakan kebangsaan di negara lain yang pelbagai ideologi seperti Kongres India, Kuomintang dan Parti Komunis China.

 

Peranan dan sumbangan golongan Thakin antara tahun 1935-1941

Pada tahun 1935, pemimpin-pemimpin golongan Thakin iaitu Aung San, Tuein Pe, Kyaw Nyien, Rashid, Tui Han dan Ko Ohn Hu menyertai Jawatankuasa Kerja Pelajar Universiti Rangoon. Pada tahun seterusnya iaitu tahun 1936, permogokan pelajar yang melibatkan Universiti Rangoon dan merebak kepada 35 buah sekolah menengah di sekitar Rangoon. Permogokkan itu adalah untuk membantah tindakan disiplin yang dikenakan ke atas Thakin U Nu (Presiden P.P.U. Rangoon) dan Thakin Aung San. Tindakan dikenakan ke atas mereka kerana Thakin U Nu membuat satu ucapan yang mengkritik pentadbiran universiti dan Thakin Aung San kerana beliau membuat tuduhan yang memburukkan nama seorang pensyarah. Pemimpin-pemimpin Thakin dan pelajar-pelajar telah mengambil peluang ini untuk membuat pindaan ke atas Akta Universiti 1920. Permogokkan ini menyebabkan pemimpin Thakin dianggap sebagai pembela nasionalisme Myanmar. Pindaan ke atas Akta Universiti pada tahun 1939 menyebabkan golongan Thakin semakin popular.

            Pada Disember 1936, golongan Thakin menyertai Pilihanraya Umum yang pertama dengan menubuhkan parti sendiri iaitu Komin-Kochin untuk membentuk Kerajaan Myanmar yang tidak lagi bergabung dengan India. Namun Parti Thakin hanya berjaya memenangi 3 kerusi berbanding 46 kerusi oleh GBCA bersatu yang dipimpin oleh U Ba Pe dan 16 kerusi oleh Parti Sinyetha (Parti Orang Miskin) pimpinan Dr. Ba Maw. Penubuhan kerajaan campuran gagal akibat perbalahan badan-badan gabungan dan timbulnya soal pembahagian jawatan menteri kabinet. Keadaan ini berjaya diatasi oleh Dr. Ba Maw yang membentuk kerajaan campuran yang terdiri daripada parti-parti kecil serta wakil puak minoriti.

            Pada tahun 1938, golongan Thakin menubuhkan Pertubuhan Petani-petani Burma dan All Burma Cultirators League. Golongan Thakin telah mencadangkan pembaharuan cukai bagi membantu petani-petani. Golongan Thakin telah mencetuskan tunjuk perasaan di kalangan buruh lombong minyak dan pengangkutan sungai bagi menuntut kenaikan gaji dan syarat-syarat pekerjaan yang lebih baik. Hal ini menyebabkan golongan Thakin semakin popular di kalangan pekerja dan petani.

            Pada Julai 1938, tercetus pertelingkahan serius di antara orang beragama Buddha dengan orang Islam di Yangon dan kawasan sekitar. Golongan Thakin mengambil kesempatan ini dengan menggalakkan tunjuk perasaan di kalangan buruh dan pelajar di merata tempat.

            Pada tahun 1939, kerajaan pimpinan Dr. Ba Maw telah runtuh berikutan kejayaan U Saw membangkitkan perasaan curiga terhadap pentadbiran Dr. Ba Maw. Kerajaan campuran baru dibentuk oleh U Pu dengan sokongan U Ba Pe dan U Saw. Kerajaan baru bersifat konservatif tidak dapat menenteramkan kekacauan politik dan awam. Parti Thakin, biarpun menyertai kerajaan, mengambil kesempatan kekacauan politik bagi memperjuangkan sosialisme golongan Thakin. Akibat terletusnya Perang Dunia Pertama yang meletus di Eropah, golongan Thakin telah menubuhkan Blok Pembebasan bersama-sama dengan Dr. Ba Maw. Blok ini menggunakan Perang Dunia Pertama untuk mendapatkan konsesi-konsesi daripada British bagi penyertaan Myanmar dalam perang itu dan perkara ini mendapat sokongan ramai melalui golongan Pongyi. Namun, jaminan U Pu bahawa Myanmar akan membantu British tanpa syarat telah mengakibatkan kempen anti perang oleh golongan Thakin. Konflik peribadi antara U Pu dengan Dr. Ba Maw dan tindakan U Saw menarik sokongan menjatuhkan U Pu. U Saw naik sebagai Perdana Menteri.

