Pengaruh Agama di Rantau Asia

 

Pengenalan

Setiap manusia di dunia ini mempunyai kepercayaannya yang tersendiri. Dengan wujudnya kepercayaan ini, manusia sanggup berkorban untuk mempertahankan agama mereka. Agama yang diamalkan di negara yang terletak di rantau Asia adalah berbeza-beza. Perkembangannya dan pengaruhnya terhadap negara tersebut juga berbeza.

 

Islam

1.         India

Islam sampai di India pada tahun 710M. Sejak itulah munculnya kerajaan Islam di India seperti Ghaznawi, Ghori, Delhi dan Moghul. Semasa pemerintahan Moghul, Islam telah berkembang pesat. Akibatnya, wujudnya satu budaya yang dikenali sebagai Indo-Islam di India. Pada period yang lebih lewat, masyarakat di India telah menubuhkan satu parti Islam yang penting iaitu Liga Muslim.

2.         China

Islam sampai di negeri China kira-kira abad ke-7M. Secara umumnya, penganut agama Islam tertumpu di masyarakat Uyghurs, Kazakhs, Uzbeks, Tartars, Tajiks, Hui dan Dongxiang. Dengan kemasukan Islam, terdapat budaya Islam yang meresap masuk dalam masyarakat China. Kombinasi kaligrafi China dan Islam digunakan serentak. Tulisan Arab juga dipraktiskan. Seni bina Islam turut diasimilasikan dengan seni bina China seperti yang terpapar dalam pembinaan Masjid Nanguan di Yincuan. Terdapat juga sarjana Islam yang terkenal seperti Yusuf Ma Dexin. Antara karyanya yang terkenal ialah “Kitab Ajaran Suci”.

3.         Asia Tenggara

Islam telah menjadi agama penting di wilayah Asia Tenggara. Ia telah menjadi anutan komuniti di Selatan Filipina, Selatan Siam, Kepulauan Indonesia, Brunei dan agama minoriti di Myanmar, Laos dan Kampuchea. Sumbangan Islam di Asia Tenggara adalah seperti pengenalan Undang-undang Islam. Islam turut mempengaruhi bidang kesusasteraan, seni bina, masyarakat dan seni muzik masyarakat Asia Tenggara.

 

Kristian

1.         Asia Selatan

Usaha mengembangkan agama Kristian di Asia Selatan bermula sejak abad ke-15. Tetapi, sambutannya kurang baik. Walau bagaimanapun, golongan dari kasta bawahan menerima ajaran ini sebagai langkah untuk membebaskan diri dari kasta. Sewaktu pemerintahan British, sekolah Inggeris yang dikendalikan oleh mubaligh Kristian telah didirikan. Penyebaran agama Kristian telah mendapat penentangan dari masyarakat tempatan. Antara pergerakan yang penting ialah Brahmo Samaj dan Aligarh di bawah pimpinan Sayiid Ahmad Khan dan gerakan Madrasah Deoband.

2.         Asia Timur

a.         China

Agama Kristian mula masuk ke negeri China pada abad ke-7M. Agama ini menjadi agama minoriti di China. Pemerintah Manchu menganggap agama ini merupakan agama orang Barbarian. Pihak Manchu telah mengharamkan agama ini pada tahun 1722 kerana agama  ini mengatakan Pope di Rom ialah kuasa yang teragung di dunia, manakala bagi masyarakat China, Maharaja China dianggap sebagai “Anak Syurga”.

b.         Jepun

Agama Kristian mula berkembang pada abad ke-16 tetapi ia telah diharamkan kemudian. Semasa pemerintaha Meiji, ia kembali berkembang semula. Banyak sekolah agama Kristian telah ditubuhkan.

