Nasionalisme Indo-China

 

Sebab-sebab perkembangan nasionalisme

1.         Pentadbiran Perancis dibenci dan dikutuk oleh rakyat Annam, Tongkin, Kemboja dan Laos. Residen Jeneral di tiap-tiap negeri memegang semua kuasa.

2.         Di Cochin-China, pentadbiran Perancis dijalankan secara langsung oleh Gabenor Jeneral. Sistem Mandarin iaitu sistem tradisional diketepikan.

3.         Jabatan-jabatan dan tugas-tugas penting dibuat oleh pegawai-pegawai Perancis. Anak-anak negeri diketepikan sama sekali dari pentadbiran Indo-China.

4.         Maharaja Vietnam tidak berkuasa dan menjadi raja boneka. Gabenor Jeneral Perancis berkuasa penuh.

5.         Pemerintahan Perancis memusnahkan kehidupan sosial dan ekonomi rakyat Indo-China. Perubahan-perubahan ekonomi memberikan faedah kepada segolongan pemodal asing dan sebilangan kecil orang Vietnam yang kaya. Rakyat jelata terutamanya kaum tani amat menderita.

6.         Masalah sosial juga timbul. Kebudayaan Vietnam merosot. Sistem Mandarin yang tradisional dihapuskan oleh Perancis.

7.         Orang-orang Mandarin yang sangat dihormati digantikan oleh pegawai-pegawai Perancis. Hal ini adalah suatu pukulan yang hebat terhadap sistem tradisional Indo-China yang turun-temurun.

8.         Kemiskinan berleluasa di kawasan penanaman padi disebabkan oleh penambahan penduduk yang pesat.

9.         Perkembangan pelajaran Perancis di Indo-China membawa kesan sosial dan politik yang penting.

10.     Perkembangan pelajaran ini menimbulkan segolongan kelas pertengahan yang berpelajaran Barat.

11.     Sistem pelajaran Perancis menyedarkan golongan ini tentang kezaliman dan kelemahan pemerintahan Perancis itu.

12.     Tulisan-tulisan falsafah seperti Monstesqueau, Voltaire dan Rousseau menyedarkan idea-idea liberialisme, demokrasi dan kebebasan rakyat Vietnam.

13.     Golongan kelas pertengahan yang berpendidikan Barat itu berasa tidak puas hati kerana diketepikan daripada jawatan-jawatan kerajaan walaupun berkelayakan seperti pegawai-pegawai Perancis.

14.     Sekalipun orang-orang Vietnam diberi jawatan yang sama, gajinya amat rendah dibandingkan dengan gaji pegawai Perancis.

15.     Malahan, golongan ini berpendapat bahawa Vietnam mesti dimodenkan sebagai langkah ke arah memperoleh kemerdekaan Vietnam semula.

16.     Di samping itu, peristiwa-peristiwa yang berlaku di Asia memainkan peranan penting dalam perkembangan penentangan terhadap pemerintahan Perancis di Vietnam.

17.     Kemenangan Jepun ke atas Rusia pada tahun 1905 menyedarkan orang-orang Vietnam bahawa Eropah tidak begitu kuat seperti yang disangkakan dan memberi ilham kepada rakyat Vietnam bagi menentang Perancis.

18.     Revolusi China pada tahun 1911 dan Pergerakan Kuomintang mempunyai pengaruh yang kuat ke atas rakyat Vietnam. Canton menjadi pusat latihan bagi ornag-orang Vietnam yang anti-Perancis.

 

Perkembangan nasionalisme

1.         Gerakan nasionalisme bermula di Vietnam pada permulaan abad ke-20. Orang-orang Vietnam yang berpendidikan Barat telah menyediakan pucuk pimpinan bagi gerakan nasionalisme.

2.         Di samping itu, Mandarin-mandarin Vietnam dan keluarga diraja juga bangkit menentang pemerintahan Perancis. Golongan ini berazam memulihkan Dinasti Nguyen dan sistem kerajaan tradisional Vietnam.

3.         Golongan terpelajar, para Mandarin dan keluarga diraja mendapat semangat kebangsaan daripada kesan Perang Rusia-Jepun tahun 1905.

