Bincangkan transformasi ekonomi di tanah melayu selepas campur tangan british sehingga Perang Dunia Kedua.
Masyarakat tradisional Melayu telahpun melibatkan
diri dalam kegiatan ekonomi sara diri sebelum kedatangan pihak atau penjajah
British. Antara, kegiatan-kegiatan yang telah dijadikan asas sistem ekonomi
sebelum kedatangan pihak British adalah seperti kegiatan ekonomi sara diri,
kegiatan perlombongan, kegiatan pertukangan, sistem berjaja di pasar-pasar dan
sebagainya. Dengan adanya sistem ekonomi yang kukuh sebelum kedatangan pihak
Inggeris dan perintis kepada pihak Inggeris dalam membuka Negeri-negeri Selat
iaitu Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Maka terdapatnya penghijrahan
beramai-ramai kaum asing seperti kaum cina, India dan Melayu di bawah pengawasan
pembesar-pembesar di Tanah Melayu. Penguasaaan kaum-kaum ini terutamanya kaum
Cina dalam perusahaan lombong bijih timah dalam ekonomi Tanah Melayu telah
sekaligus membangunkan ekonomi di Tanah Melayu. Namun demikian, hasil dari
tuntutan, tekanan-tekanan dan keadaan kacau bilau oleh penduduk di Tanah Melayu
telah menyebabkan pihak British telah campur tangan dalam Tanah Melayu yang
sebelum ini mengamalkan dasar ‘tidak campur tangan’ dalam hal elwal politik
di negeri-negeri Melayu sehingga September 1873.
Dengan adanya campur tangan oleh British dalam Tanah Melayu, maka ini telah mendorong pihak British dalam menguasai ekonomi dalam Tanah Melayu khususnya dalam perusahaan bijih timah, getah dan sebagainya. Transformasi atau perubahan yang dibawa oleh pihak British tidak dapat dinafikan memang telah membawa banyak kemajuan dan pembangunan dalam negeri-negeri Melayu. Sebelum kedatangan pihak British, perusahaan lombong bijih timah ini telah dimonopoli oleh saudagar-saudagar Cina hampir setengah abad lamanya. Sejak pertengahan abad yang ke-18 hinggalah akhir abad tersebut hampir seluruh perusahaan lombong bijih timah di Tanah Melayu dimiliki oleh orang-orang Cina, sementara hampir seluruh pekerjanya juga terdiri daripada orang-orang Cina. Namun demikian mulai akhir abad yang ke-19 terdapatnya pula pemodal-pemodal Inggeris yang melaburkan modal mereka di beberapa buah lombong di Tanah Melayu ini.
Lombong-lombong yang mereka usahakan itu mula-mulanya
terdiri di Lembah Kinta, iaitu suatu kawasan yang amat kaya dengan bijih timah
di dunia. Kemunculan Kinta sebagai kawasan perlombongan yang terpenting sekali
bermula dari awal tahun-tahun 1890an lagi, dan sejak itu pula Larut tidak lagi
merupakan kawasan perlombongan yang utama yang sebelum ini dibuka oleh Long
Jaafar.
Akibat dari pembukaan lombong bijih timah ini dan
akibat daripada kemasukan pelombong-pelombong Cina itu maka banyaklah bandar
baru telah muncul terutama di sekitar kawasan-kawasan perlombongan itu.
Jalanraya-jalanraya dan jalan-jalan keretapi juga telah dibina bagi memudahkan
lagi proses mengeluar dan mengeksport bijih timah itu.
Penglibatan orang-orang Eropah secara besar-besaran
di dalam perusahaan melombong bijih timah ini bermula di awal abad yang
keduapuluh, terutama selepas mula diperkenalkan cara melombong yang lebih moden
dalam tahun 1913, iaitu dengan menggunakan kapal korek (dredges) yang
diperkenalkan oleh Syarikat Malayan Tin Dredging di Batu Gajah, Perak. Kapal
korek yang pertama telah digunakan di Selangor pada tahun 1918.
Melombong dengan kapal korek ini memerlukan modal
yang besar dan hanya pelombong-pelombong Eropah sahajalah yang mampu.
Bagaimanapun, perlombongan menggunakan kapal korek ini telah dapat menghasilkan
jumlah bijih timah yang banyak dan sebab itu telah dapat memberikan keuntungan
yang lebih besar kepada pengusaha-pengusahanya dan seterusnya menambahkan lagi
ekonomi Tanah Melayu. Justeru, pihak British dengan bantuan syarikat-syarikat
Eropah telah mula bertinak membuka kilang-kilang melebur bijih timah. Contohnya,
Straits Trading Company yang telahpun mendirikan dua buah kilang melebur di
Pulau Brani, Singapura(1887) dan di Butterworth(1897).
Pengeluaran bijih timah dari Tanah Melayu pda mulanya
tidak mendapat saingan dari lain-lain negara. Dalam tahun 1904, misalnya jumlah
pengeluaran bijih timah Tanah Melayu ialah sebanyak 51733 tan, iaitu lebih
kurang separuh daripada jumlah pengeluaran bijih tmah dunia seluruhnya pada masa
itu.
