EMPAYAR ACHEH

 

Latar Belakang

Empayar Acheh merupakan sebuah kerajaan Islam di hujung  Pulau Sumatera. Ia juga dikenali dengan nama Kesultanan Acheh atau Acheh Darulsalam. Sebelum tahun 1514, Kerajaan Acheh terdiri daripada beberapa buah kerajaan. Pada tahun 1514, Raja Ibrahim (Pedir) telah menyatukan seluruh empayar Acheh dan menjadi Sultan Acheh pertama dengan gelaran Sultan Ali Mughayat syah (1514-1530). Pusat Kesultanan Acheh ialah Bandar Acheh Darulsalam. Acheh mula menjadi empayar selepas kejatuhan Melaka pada tahun 1511 sebab ketika usahanya menentang ancaman Portugis pada tahun 1512 dan mencapai kemuncaknya semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam.

 

Ciri-ciri

Melaksanakan Dasar Perluasan Kuasa Wilayah

Dasar ini mula dilaksanakan pada zaman pemerintahan Sultan Ali Mughayat Syah dimana apabila Portugis mengawal perdagangan lada hitam di Pasai dan menyerang Acheh tetapi gagal pada tahun 1512. Akibatnya, Kerajaan Acheh menguasai Pedir pada tahun 1521 dan menjajah Pasai pada tahun 1523. Seterusnya, melalui Perang Tiga Segi, Acheh berjaya menguasai Aru, Perlis dan Perak. Pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Acheh berjaya menguasai seluruh Tanah Melayu, Sumatera dan Kepulauan Riau Lingga.

 

Pemerintah yang Cekap

Antara pemimpin-pemimpin yang cekap ialah Sultan Ali Mughayat Syah, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dan Sultan Iskandar Thani. Kewibawaan mereka terbukti dengan menyekat ancaman orang asing seperti Portugis dan memperluaskan Empayar Acheh. Mereka juga membangunkan ekonomi melalui sistem monopoli perdagangan.

 

Ekonomi yang Kukuh

Acheh mula menjadi pelabuhan yang penting setelah kejatuhan Melaka pada abad ke-16 dan ke-17. Portugis ketika itu melaksanakan dasar anti-Islam di Melaka telah menyebabkan pedagang muslim pindah ke Acheh. Pada tahun 1519, Acheh mula terkenal sebagai pusat perdagangan yang penting dalam pengeluaran rempah. Kemakmuran ekonomi Acheh dapat lihat apabila umat Islam berjaya menguasai perdagangan di pesisiran Sumatera Barat hingga ke Indrapira.

 

Angkatan Tentera yang Kuat

Undang-undang tersusun mula terbentuk di Acheh semasa zaman kemuncaknya, iaitu ketika pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam yang disebut Kanun Mahkota Alam atau Adat Mahkota Alam. Kanun Mahkota Alam dipertekankan hukum Islam dengan tegas, sehingga puteranya sendiri dihukum rejam dan baginda kerana berzina dengan isteri seorang perwira. Undang-undang dilaksanakan dengan penuh keadilan dan tegas tanpa mengira darjat/keturunan.

 

Penduduk Pelbagai Ras

Penduduk di Acheh terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Arab, Turki dan Monggul. Walaupun majoriti masyarakat Acheh terdiri daripada orang Melayu, namun mereka mengamalkan kebudayaan yang berbeza. Penggunaan berpuluh-puluh jenis bahasa membuktikan masyarakat Acheh merupakan satu masyarakat yang majmuk dan berbilang bangsa.

 

Sistem Pentadbiran yang Kemas

Sistem pentadbiran disusun dengan cekap dan sistematik semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Baginda melaksanakan dasar Islam sepenuhnya, dimana setiap kampung didirikan masjid/surau, loggar atau madrosan. Ulama memainkan peranan penting dalam pentadbiran Kerajaan Acheh. Setiap kampung diketuai oleh seorang ketua yang juga bertanggungjawab sebagai Imam. Kampung-kampung digabungkan dan menjadi mukim yang diketuai oleh seorang hulubalang kecil. Tugasnya ialah sebagai wakil Sultan, pentadbiran awam dan sebagai pengawai polis.

 

Hubungan dengan Jajahan Taklukan

Acheh mempunyai hubungan yang baik dengan jajahan taklukannya sama ada dari segi perdagangan atau politik. Empayar Acheh menyebabkan hubungan perdagangan antara Sumatera dengan Tanah Melayu menjadi semakin rancak. Dari segi politik, Sultan Iskandar Muda telah mengahwinkan puterinya dengan putera Sultan Pahang iaitu Sultan Ahmad Syah.

Hosted by www.Geocities.ws

1