EMPAYAR SARGON

 

Latar Belakang

Empayar Sargon diasaskan oleh seorang ketua Semitik yang bernama Sargon yang memerintah di Akad. Empayar ini dipercayai dimulakan pada 2750 SM dan tamat pada tahun 2200 SM.

 

Ciri-ciri

Melaksanakan Dasar Perluasan Kuasa

Sargon merupakan seorang perwira yang agung. Beliau berjaya menjadi orang yang berkuasa di seluruh Akkad termasuk kota-kotanya. Selepas itu, beliau pun menyerang penduduk di Sumeria. Beliau berjaya mengalahkan mereka dan menjadi raja di kawasan itu. Kemudian, beliau menumpukan serangan ke atas orang Amorite. Setelah menakluki orang Amorite, baginda pun menyerang Elam. Akhirnya, baginda berjaya menjadi pemerintah sebuah empayar yang terbentang luas, dari Elam di sebelah Timur hingga ke Laut Mediterranean dan ke Utara sampai ke Sungai Tigris dan Sungai Eupharates. Baginda belayar ke Cyprus tetapi beliau menganggap dia tidak dapat melanggarnya.

 

Ekonomi yang Kukuh

Perdagangan negeri itu agak banyak. Di darat, jalan raya digunakan oleh kafilah untuk pergi ke negeri-negeri jauh seperti India dan Mesir manakala sungai pula merupakan jalan yang dilalui untuk pergi ke negeri-negeri di sebelah Utara. Mereka menjual barang dagangan mereka kepada orang padang pasir yang berpindah-randah dan menjadi orang tengah. Barang dagangan mereka adalah lebih terkenal dan lebih baik mutunya dari barang-barang negeri lain yang sezaman dengannya. Keadaan ini juga menyebabkan kegiatan perdagangan di kawasan itu semakin giat.

 

Penduduk Pelbagai Ras

Di Empayar Sargon, penduduknya terdiri daripada 2 jenis orang iaitu orang Semitik dan orang Sumeria. Kedua-dua ras ini hidup aman damai di bawah satu pemerintahan pusat. Setelah beberapa lama tinggal bersama, orang Semitik menjadi lebih berpengaruh dan orang Sumeria dalam bidang politik. Hal ini mungkin disebabkan bilangan orang Semitik yang sentiasa bertambah dengan kedatangan puak atau keluarga bangsa mereka dari padang pasir dan menetap di sana, sementara bilangan orang Sumeria yang tidak bertambah.

Hosted by www.Geocities.ws

1