4.         Mereka melancarkan banyak pemberontakan menentang Perancis tetapi gagal.

5.         Phan Boi Chou mengasaskan “Viet Nam Quang Phu Hoi” atau kesatuan bagi pemulihan Vietnam pada tahun 1913. Hal ini merupakan gerakan nasionalis dan penubuhan politik yang pertama di Vietnam.

6.         Pertubuhan ini bertanggungjawab atas beberapa pemberontakan di Tongkin. Di samping itu, ia memulakan propaganda di kalangan rakyat.

7.         Namun demikian, pemimpin-pemimpin ini ditangkap dan dipenjarakan. Pertubuhan ini diharamkan.

8.         Maharaja Duy Tan sendiri menyokong pemberontakan-pemberontakan ini tetapi gagal juga.

9.         Maharaja Duy Tan dibuang negeri dan banyak pemimpin ditangkap. Dengan ini, berakhirlah peringkat pertama dalam gerakan nasionalisme di Vietnam.

10.     Selepas tahun 1917, pergerakan nasionalisme bertujuan untuk mengusir keluar Perancis dan menubuhkan sebuah kerajaan bercorak Barat yang moden.

11.     Pergerakan nasionalisme dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang berpendidikan Barat. Keluarga diraja dan golongan Mandarin tidak mengambil bahagian.

12.     Mulanya, mereka bekerjasama dengan pemerintahan Perancis bagi memperolehi perubahan-perubahan politik.

13.     Dalam peringkat ini, gerakan nasionalisme bersifat sederhana. Golongan sederhana ini dipengaruhi oleh perkembangan politik di India dan China.

14.     Jadi, parti-parti politik ditubuhkan untuk mencapai tujuan mereka melalui kerjasama dengan Perancis. Pada tahun 1923, Parti Perlembagaan ditubuhkan oleh sekumpulan cerdik-pandai.

15.     Dua orang pemimpin parti ini yang amat berpengaruh ialah Bui Quang Chieu dan Nguyen Phan Long.

16.     Parti Perlembagaan ini menghantar satu rombongan ke Paris untuk mendesak Perancis menyediakan sebuah perlembagaan baru bagi Vietnam dan melantik lebih banyak rakyat Vietnam untuk berkhidmat dalam pentadbiran Vietnam.

17.     Ia juga mendesak Perancis memberi kebebasan suratkhabar dan kebebasan untuk menubuhkan kesatuan-kesatuan.

18.     Tetapi parti ini dibubarkan tanpa mencapai sebarang kejayaan kerana Kerajaan Perancis menolak tuntutannya.

19.     Pada tahun 1926, Parti Kemajuan Rakyat Vietnam ditubuhkan oleh Pham Quyuh di Tongkin. Pemimpin dan ahli-ahlinya terdiri daripada golongan sederhana.

20.     Walaupun parti ini bertujuan bekerjasama dengan Perancis, tetapi ia tidak mendapat pengiktirafan daripada Perancis.

21.     Sikap Perancis itu menyebabkan nasionalis-nasionalis Vietnam memasuki kumpulan-kumpulan nasionalisme yang bergerak di bawah tanah.

22.     Dengan ini, muncullah parti-parti politik yang lebih bersifat agresif dan pelampau. Pertubuhan Cao Daiyang yang bersifat agresif ditubuhkan pada tahun 1926. Ia bertujuan untuk menggulingkan pemerintahan Perancis.

23.     Mulai tahun 1927, semangat kebangsaan menjadi lebih radikal. Pejuang-pejuang nasionalisme condong kepada kekerasan dan tidak mahu bekerjasama dengan Perancis lagi.

24.     Jadi, pada tahun 1927, Parti Kebangsaan Vietnam, iaitu Viet Nam Quoc Dan Dang (VNQDD) ditubuhkan oleh Nguyen Thai Hoc di Hanoi. Prinsipnya berdasarkan Kuomintang.

25.     Pada tahun 1930, ketua-ketua parti ini melancarkan satu pemberontakan tetapi ia ditindas oleh Perancis. Nguyen Thai Hoc ditangkap dan dibunuh. Parti ini dengan sendirinya bubar.

