EMPAYAR GRAECO-ROMAN

 

Latar Belakang

Empayar Graeco-Roman juga dikenali sebagai Empayar Hellenistik. Perkataan Hellenistik berasal daripada perkataan Greek iaitu hellenizein yang bermaksud to speak or act Greek. Selepas Iskandar Zulkarnain mangkat di Babylon (323 SM), tiada pengganti yang handal. Akibatnya, Yunani (Greek) berpecah-belah kepada 3 bahagian dan setiap bahagian mewakili satu dinasti dari keturunan seorang daripada marsyal, menjalankan pengaruhnya. Zaman ini tamat apabila Rom menguasai negara-negara Hellenistik pada tahun 30 SM.

 

Ciri-ciri

Dasar Perluasan Kuasa

Penubuhan sesebuah tanah jajahan Greek bukanlah dibuat tanpa rancangan. Kumpulan orang lelaki dan perempuan dihantar di bawah pimpinan seorang warganegara yang terkemuka sebagai "pengawas" tanah jajahan ke seberang laut untuk menduduki satu tempat yang telah dipilih secara berhati-hati. Tanah jajahan yang diasaskan oleh mereka itu dirancang menyerupai kota induk. Tanah jajahan: Naucratis di Delta Sungai Nil dan Cyrene di sebelah Barat Laut. Corinth menubuhkan sebuah tanah jajahan yang kuat di Corcyra. Di Barat terdapat Torentum (dibuka oleh orang Sparta) serta Sybaris Croton, Paestum, Naples dan Cumae. Keseluruhannya dikenali sebagai Greek Besar. Daya usaha yang bersungguh-sungguh dijalankan olehnegara-negara kota Greek untuk berkembang menjadi Mediterranean seperti Laut Greek.

 

Pemerintah yang Cekap

Ptolemis merupakan pemerintah yang bercorak monarki Hellenistik. Ptolemy dan 14 orang penggantinya menggunakan gelaran yang sama. Seleucids juga merupakan pemerintah yang cekap. Antiochus III The Great menaiki takhta selepas kematian Selecus I, Nicator Chekhek pada 280 SM. Beliau telah menyatukan semula wilayah beliau dan menambahkan empayarnya sehingga ke India. Macadonia pula membentuk negara di Asia Minor. Eumanes I dan penggantinya Attalus I memerintah di pengamun yang berkuasa atas hampir kesemua pantai Barat Asia Minor termasuk beberpaa negara kota Greek.

 

Ekonomi

Rhodes menggantikan Athens sebagai pusat pelabuhan di Aegean. Dalam bidang pertanian, mereka menjalankan rancangan tali air dan terusan di kawasan Fayum. Fayum menjadi kawasan penempatan orang Greek. Keperluan ketenteraan (menunggang dan industri tekstil) menyebabkan penternakan juga dimajukan.Di Fayum, banyak kawasan ternakan dan padang ragut diwujudkan. Mereka turut memberi perhatian kepada penanaman anggur dan zaitun dengan memberikan lesen wain dan menjatuhkan cukai kepada penduduk yang mempunyai dusun. Industri tekstil, sutera dan pakaian dicos juga diberi perhatian. Perkembangan pendidikan menggalakkan pengeluaran buku dan papyrus (daun lontar). Kuari industri juga berkembang. Pengamum menjadi pusat barang tekstil menggantikan Miletus. Kawasan paling sibuk sebagai pusat pelabuhan ialah di Alexandria dan ia mempunyai ramai penduduk. Rhodes dan Cindus menghasilkan jar untuk menjadi pengeksport wain. Kerajaan memonopoli perusahaan seperti garam, minyak, zaitun, wain dan bijirin serta papyrus, juga berjak memiliki tanah. Dua jenis mata wang digunakan iaitu Attic sejak zaman Alexander yang digunakan oleh Macadonia dan negeri Asia; Phonician oleh Ptolemy.

 

Undang-undang yang Teratur

Kemajuan pesat dibuat dalam bidang kehakiman dengan adanya juru damai yang profesional menggantikan juri yang besar bilangan itu. Atas kemajuan dalam bidang kehakiman, satu gerakan dibuat untuk membebaskan hamba abdi yang ramai dan wanita mendapat lebih banyak kebebasan.

 

Tentera yang Kuat

Raja tidak pernah mengalami kekalahan di tangan musuhnya. Keberanian Laksamana Nearaus mengepalai kapal-kapalnya melalui lautan yang dashyat dan tidak pernah ditempuhi adalah satu tindakan mengagumkan. Iskandar Zulkarnain adalah jeneral yang terkenal, paling baik dalam hal strategi, taktik dan penyusunan perang. Baginda cekap dan yakin apabila menyerang.

 

Penduduk Pelbagai Ras

Empayar ini terdiri daripada orang Greek dan orang Sparta. Orang Greek hidup menetap. Mereka tinggal di kampung yang bersebaran. Lama-kelamaan, penduduk setiap lembah/dataran bergabung menjadi sebuah komuniti politik. Orang Sparta pula memberi latihan tentera kepada lelaki. Perempuan pula diberi kesedaran bahawa tugas utama mereka adalah melahirkan perajurit yang berdarah tulen Sparta.

Hosted by www.Geocities.ws

1