3.         Asia Tenggara

a.         Filipina

Agama Kristian mula kukuh di Filipina kerana adanya naungan dari pihak penjajah Sepanyol tetapi ia tetap menerima penentangan dari masyarakat Islam di Selatan Filipina. Perkembangan agama Kristian telah mewujudkan beberapa bandar baru seperti Malolos, Lingayen dan sebagainya. Bahasa Sepanyol turut menjadi bahasa lingua franca di masyarakat tempatan.

b.         Vietnam

Kristian turut menjadi agama yang penting di Vietnam. Para mubaligh telah mengenakan pakaian, belajar bahasa mereka dan mempelajari adat-adat tempatan menjadikan agama Kristian berkembang maju di Vietnam.

 

Hinduisme

1.         Asia Selatan

Terdapat 5 mazhab yang biasa iaitu Ganapatya, Saura, Vaisnava, Saiva dan Sakta.

2.         Asia Tenggara

Agama Hinduisme telah tersebar ke Asia Tenggara akibat daripada kegiatan perdagangan. Ia telah mempengaruhi institusi pemerintahan di kerajaan awal. Selain itu, pengaruhnya juga dapat dilihat dari segi kesusasteraan.

 

Buddhisme

1.         Asia Selatan

Agama ini telah berkembang beransur-ansur di Asia Selatan kerana adanya sokongan dari Asoka dan Kaniskha.

2.         Asia Timur

a.         China

Perkembangan agama Buddha di China ditentang oleh penganut ajaran Confucius tetapi disokong oleh para petani. Penganut-penganut Buddha telah merantau ke India untuk mempelajari agama tersebut dan menterjemahkan ajaran-ajaran Buddha ke dalam Bahasa Cina.

b.         Jepun

Agama Buddha menerima tentangan yang hebat dari penganut Shintoisme. Walau bagaimanapun, melalui tolak ansur ia telah berjaya bertapak di Jepun.

3.         Asia Tenggara

a.         Myanmar

Agama Buddha menjadi elemen penting dalam pemerintahan. Terdapat undang-undang Biara atau Sangha yang digunakan untuk mengekalkan ketenteraman. Terdapat juga bandar-bandar sami seperti bandar Sagaing.

b.         Kampuchea

Terdapat 2 mazhab iaitu Mohanikay dan Thommayuttinikay. Agama Buhhha telah dianggap sebagai Tuhan dan masyarakat Kampuchea harus menyembahnya.

c.         Thailand

Raja-raja Thailand merupakan penaung agama Buddha. Beliau telah dianggap sebagai penyelesai segala masalah serta kesulitan rakyat yang beragama Buddha agar masyarakat dapat hidup dengan tenteram.

 

Confucianisme

1.         Asia Timur

Ajaran ini telah membentuk satu aliran falsafah yang utama di China dan berikutan itu, ajaran ini menjadi asas kepada kebudayaan orang Cina. Ajaran ini juga memperkenalkan satu sistem peperiksaan awam untuk memilih pegawai-pegawai kerajaan.

2.         Asia Tenggara

Ajaran ini meninggalkan kesan yang mendalam di Vietnam. Raja Vietnam dikehendaki mempunyai latar belakang pendidikan China termasuklah menguasai ajaran Confucius. Bagi negara lain, pengaruh Confucius dibawa masuk oleh imigran Cina.

 

Taoisme

Ajaran Taoisme kurang mendapat sambutan. Ia hanya berkembang di negeri China. Kemudian, ajaran ini telah berkembang ke luar negara dan ia dibawa oleh imigran.

 

Shintoisme

Shintoisme merupakan agama masyarakat Jepun. Ia mempunyai pengaruh yang kuat dalam sejarah Jepun. Ia bertanggungjawab dalam membangkitkan semangat nasionalisme dan perpaduan Jepun. Maharaja Meiji telah menjadikan Shinto sebagai asas kerohanian bagi kerajaan yang dikenali sebagai Shinto Negara merupakan langkah membangkitkan kesedaran tersebut.

 

Jainisme

Jainisme berkembang di Magadha telah menikmati naungan dari Chandragupta Maurya. Namun masalah kebuluran telah menyebabkan ajaran ini berpindah ke Deccan. Sambutannya tidak begitu baik dan kesannya juga tidak mendalam.

 

oleh SP Star

22/10/2001 15:16:11

Hosted by www.Geocities.ws

1