Sukatan Pelajaran 

 

940 Sejarah

 

Matlamat

 

Tujuan pendidikan Sejarah di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) adalah untuk meningkatkan pengetahuan, pemahaman dan penghayatan pelajar tentang Sejarah untuk menyediakan wadah yang kukuh bagi pelajar mengikuti pengajian tinggi, menyediakan pelajar untuk kerjaya dan mencernakan semangat kecintaan kepada bangsa dan negara serta kepekaan terhadap mesyarakat sarwajagat.

 

Objektif

 

Objektif sukatan pelajaran ini adalah supaya pelajar

Kandungan

 

Sukatan pelajaran Sejarah STPM terdiri daripada dua bahagian, iaitu :

 

Bahagian Pertama Tamadun Dunia hingga tahun 1800

 

Bahagian A

Tamadun Mesopotamia, Tamadun Mesir, Tamadun Hwang Ho, Tamadun Mohenjo-Daro dan Harrapa, Tamadun Arab, Tamadun Yunani, Tamadun Rom, Tamadun Graeco-Roman, Tamadun India, Tamadun China, Tamadun Melayu dan Tamadun Barat.

 

Bahagian B

Tamadun Islam

 

Bahagian Kedua Sejarah Malaysia, Asia Tenggara dan Asia Timur 1800-1963

 

Bahagian A

Malaysia

 

Bahagian B

Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur.

(Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam, Brunei, Indonesia, Filipina, Singapura, India, Pakistan, Sri Lanka, China dan Jepun)

 

Bentuk peperiksaan

 

Peperiksaan bagi mata pelajaran ini terdiri daripada 2 kertas, iaitu Kertas 1 dan Kertas 2. Calon dikehendaki mengambil kedua-dua kertas ini.

 

Kertas 1 : Tamadun Dunia hingga tahun 1800

 

a.         Kertas ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A : Tamadun Dunia dan

b.         Setiap bahagian mempunyai 8 soalan. Setiap calon dikehendaki menjawab 2 soalan dari Bahagian A dan 2 soalan dari Bahagian B.

c.         Markah bagi setiap kertas adalah 25 markah.

d.         Masa yang diperuntukan ialah 3 jam.

e.         Kertas ini mempunyai wajaran 50%.

 

Kertas 2 : Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963

 

a.         Kertas ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A : Malaysia dan Bahagian B Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur

b.         Setiap bahagian mempunyai 6 soalan. Setiap calon dikehendaki menjawab 2 soalan dari Bahagian A dan 2 soalan dari Bahagian B.

c.         Markah bagi setiap kertas adalah 25 markah.

d.         Masa yang diperuntukan ialah 3 jam.

e.         Kertas ini mempunyai wajaran 50%.

Hosted by www.Geocities.ws

1