Hukum Adat, Peraturan dan Undang-undang

 

Pengenalan

Perkataan adat berasal daripada perkataan Arab – “Adah” yang bermaksud kebiasaan atau sesuatu perbuatan yang dilakukan secara berulang-ulang menjadi kebiasaan masyarakat. Hukum adat ini membawa sejumlah tatacara, larangan, pepatah, petitih, upacara-upacara suci dan sebagainya yang pada dasarnya membawa keyakinan kolektif dan muafakat dalam satu-satu masyarakat. Hukum adat ini kemudian membawa kepada kewujudan peraturan.

 

Adat

1.         Asia Tenggara

Di Asia Tenggara, institusi yang bertanggungjawab mengendalikan hukum adat ialah Majlis Orang Tua atau Ketua Kampung. Di Filipina, ia dikendalikan oleh cabeza de barangay. Di Myanmar, ia dikendalikan oleh ywathu-guji atau myei-taing. Di Vietnam pula, ia dikendalikan oleh xa truong.

Dalam masyarakat Asia Tenggara, adat ini memanglah penting terutama yang menyentuh tentang aspek kehidupan. Di Indonesia, malam Jumaat Kliwon dianggap sebagai malam yang sakraf sifatnya dan harus dihormati dengan mengadakan beberapa upacara tertentu bagi mengelakkan bencana. Asia Tenggara sebagai wilayah yang terbuka yang sering kali dikunjungi oleh pendatang dari China, India dan Islam menyebabkan hukum adatnya dipengaruhi oleh negara-negara tersebut. Sebelum Islam, pengaruh Hindu-Buddha amat kuat. Pengaruh ini dapat dilihat dalam kaum di Asia Tenggara mengamalkan adat mencecah garam ke mulut bayi yang banyak dilakukan oleh kaum di rantau ini mempunyai persamaan dengan adat Hindu yang mencecah madu yang dicampur dengan minyak sapi ke bibir bayi yang dilakukan oleh Brahmin agar bayi tersebut panjang umur dan mendapat kebahagiaan hidup.

Adat di Myanmar pula diikat dengan aspek tanah. Mengikut adat, tanah dipunyai oleh keluarga, masyarakat dan raja dari segi teori dan tidak dimiliki oleh individu. Seseorang yang berhutang boleh menjual keluarganya dan dirinya ke dalam perhambaan tetapi tidak boleh menjual tanahnya. Penyingkiran seseorang dari tanah keluarga adalah satu cara hukuman sosial yang berkesan.

2.         Asia Timur

Di China, hukum adat diamalkan sejak kelahiran sehingga kematian. Seseorang yang baru lahir ke dunia dianggap setahun. Sejak kecil-kecil lagi, mereka terpaksa mempelajari ilmu Confucius. Dalam hal perkahwinan, ia diaturkan semasa kecil untuk menjamin hubungan kekeluargaan tidak putus. Mengikut adat orang China juga, adalah penting bagi mendapatkan anak lelaki untuk mengekalkan nama keluarga tersebut. Oleh yang demikian, kanak-kanak perempuan kurang nilainya. Dalam masa yang sama, adat pemujaan roh nenek moyang juga penting. Mereka dianggap sebagai ketua keluarga dan nama baiknya harus dijaga dalam apa jua keadaan.

3.         Asia Selatan

Di Asia Selatan, mereka mempunyai adat yang tersendiri, misalnya Valaikaappu. Adat ini ialah pemakaian gelang tangan baru bagi wanita yang mengandung bagi tujuan memberi perlindungan kepada bayi dalam kandungan daripada gangguan roh-roh jahat. Selain itu, adat ciimantan yang merupakan adat menyalakan api pengorbanan yang diiringi dengan bahan-bahan persembahan seperti bijirin, minyak sapi dan sebagainya juga diamalkan.

 

Undang-undang

1.         Asia Tenggara

a.         Indonesia

Golongan pemerintah menggunakan peraturan syariat semasa Islam. Selain itu, pengaruh Belanda turut dilihat. Percampuran ini dikenali sebagai “legal syncretism”.

b.         Thailand

Pemerintahan kerajaan berjalan atas undang-undang bertulis yang dikenali sebagai Kod Undang-undang Tiga Tera. Kod undang-undang ini menggalurkan segala aspek yang berkaitan dengan pemerintahan negara termasuklah kuasa raja ke atas tanah. Selain itu, terdapat beberapa Phongsawadan atau undang-undang diraja yang digunakan bagi menjadi panduan kepada seseorang raja memerintah. Mehkamah wilayah yang dipegang oleh Krom Kalahon turut diwujudkan. Ia bertujuan mendengar rayuan dari Mahkamah Bandar. Selain itu, Krom Lukkhun (pejabat pakar undang-undang) turut diadakan. Pegawai Krom Lukkhun terdiri daripada golongan Brahmin.

c.         Myanmar

Hlutdaw bertindak sebagai Mahkamah Awam. Semua ahlinya bertanggungjawab kepada Gabenor. Penjenayah akan dibubuh tatu manakala pesalah kecil dicatatkan. Mengikut Cady: undang-undang adat dan bukannya kanun manu yang digunakan dalam penghakiman dalam semua kehakiman. Undang-undang biara (sangha) pula diwujudkan bagi mengekalkan ketenteraman masyarakat. Semua budak lelaki diwajibkan memakai jubah kuning seumur hidupnya, belajar hidup sederhana. Hal ini menjadi satu sifat kebangsaan.

2.         Asia Timur

a.         China

Undang-undang di China bergantung kepada Maharaja di mana baginda bertindak sebagai penggubal undang-undang dan baginda sering kali dilihat sebagai sumber keadilan. Undang-undang negeri China berasaskan tanggungjawab kumpulan. Sekiranya seseorang yang melakukan suatu kesalahan tidak dapat ditemui maka kesalahan itu terpaksa dipikul oleh orang lain yang berkaitan dengannya. Adalah seseorang itu bersalah sehingga dapat membuktikan dia tidak bersalah. Hukuman juga berasaskan budi bicara yang tidak terhad. Pentadbiran undang-undang adalah dibawah orang-orang yang diberi kuasa dan tidak ada satu badan penasihat. Hukuman biasa yang diamalkan ialah hukuman bunuh.

b.         Jepun

Semasa Meiji, sebuah Majlis Negara yang dikenali sebagai Dajokan ditubuhkan. Selain itu, sebuah perhimpunan dwidewan yang terdiri daripada Dewan Tinggi dan Dewan Rendah turut ditubuhkan. Dewan Tinggi terdiri daripada Daimyo manakala Dewan Rendah terdiri daripada pegawai yang berasal dari pelbagai bandar dan daerah. Fungsi Dewan Tinggi ialah menggubal undang-undang.

3.         Asia Selatan

Undang-undang di Asia Selatan telah meletakkan raja sebagai “separuh ketuhanan”.

 

oleh SP Star

23/10/2001 10:30:33

Hosted by www.Geocities.ws

1