Kepercayaan Animisme
Pengenalan
Sistem kepercayaan orang Melayu dan masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak adalah terlalu banyak. Namun begitu, apa yang jelas dilihat ialah segala jenis kepercayaan ini merupakan rentetan daripada kepercayaan asal orang Melayu iaitu kepercayaan terhadap animisme. Kewujudan kepercayaan ini telah mempengaruhi setiap aspek kehidupan mereka dan akhirnya mereka menyembah pelbagai unsur alam semesta supaya mereka tidak terlibat dalam kemalangan.
Apa
itu animisme ?
Mengikut encyclopedia, kepercayaan animisme merupakan peringkat awal
manusia mulai mempunyai agama. Perkataan animisme berasal daripada perkataan Latin “Animis” yang
membawa makna nyawa atau roh.
a.
Masyarakat ini percaya bahawa roh seseorang yang mati akan merayau ibarat
tanpa tuan.
b.
Mereka juga percaya roh orang mati akan menganggu mereka.
c.
Mereka percaya setiap roh orang mati akan kembali datang melawat mereka
juga.
d.
Maka, mereka akan selalu mengadakan arwah seperti pada hari ke-3, 7, 100
dan sebagainya.
e.
Mereka percaya kepada semangat-semangat iaitu satu kuasa ghaib terdapat
dalam tumbuh-tumbuhan dan binatang, maka pemujaan telah diadakan oleh pawang
untuk kebaikan seperti pagi menjadi, hindari bencara alam.
f.
Selain itu, pantang larang juga diamalkan seperti hormat kepada laut dan
sungai.
Setelah kehadiran Islam, segala kepercayaan ini perlahan-lahan hilang
atau diubahsuai, contohnya semangat atau roh itu dikaitkan dengan syaitan, iblis
dan jin.
oleh SP Star
12/04/2001 09:39:46
Unlimited Hosting
Unlimited Space and BandWidth,
Free Domain ,Free Site Builder, PHP/MySQL
www.GridHoster.com