EMPAYAR CHALDEA

 

Latar Belakang

Nabopolassar benci tinggal di bawah belenggu Assyria. Dia telah memimpin puak Chaldea menyerang dan menghancurkan Nineveh. Dia mengisytiharkan diri sebagai raja Babylon dalam tahun 625 SM dan mengasaskan dinasti yang akhir sekali memerintah di zaman keagungan Mesopotamia. Dinasti ini mencapai kegemilangan pada zaman pemerintahan Nebuchadnezzar dan 200 tahun kemudian seorang penakluk yang lebih kuat dari Cyprus telah datang dan menawan empayar ini.

 

Ciri-ciri

Melaksanakan Dasar Peluasan Kuasa

Pada tahun 625 SM, Nabopolassar mengisytiharkan dirinya sebagai raja Babylon. Negerinya diambil nama Chaldea. Baginda telah memimpin puaknya menyerang Nineveh. Pada tahun yang sama, anaknya Nebuchadnezzar telah menaiki takhta. Baginda mempertahankan sempadan Utaranya dengan membuat pertikaian dengan orang Mede. Keadaan ini membolehkan baginda menumpukan perhantiannya terhadap negeri-negeri kecil di sebelah Barat. Baginda telah menghancurkan angkatan Mesir di Carchemish. Kemudian, baginda telah menakluk kota-kota di Phonesia, melainkan Tyre, yang tidak tertawan setelah dikepung selama 13 tahun. Selepas itu, Nebuchadnezzar mengepung Baitul Mukaddis dan menawannya. Akhirnya, baginda menguasai seluruh Lembah Eupharates dan seluruh negeri Syam dan Palestine sampai ke sempadan Kerajaan Mesir yang dibangunkan semula itu.

 

Pemerintah yang Cekap

Nebuchadnezzar merupakan pemerintah Empayar Chaldea yang cekap. Baginda menjadi raja Babylon pada tahun 625 SM. Baginda memerintah selama 40 tahun. Di bawah pemerintahan baginda, Babylon dibina semula menjadi sebuah negara kota yang kuat dan pusat empayar yang baru. Selain itu, baginda juga membina sebuah taman yang indah di sekeliling istananya di Babylon yang dipanggil Taman Tergantung Babylon untuk isterinya dan sebuah jambatan merentasi Sungai Eupharates yang merupakan jambatan terawal yang pernah dibina di dunia. Di bawah pemerintahan baginda juga, Empayar Chaldea mencapai kegemilangan dalam sektor sains dan teknologi, perubatan dan perdagangan.

 

Ekonomi yang Kukuh

Babylon menjadi pusat perdagangan yang penting. Jalan-jalan kafilah dari India dan negeri-negeri di Utara bertemu di sana. Di sini, para pedagang akan melaksanakan urusniaga mereka iaitu menjual dan membeli barang-barangan. Selain aktiviti perdagangan, pertanian masih dijalankan juga. Di kawasan tinggi, ditanam bijirin seperti jagung, kurma dan sebagainya. Ternakan seperti kambing biri-biri, lembu dan kerbau turut diusahakan.

Hosted by www.Geocities.ws

1