Justeru, bolehlah dikatakan bahawa bijih timah yang
memulakan sejarah Tanah Melayu moden. Ini adalah sebab bijih timahlah yang
menyediakan pendapatan bagi membangunkan dan memodenkan negeri ini. Seterusnya
bijih timahlah yang memberikan industrinya yang pertama iaitu industri melebur
bijih timah. Kilang-kilang melebur dan memproses bijih timah yang dikeluarkan di
Tanah Melayu telah didirikan di Singapura dan Pulau Pinang dan ini telah
menambahkan lagi jumlah pekerjaan di negara ini di samping memurahkan lagi
belanja memprosesnya.
Perusahaan getah juga merupakan satu perusahaan yang
amat penting di Tanah Melayu khususnya selepas kedatangan pihak British. Getah
berasal dari Brazil (di Amerika Selatan). Kebetulaanya penemuan getah ini
sejajar pula dengan kemajuan perusahaan membuat kereta dan alat-alat yang lain
yang menggunakan getah sebagai salah satu bahan penting dalam ciptaan-ciptaan
tersebut. Sejak itu maka permintaan terhadap getah telah bertambah.
Tetapi selama beberapa tahun pokok-pokok getah yang
mula-mula ditanam itu tidak dihiraukan. Ini adalah kerana pada masa itu pihak
pemerintah dan peladang-peladang di Tanah Melayu lebih mengutamakan perusahaan
menanam kopi dan tebu.
Dalam tahun 1888, Ridley dilantik oleh pemerintah
Inggeris menjadi Pengarah di Botanical Garden, Singapura. Semasa beliau bertugas
di Botanical Garden inilah beliau membuat kajian-kajian dan
penyiasatan-penyiasatan berhubung dengan kegunaan dan faedah getah. Beliau
sangat berkeyakinan terhadap kejayaan getah di Tanah Melayu.
Kebetulan perusahaan menanam kopi di Tanah Melayu
pada akhir abad yang ke-19 sedang menghadapi dua ancaman besar. Pertama, ialah
kejatuhan harga kopi akibat saingan yang hebat dari pengeluaran kopi di
negeri-negeri lain. Kedua, pokok-pokok kopi itu pada masa itu banyak yang
diserang oleh sejenis serangga hingga membunuh pokok-pokok itu.
Apabila Ridley berkunjung ke Tanah Melayu di akhir
abad tersebut, beliau telah mengesyorkan supaya peladang-peladang itu cuba pula
menanam pokok getah. Waktu ini permintaan getah telah menjadi semakin bertambah
akibat perkembangan perusahaan-perusahaan membuat kereta dan sebagainya di
Amerika dan Eropah.
Pada tahun 1897, peladang-peladang atau
penanam-penanam getah itu jua telah mengambil faedah daripada kaedah menoreh
getah sejalur nipis kulit dari getah itu mengikut corak tulang ikan dan
membiarkan getahnya mengalir masuk ke dalam sebuah mangkuk kecil, membolehkan
pokok getah itu ditoreh setiap hari selama beberapa tahun tanpa mengurangkan
hasilnya. Kaedah Ridley ini adalah suatu kaedah yang saintifik dan lebih
dikenali sebagai sistem ibedem atau istem tulang ikan herring. Ia boleh menjamin
setiap pokok akan mengeluarkan hasil yang setinggi-tingginya.
Di bawah pemerintahan dan pengawasan pihak Britsh,
kemajuan dan pembangunan yang dicapai hasil daripada perusahaan getah telah
menampakkan kejayaan. Kerajaan British juga bertindak dalam memperkenalkan dan
menubuhkan Institut Penyelidikan Getah pada tahun 1926 di Kuala Lumpur untuk
menjalankan penyelidikan teknik bagi memajukan perusahaan getah. Telah diketahui
permintaan terhadap getah oleh negara-negara lain dari Tanah Melayu juga
meningkat bahkan kawasan penanaman getah telah bertambah beratus-ratus ganda
jika dibandingkan dengan kawasan penanaman getah sebelum kedatangan British.
Kemajuan sedemikian telah mendorong kemasukan beramai-ramai tenaga-tenaga
pekerja dari India yang telah dianggap sebagai buruh-buruh ladang.
Apabila negeri-negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan
Terengganu masuk ke dalam pengawasan Inggeris dengan Perjanjian Bangkok tahun
1909, perusahaan menanam getah ini telah diperluaskan pula ke negeri-negeri
tersebut. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa, penanaman getah secara
besar-besaran ini didorong oleh pendapatan yang lumayan darinya berikutan dengan
harag yang mahal. Antara tahun 1910 hingga 1912, misalnya, harga getah telah
mencapai kemuncak yang paling tinggi dalam sejarah perusahaan itu, iaitu hampir
lima ringgit bagi setiap paun.
