Nasionalisme di China, 1901-1949

 

Pengenalan

·           1900 – Pemberontakan Boxer gagal, masyarakat China mengalih perhatian kepada pemulihan berdasarkan pemodenan Barat.

·           Lahirnya sentimen anti-Manchu dalam masyarakat China membawa kepada Revolusi China 1911, tujuan: menggulingkan Dinasti Manchu dan tubuhkan Republik China.

·           Gerakan nasionalisme China dibahagikan kepada 3 aliran:

-          Gerakan nasionalisme bersentimen anti-Manchu

-          Gerakan nasionalisme yang ingin memasukkan dan menguatkan China melalui gerakan pemulihan

-          Gerakan nasionalisme yang bersentimen orang asing

 

Isi-isi

·           1901, Kerajaan China lancar satu gerakan pembaharuan – tujuan: menguatkan dan memodenkan China – ciri-ciri peradaban Barat.

·           Maharani Dowager – pembaharuan – dalam aspek pendidikan, ekonomi, ketenteraan, perlembagaan, perdagangan dan sebagainya.

·           Pendidikan – hantar pelajar ke luar negeri: Jepun, Amerika Syarikat, Eropah dan sebagainya (pendidikan moden).

·           Sukatan pelajaran: sejarah China dan Barat, sistem kerajaan dan ilmu sains.

·           Pembaharuan ekonomi – tubuhkan Kementerian Pertanian, Perdagangan dan Perindustrian (1903), banyakkan penggunaan barangan tempatan, tubuhkan maktab teknikal dan bank moden.

·           Yuan Shih Kai – program ketenteraan: tubuhkan sek-sek tentera moden, memperbesarkan angkatan tentera dan hantar pegawai tentera ke luar negeri untuk jalani latihan  tentera.

·           1908, luluskan peraturan untuk tubuhkan Perhimpunan-perhimpunan Wilayah.

·           Mesyuarat pertama perhimpunan nasional (3 Oktober 1910) tuntut penubuhan parlimen – akhirnya janji tubuhkan parlimen pada tahun 1913.

·           1906, kerajaan keluarkan satu dikri – larang kakitangan kerajaan dan orang awam bawah umur 60 tahun dari hisap candu.

·           Usaha ini – galakkan perkembangan idea-idea revolusioner dan perasaan anti-Manchu (pelajar China) tapi gagal selepas Maharani Dowager mangkat diganti oleh Maharaja Kuang (1908).

·           1911, Revolusi China di bawah Dr. Sun Yat Sen – kejatuhan Dinasti Manchu.

·           Faktor Revolusi China:

-          Kemerosotan pengaruh dan kuasa Kerajaan Manchu

-          Perasaan anti-Manchu di kalangan masyarakat China sendiri

-          Pengaruh gerakan pembaharuan sebelumnya

-          Peranan golongan terpelajar dan Dr. Sun Yat Sen

-          Kesengsaraan sosial dan ekonomi rakyat China

-          Kemajuan dalam sistem perhubungan

-          Keputusan kerajaan untuk memiliknegarakan jalan-jalan keretapi

·           Tujuan Revolusi: gulingkan Dinasti Manchu dan tubuhkan Republik China.

·           10 Oktober 1911, Li Yuan Hung berjaya tawan Wuchang, Hanyang dan Hankow.

·           Disember 1911, wilayah Selatan, tengah, Barat Daya China diisytihar merdeka oleh Kerajaan Manchu.

·           Oktober 1911, Yuan Shih Kai dilantik sebagai ketua tentera untuk tumpaskan Gerakan anti-Manchu.

·           Beliau tawan Hankow dan Hanyang (akhir Oktober 1911).

·           8 November 1911, beliau dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Perhimpunan Nasional.

·           Golongan revolusioner tubuhkan kerajaan sendiri di Nanking – Dr. Sun Yat Sen sebagai Presiden.

·           1 Januari 1912, golongan revolusioner isytihar China – negara republik.

·           12 Februari 1912, Maharaja Hsuan Tung (6 tahun) turun takhta.

·           Selepas Dr. Sun Yat Sen letak jawatan, Yuan Shih Kai jadi Presiden sementara (15 Februari 1912).

·           Kesan Revolusi China – kacau-bilau.

·           Kemudian beliau tubuhkan Parti Progresif – menang banyak kerusi dari kerusi bagi Perhimpunan Kebangsaan dalam Pilihanraya Umum 1912-1913.

