CIRI-CIRI NEGARA BANGSA

 

Negara bangsa mempunyai kuasa dan tidak bergantung kepada orang lain. Hal ini disebut sebagai independent. Kuasa ini menyebabkan penduduk dalam teritori (kawasan pemerintahan yang lebih luas daripada wilayah) memberikan ketaatan yang sepenuhnya dari aspek politik.

 

Terdapat perbezaan dari segi sains dan bilangan penduduk. Ada negara bangsa yang mempunyai bilangan penduduk yang ramai dan ada pula yang terlalu sedikit. Negara bangsa akan diminta kawasan gabungan dalam sempadannya untuk mengagungkannya.

 

Sebagai sebuah negara gabungan, negara bangsa jelas di dalam beberapa perkara diantaranya ialah keahlian negara bangsa adalah wajib kepada semua warganegara. Terdapat monopoli penggunaan tentera dalam kawasan sempadannya dan pegawai-pegawai kerajaan negara bangsa berhak untuk bertindak atas nama tanah dan orangnya.

 

Kesatuan negara bangsa adalah salah satu daripada bentuk negara bangsa secara keseluruhannya. Negara bangsa dunia adalah dalam bentuk kesatuan, contohnya, Sepanyol dan Perancis. Ada yang memberi kuasa desentralisasi, antara kerajaan dengan sub negara bangsa sehingga nampak seperti sistem persekutuan. Ada juga yang memberi kuasa kepada pegawai yang dilantik untuk mentadbir dalam teritorinya. Di Perancis, desentralisasinya dilakukan secara terkawal iaitu secara pengawalan pusat. Di bawah sistem pentadbiran Perancis, terdapat 95 department dan setiap satunya diketuai oleh prefect. Di bawah department ini, terdapat 322 cawangan department yang dikenali sebagai arrondisment yang setiap satunya diketuai oleh sous prefect dna sous prefest dilantik oleh kerajaan untuk bertindak sebagai agen daripada kerajaan pusat dan juga bertindak sebagai pegawai eksekutif.

 

Dalam sistem persekutuan pula, pemerintahnya dibahagikan antara 2 set kerajaan autonomi. Satu secara kebangsaan dan satu lagi secara sub kerajaan. Kedua-duanya dikendalikan sepenuhnya oleh rakyat. Biasanya kuasa sepenuhnya dijalankan oleh kerajaan kebangsaan yang menguasai keseluruhan teritori kebangsaan dan pentadbiran wilayah sendiri. Bagi negara bangsa yang berbentuk persekutuan, terdapat perbezaan dalam struktur pemerintahan dan proses politik ini dilakukan disebabkan perbezaan kebudayaan.

 

Wujudnya perdagangan antarabangsa, perdagangan antarabangsa dijalankan secara sistem barter: barangan atau perkhidmatan. Ia muncul bersama dengan kemunculan negara bangsa ketika zaman pertengahan di Eropah. Ia merupakan ciri terpenting bangsa dan orang yang terlibat ialah saudagar, merchant atau mercantile. Sistem perdagangan ini muncul pada abad ke-18 dan 17 dan ia lebih menekankan kebajikan negara bangsa. Ia juga mementingkan keupayaan atau kemewahan terutamanya dalam bentuk emas. Emas adalah perkara terpenting dalam polisi kebangsaan dan saudagar menganggap emas seolah-oleh keimanan.

 

Falsafah perdagangan negara bangsa adalah menggalakkan eksport dan mengurangkan imprt. Lebihan eksport adalah dalam bentuk emas. Menurut Encyclopedia Britanica, polisi ini memusnah diri sendiri.

 

[Main]

Hosted by www.Geocities.ws
GridHoster Web Hosting
1