Peluasan penananam getah yang demikian pesat itu
telah memberi sumber hasil yang besar kepada rakyat dan pemerintah negeri ini di
bawah pengawasan dan perancangan pihak British. Penghasilan itu telah
menyediakan wang yang diperlukan oleh pemerintah untuk mengadakan banyak
kemudahan bagi pemodenan negara. Pembukaan ladang-ladang getah oleh pihak
Inggeris yang dijalankan secara besar-besaran ini juga membuka kawasan hutan
rimba dengan luasnya.
Selain daripada perkembangan dan kemajuan kegiatan
perusahaan bijih timah dan getah, pihak Inggeris juga membawa banyak perubahan
dan transformasi terhadao sistem ekonomi yang lain. Contohnya, sistem ekonomi
komersil. Sistem ekonomi komersial di Tanah Melayu bukanlah hanya wujud setelah
kehadiran penjajah British dan akab ke-19 itu tetapi telah wujud semenjak
daripada Kesultanan Melayu Malaka lagi. Walau bagaimanapun kita tidak dapat
menafikan juga bahawa dengan kahadiran penjajah British telah mempergiat lagi
bentuk ekonomi tersebut memandangkan mereka mempunyai teknologi yang lebih maju.
Satu perkembangan yang nyata semasa pemerintahan penjajah Inggeris pada abad
ke-19 ialah pembangunan pesat industri perlombongan terutamanya bijih timah dan
getah sehingga meletakkan Semenanjung Tanh Melayu sebagai negara terkemuka dalam
pengeluaran dan eksport bahan-bahan mentah tersebut. Selain itu,
perusahaan-perusahaan lain seperti perlombongan emas, perlombongan arang batu,
perlombongan bijih besi dan sebagainya dapat diperinci sebagai berikut.
Pada
tahun 1889, sebuah syarikat perlombongan emas Australia iaitu Raub Australian
Gold Mining Company telah ditubuhkan di Raub, Pahang. Ia merupakan syarikat
perlombongan emas yang terpenting dan berjaya di Tanah Melayu. Syarikat tersebut
telah mengeluarkan 24700 gram emas dalam tempoh 50 tahun sejak pengeluaran
dimulakan.
Dengan adanya kedatangan pihak British, perlombongan
arang batu telah giat dijalankan di Batu Arang, Selangor dan Enggor, Perak.
Kegiatan perlombongan tersebut dijalankan oleh Syarikat Malayan Colloeries
semenjak tahun 1915. Arang batu keluaran lombong-lombong berkenaan telah dijual
dalam pasaran tempatan iaitu kepada Kereta Api Tanah Melayu, stesen-stesen kuasa
dan lombong-lombong bijih timah. Jelasnya, perusahaan perlombongan arang batu di
Tanah Melayu hanyalah merupakan sampingan sahaja iaitu menjadi pemangkin kepada
perusahaan lain dan pengeluarannya hanya untuk kegunaan tempatan sahaja.
Umpamanya untuk bahan api kepada kereta api sebahagian sistem pengangkutan utama
selepas perusahaan bijih timah semakin meningkat di Tanah Melayu.
Ekonomi perdagangan juga giat dijalankan semasa
British campur tangan dalam Tanah Melayu. Kegiatan perdagangan di Tanah Melayu
telah dikembangkan oleh pihak British memandangkan terdapatnya banyak
bahan-bahan mentah di Tanah Melayu. Keuntungan yang diperoleh selepas pihak
British bertindak dalam mengeksport bahan-bahan mantah ini adalah besar.
Contohnya, pertambahan eksport bijih timah pada 1870an telah menguntungkan pihak
penjajah. Dalam tahun 1879 umpamanya, pendapatan cukai terhadap perlombongan
bijih timah dari negeri Perak dan Selangor masing-masing berjumlah $281 823
daripada jumlah hasil $388 372 dan $107 558 daripada jumlah hasil $184 387.
Kesimpulaanya, akibat daripada kemajuan ekonomi yang
telah dicapai di Tanah Melayu di bawah pengaruh pihak British terutamanya
perusahaan bijih timah dan getah telah mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah
Melayu. Tambahan pula, kemajuan ekonomi juga telah membawa kesan-kesan yang
menguntungkan kerana adanya kemajuan seperti sistem perhubungan, munculnya
bandar-bandar baru dan juga menambahkan pendapatan Tanah Melayu hasil daripada
keluaran. Kewujudan masyarakat majmuk telah membawa kepada perubahan keadaan
sosial yang besar di Tanah Melayu. Contohnya, pengekalan identiti kaum
masing-masing dan kurangnya pergaulan telah mewujudkan banyak masalah sosial
sehingga munculnya kebudayaan, persatuan-persatuan, kongsi-kongsi gelap kaum
masing-masing. Perpaduan kaum kurang dirasai di kalangan penduduk antara kaum
yang punca utamanya adalah disebabkan kaum masing-masing mengusahakan kegiatan
ekonomi yang berlainan.
oleh SP Star
18/10/2002 15:12:57
Unlimited Hosting
Unlimited Space and BandWidth,
Free Domain ,Free Site Builder, PHP/MySQL
www.GridHoster.com