·           Yuan Shih Kai – pembaharuan dan bertindak sendiri tanpa persetujuan Parlimen atau Kuomintang.

·           Kesan – Pemberontakan Kuomintang (Julai 1913) dan Pemberontakan Yunan (Disember 1915).

·           Beliau haramkan Kuomintang. Dr. Sun Yat Sen dan pemimpin-pemimpin Kuomintang lari ke Jepun.

·           1915, beliau tabalkan dirinya – Maharaja dinasti baru dan isytihar sistem pemerintahan monarki berperlembagaan.

·           Mac 1916, terpaksa tubuhkan semula republik kerana rakyat enggan terima.

·           6 Jun 1916, beliau mati dan diganti oleh Li Yuan Hung.

·           Selepas itu, China alami Zaman Hulubalang kerana persaingan para hulubalang untuk kuasai kerajaan pusat di Peking.

·           1916-1928, keadaan anarki dan tiada perpaduan politik.

·           1917, Gerakan 4 Mei (golongan intelektual khususnya pelajar “U” Peking) tercetus.

·           1919, Gerakan 4 Mei – peristiwa demonstrasi, mogok dan rusuhan (1917-1921).

·           Punca – kegagalan pemimpin menjalankan tugas, muncul golongan saudagar dan pekerja baru, perkembangan intelektualisme dan teknologi Karl Marx serta Bolshevik dan hasil Perjanjian Versilles 1919.

·           Matlamat – selamatkan China, satukan rakyat, tuntut kebebasan dan pulihkan maruah China.

·           Hasil – semangat kebangsaan bertambah, fahaman komunis berkembang, kedudukan Kuomintang diperbaiki dan Gerakan Kebudayaan Baru mulai muncul.

·           1912, Kuomintang ditubuhkan di bawah pimpinan Dr. Sun Yat Sen.

·           Tujuan – wujudkan demokrasi berparlimen.

·           Peringkat awal – parti yang lemah kerana ancaman Yuan Shih Kai dan para hulubalang.

·           1917, Dr. Sun Yat Sen tubuh kerajaan tentera di Canton untuk satukan China dan hapuskan kuasa asing.

·           Gagal kerana tiada sokongan rakyat di China Selatan.

·           Oleh itu, Dr. Sun Yat Sen minta bantuan kuasa Barat.

·           Setelah gagal lagi, beliau alih ke Rusia.

·           Benarkan Parti Komunis China (PKC) sertai Parti Kuomintang dan terima pengaruh Parti Komunis Rusia.

·           Beliau bentuk 3 prinsip rakyat: nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial.

·           12 Mac 1925, Dr. Sun mati, Chiang Kai Sek – Kuomintang.

·           1926, beliau lancar Ekspedisi Utara – menentang hulubalang, satukan China dan tubuhkan kerajaan nasionalis di Nanking (1928).

·           Kemudian, beliau – kempen anti-Komunis (1927).

·           Kerajaan Nasionalis – (cuba) kukuhkan perpaduan China, hapuskan perjanjian dengan kuasa asing dan perolehi semula autonomi tarif.

·           Perang Dunia II (1937), paksa beliau bekerjasama dengan PKC untuk menentang Jepun.

·           Perang saudara – Kuomintang dan PKC (1946-1949).

·           Akhirnya, PKC menang dan Chiang Kai Sek bersama tentera Kuomintang undur ke Taiwan.

·           1 Julai 1921, PKC ditubuhkan – rasmi di Shanghai oleh Chen Tu Hsiu dan Li Ta Chao dengan bantuan komintern.

·           Kumpulan komunis di bawah Mao Tze Tung dan Chu The – giat – gerakan bawah tanah dan tetapkan diri antara sempadan Kiangsi dan Hunan akibat tentangan Chiang Kai Sek.

·           Akhir 1931, PKC tubuhkan Republik Soviet China di Kiangsi – Mao Tze Tung sebagai Pengerusi.

·           Apabila tentera Kuomintang tubuhkan barisan bersatu untuk tentang Jepun – Perang China-Jepun II.

·           Selepas Perang Dunia II, perang saudara antara Kuomintang dan PKC – PKC menang.

·           1 Oktober 1949, PKC isytihar Kerajaan Republik Rakyat China.

 

Kesimpulan

·           Selepas itu, negara China jadi negara republik – fahaman komunis.

·           PKC semakin berkuasa dan berpengaruh di kalangan masyarakat China, khususnya golongan pekerja dan petani.

 

SP Star

16/03/2002 15:19:32

Hosted by www.Geocities.ws

1