 

Ho Chi Minh dan Parti Komunis

1.         Penindasan Parti Kebangsaan Vietnam itu menyebabkan terbentuknya Parti Komunis Indo-China di bawah pimpinan Ho Chi atau nama sebenarnya Nguyen Ai Quoc. Ia dianggap sebagai pahlawan nasionalisme Vietnam.

2.         Dalam tulisan Ho Chi Minh, ia menyarankan Indo-China harus diberikan kerajaan sendiri dan kebebasan awam.

3.         Tetapi segala tuntutannya ditolak oleh Perancis dan Ho Chi Minh mulai berhaluan kiri.

4.         Pada tahun 1925, Ho Chi Minh menubuhkan Persatuan Pemuda Revolusi Vietnam di Canton.

5.         Kemudian ia menukar nama persatuan itu menjadi Parti Komunis Vietnam (Parti Komunis Indo-China) pada tahun 1930. Tujuannya ialah mendapatkan kemerdekaan bagi Vietnam melalui revolusi secara berperingkat.

6.         Golongan komunis juga menggunakan penderitaan kaum tani semasa kemelesetan besar (1930) untuk mengaturkan permogokan, tunjuk perasaan dan rapat umum.

7.         Kaum tani tidak puas hati dengan pemerintahan Perancis memberikan sokongan yang hebat kepada Parti Komunis Vietnam.

8.         Pemberontakan secara besar-besaran berlaku di seluruh Vietnam di Tongkin, Annam dan Cochin-China.

 

Bao Dai dan pergerakan nasionalisme

1.         Pergerakan nasionalisme di bawah kaum komunis berakhir dengan penindasan Parti Komunis Vietnam.

2.         Dengan ini, kegiatan-kegiatan politik puak pelampau dijalankan di bawah tanah dan pergerakan nasionalisme sekali lagi terserah kepada golongan yang bersikap sederhana. Golongan sederhana ini dipimpin oleh Maharaja Bao Dai.

3.         Ia memimpin sebuah parti nasionalisme yang bersikap sederhana. Parti ini bertujuan untuk memulihkan dan memodenkan pemerintahan di Indo-China semula yang dikuasai oleh Perancis dan memperkenalkan perubahan-perubahan.

4.         Berikutan dengan kegagalan tuntutan Maharaja Bao Dai bagi mendapat taraf “Dominion” bagi Vietnam, Kerajaan Perancis mula menghalang Maharaja Bao Dai daripda meneruskan kegiatan nasionalisme.

5.         Akibatnya, ia pun meninggalkan arena politik dan memegang jawatan sebagai maharaja boneka.

6.         Dengan ini, golongan sederhana pun gagal mencapai sebarang perubahan politik. Sekali lagi pergerakan nasionalisme terserah kepada golongan pelampau, iaitu komunis.

 

Pendudukan Jepun

1.         Pendudukan Jepun mendatangkan kesan-kesan yang besar kepada Vietnam. Jepun kekurangan pegawai dan pentadbir untuk menjalankan pentadbiran di Vietnam.

2.         Rakyat Vietnam memperjuangkan kebangsaan yang berkebolehan untuk menjalankan pentadbiran negerinya diberi peluang. Dasar ini telah mendatangkan keuntungan yang besar kepada rakyat Vietnam.

3.         Di samping mendapatkan pengalaman-pengalaman mentadbir mereka juga mempunyai keyakinan yang kuat terhadap kebolehan mereka.

4.         Peranan yang penting dalam menentang Jepun dimainkan oleh pihak komunis serta ahli nasionalis Vietnam yang pro-Kuomintang. Pemimpin utama ialah Ho Chi Minh.

5.         Ia menubuhkan liga bagi kemerdekaan Vietnam atau Viet Minh. Ia menjadi kumpulan nasionalis yang terkemuka menentang Jepun.

6.         Dengan bantuan China, Ho Chi Minh mengaturkan kegiatan sabotaj terhadap Jepun dan Perancis.

7.         Maharaja Bao Dai dibenarkan mengisytiharkan kemerdekaan Vietnam. Raja-raja Kemboja dan Laos dipujuk mengisytiharkan kemerdekaan mereka.