            Pada tahun 1940, Kerajaan U Saw telah menangkap beberapa pemimpin Thakin bersama-sama dengan Dr. Ba Maw yang akhirnya menjatuhkan hukuman penjara. Thakin Aung San dan 30 orang Thakin yang lain pula melarikan diri ke negeri China pada akhir tahun 1940.

            Pada tahun 1941, Thakin Aung San membuat pakatan dengan Jepun di mana golongan Thakin akan membantu Jepun menawan Myanmar daripada British dan pihak Jepun akan memberi kemerdekaan kepada Myanmar. Sebilangan golongan Thakin telah menjalani latihan ketenteraan di negara Jepun. Golongan Thakin menubuhkan Tentera Kemerdekaan Myanmar (Myanmar Independent Army) yang mempunyai 30000 orang ahli pada kemuncaknya.

            Pada September 1941, U Saw pergi ke British untuk memohon kemerdekaan namun tidak dilayan.

            Pada Januari 1942, U Saw ditangkap oleh British di Mesir sewaktu dalam perjalanan pulang ke Myanmar atas tuduhan mengadakan hubungan sulit dengan Jepun yang sedang mengatur rancangan menakluk Myanmar.

 

Peranan dan sumbangan golongan Thakin antara tahun 1942-1948

            Pada Disember 1941, golongan Thakin membantu Jepun menyerang Myanmar melalui Tentera Kemerdekaan Myanmar.

            Pada Mei 1941, Jepun menawan seluruh Myanmar. Pengaruh Thakin meningkat dan mereka dianggap sebagai pembela nasionalisme Myanmar.

            Pada 1 Ogos 1941, akibat usaha-usaha daripada golongan Thakin, Jepun telah memberi kemerdekaan kepada Myanmar. Sebuah kerajaan republik dibentuk dengan Dr. Ba Maw sebagai Perdana Menteri. Kerajaan baru ini banyak dipengaruhi oleh golongan Thakin yang banyak memegang jawatan di dalam kabinet. Antaranya ialah Thakin Mya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Thakin Aung San sebagai Menteri Pertanian dan Thakin U Nu sebagai Menteri Hal-ehwal Luar Negeri.

            Pada tahun 1944, kemerdekaan yang diberikan oleh Jepun tidak sepenuhnya dan kuasa masih dipegang oleh Jepun. Kekejaman Jepun dan kemerosotan taraf hidup mewujudkan semangat anti-Jepun di kalangan rakyat Myanmar. Oleh sebab itu, golongan Thakin dengan bantuan pertubuhan nasionalis yang lain menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis (Anti Facist People’s Freedom League atau AFPFL) bagi menentang Jepun. Pemimpin utama ialah Aung San sebagai Presiden dan Than Tun.

            Pada bulan Mac 1945, AFPFL melancarkan pemberontakan dan menyebelahi British. Tindakan ini melemahkan Jepun untuk menentang kemaraan Angkatan Tentera Nasional Myanmar dan Tentera British dari arah Utara ke Myanmar.

            Pada bulan Ogos 1945, Jepun menyerah kalah secara rasminya dan British menubuhkan pentadbiran Tentera. AFPFL yang dikuasai oleh golongan Thakin muncul sebagai pertubuhan Nasionalis Myanmar yang utama.

            Pada bulan Oktober 1946, setelah pemulihan dilaksanakan, British meminta Aung San membentuk sebuah Majlis Menteri.

            Pada bulan Januari 1947, Thakin Aung San memimpin satu delegrasi ke London untuk membincangkan kemerdekaan Myanmar. British bersetuju untuk mengadakan pilihanraya bagi memilih anggota Dewan Perlembagaan Myanmar pada April 1947 dan bersetuju memberi kemerdekaan dalam jangka masa setahun.

            Pada bulan April 1947, AFPFL memenangi 171 buah kerusi daripada 182 buah kerusi yang dipertandingkan. Seterusnya, Aung San dan 6 orang rakannya dalam kabinet dibunuh oleh orang-orang yang diupah oleh U Saw, bekas anggota AFPFL pada 19 Julai 1947. Kepimpinan AFPFL diambil alih oleh U Nu yang seterusnya menggubal satu perlembagaan bagi Myanmar.

            Pada 4 Januari 1948, Myanmar mencapai kemerdekaan. Myanmar dibentuk sebagai sebuah kerajaan republik. U Nu menjadi Perdana Menteri dan Sao Shwe Thaik, seorang ketua orang Shan menjadi Presiden pertama.

 

oleh SP Star

28/10/2001 13:53:49

Hosted by www.Geocities.ws

1