8.         Tetapi Ho Chi Minh serta Viet Minh enggan mengakui pengisytiharaan kemerdekaan oleh Maharaja Bao Dai. Ho Chi Minh mengambil alih kuasa di Tongkin dan mengasaskan dirinya di Vietnam Utara.

9.         Sesudah Jepun menyerah kalah, Kongres Viet Minh telah membentuk Jawatankuasa Pembebasan Kebangsaan Rakyat. Ho Chi Minh dilantik menjadi presidennya.

10.     Sokongan hebat daripada nasionalis Vietnam menyebabkan Bao menurun takhta pada 25 Ogos 1945. Ia menyerahkan kuasa kerajaan kepada Viet Minh.

11.     Ho Chi Minh, mengisytiharkan “Republik Demokratik Vietnam”. Ho Chi Minh menjadi presiden bagi Vietnam yang merdeka pada 2 September 1945.

 

Viet Minh dan Ho Chi Minh

1.         Viet Minh ialah singkatan daripada Vietnam Doc Lap Dong Minh Hoi (Liga Kemerdekaan Vietnam). Ia ditubuhkan oleh pelarian-pelarian Vietnam di bawah pimpinan Ho Chi Minh pada Mei 1941 untuk menentang pemerintahan Jepun dan Perancis serta menubuhkan sebuah republik di Vietnam.

2.         Ho Chi Minh enggan mengakui pengisytiharaan kemerdekaan oleh Maharaja Bao Dai.

3.         Dalam keadaan kacau bilau ini, Viet Minh mengambil peluang untuk mengambil alih Tongkin dan kawasan sekitarnya.

4.         Jepun memberikan tentangan yang sedikit sahaja. Menjelang bulan Ogos 1945, Jepun menyerah kalah. Pada 25 Ogos 1945, Bao Dai turun takhta dan menyerahkan kuasa kerajaan kepada Viet Minh.

5.         Viet Minh menawan Hanoi dan mengambil alih Vietnam Utara. Pada 2 September 1945, Vietnam diisytiharkan sebagai sebuah negara yang merdeka. Ho Chi Minh menjadi presidennya yang pertama.

6.         Apabila Perancis kembali ke Indo-China, Viet Minh enggan menerima kedatangannya. Satu perjanjian ditandatangani di antara Perancis dengan Viet Minh pada Mac 1946 yang mengakui Republik Demokratik Vietnam sebagai sebuah negeri yang bebas dan menjadi sebahagian daripada kesatuan Indo-China.

7.         Tetapi masalah Cochin-China menyebabkan meletusnya perang saudara di antara Viet Minh dengan Perancis pada tahun 1946. Viet Minh ingin memasukkan Cochin-China di dalam republik tetapi Perancis menuntut Cochin-China sebagai tanah jajahan Perancis.

8.         Ho Chi Minh dan pasukan Viet Minh menjalankan peperangan gerila. Orang Vietnam memberi sokongan kuat kepada Viet Minh kerana ia berjuang untuk kemerdekaan negara.

9.         Dengan bantuan China Komunis, Viet Minh bertambah kuat dan berkuasa. Akhirnya, Viet Minh berjaya mengalahkan Perancis di Pertempuran Dien Bien Phu pada tahun 1954.

10.     Pada Julai 1954, wakil-wakil Perancis menemui wakil-wakil Viet Minh dalam Persidangan Geneva. Mereka telah menandatangani satu perjanjian. Menurutnya, Perancis bersetuju mengakui kemerdekaan Vietnam (serta Kemboja dan Laos). Vietnam ditambah kepada 2 bahagian.

11.     Republik Demokratik Vietnam (Vietnam Utara) menjadi sebuah negara Komunis di bawah pemerintahan Ho Chi Minh.

12.     Vietnam Selatan diletakkan di bawah Maharaja Bao Dai. Pada tahun 1955, Ngo Dinh Diem menggulingkan Bao Dai dan menjadikan Vietnam Selatan sebagai republik. Ngo Dinh menjadi presiden pertamanya.

 

oleh SP Star

15/03/2002 12:29:29

Hosted by www.Geocities.ws

1