Noni Juice

Dr. Ralph M. Heninicke, Ahli Biokimia, University of Hawaii, Amerika Syarikat merupakan perintis kajian buah mengkudu selama 45 tahun. Beliau menemui kompoun alkoloid "proxeronine" dalam buah mengkudu secara tidak sengaja ketika mengkaji enzime "bromelin" dalam buah nenas. Kandungan "proxeronine" dalam buah mengkudu adalah 800 kali berbanding paras yang terdapat dalam buah nenas. 

Jadi, buah mengkudu amat berguna kepada kesihatan manusia. Buah mengkudu mengandungi zat pencetus "xeronine" yang dipanggil sebagai "proxeronine" di samping terdapat enzim yang membantu "proxeronine" membentuk "xeronine".

Kepentingan xeronine:

  1. Salah satu bahan penting bagi menggalakkan pertumbuhan tisu dalam tubuh badan manusia menerusi tindakbalas bahan kimia antara proxeronine dan proxeronase.
  2. Interaksi dua bahan kimia proxeronine dan proxeronase boleh membantu membesarkan liang pada usus kecil - sekali gus mempercepatkan serapan bahan nutrien ke dalam sistem pemakanan . 
  3. Berfungsi sebagai bahan mengembalikan kesegaran dan ketahanan protein badan yang merupakan sebagai bahan awet muda.

Mengkudu juga kaya dengan bahan anti-oksidan iaitu membantu melambatkan proses penuaan.

Biasanya buah mengkudu dipetik dan diperam di atas garam, atau di dalam beras. Apabila sudah masak ia boleh dimakan begitu sahaja. Ianya juga boleh dicampur dengan gula untuk dimakan. Penggunaan buah mengkudu di Indonesia sebagai bahan "buah rojak" yang dimakan bersama-sama kuah rojak atau dicampur dengan buah-buahan lain sebagai rojak. 

Buah mengkudu boleh memulih sel atau tisu rosak, sekali gus melambatkan proses penuaan, di samping berguna bagi penyakit kencing manis, sengal sendi dan tekanan darah tinggi. 

Daun mudanya boleh digunakan sebagai sayuran atau dimakan sebagai ulaman. Daunnya jika direbus boleh menyihatkan ibu yang baru bersalin.

Kulitnya berguna bagi mengubati penyakit Malaria dan disentri.

Bunga mengkudu boleh digunakan untuk merawat penyakit mata.

Akar mengkudu berguna bagi mengubati penyakit buasir, hidung tersumbat dan pendarahan otak.

Antara khasiat buah mengkudu:

  1. Sistem pernafasan - melegakan penyakit sinus atau resdung, asma, bronkitis dan hingus meleleh.
  2. Sistem penghadaman - perut kembung, ulser, gastrik, cirit-birit, muntah-muntah, tidak hadam makan dan masalah keracunan makanan.
  3. Sistem kardiovaskular - mengurangkan tekanan darah tinggi dan merendahkan aras kolesterol.
  4. Gangguan dalam tubuh - kencing manis, sakit kepala, migraine, sakit ginjal dan buah pinggang.
  5. Mulut dan tekak - radang tekak, sakit gusi, sakit gigi dan batuk.
  6. Penyakit kulit - bisul, luka dan ulser kulit.
  7. Lain-lain - meredakan penyakit darah tinggi, betis kering bersisik, merekah tumit kaki, mengurangkan penyakit batuk, penyakit kuning dan demam panas.
  8. Bagi wanita yang baru lepas bersalin - daun mengkudu boleh digunakan untuk mengecutkan rahim.

Justeru itu, mengkudu boleh digunakan sebagai bahan awet muda. Mungkin juga boleh berfungsi sebagai rawatan menguatkan tenaga batin.

Antitumor
Khasiatnya sebagai obat menarik perhatian beberapa peneliti, yang kemudian menelitinya secara mendalam sejak 40 tahun lalu. Seperti jus buah lain, jus buah mengkudu ternyata juga kaya akan berbagai enzim alami, senyawa fitonutrien (termasuk vitamin dan mineral) dan alkaloid proxeronin.

Proxeronin akan diubah dalam tubuh menjadi xeronin yang aktif ikut dalam setiap penyelenggaraan reaksi biokimia dalam tubuh. Dr. Heinicke menemukan xeronin sebagai pengatur spesifik keutuhan protein. Menurutnya, tanpa xeronin, protein dalam tubuh akan rosak, dan kehidupan pun akan berakhir. Tetapi xeronin ini sukar dicari dalam darah karena begitu terbentuk, sehingga habis dipakai.

Menurut dr. Mona Harrison dari Fakulti Kedoktoran Universiti Boston, minum sari buah mengkudu akan membantu penyediaan xeronin itu dalam tubuh, yang menolong memperbaiki tugas kelenjar tiroid dan kelenjar timus. Keduanya penting bagi kekebalan tubuh, dan perlawanan menghadapi infeksi dari luar.

Xeronin ini dihasilkan ketika asam lambung yang sedang mencerna makanan (termasuk jus buah mengkudu) menghancurkan proxeronin sampai pecah menjadi xeronin.

Hasil proses itu memungkinkan mengkudu mengobati tubuh orang secara kontradiktif. Pada penderita tekanan darah tinggi, mengkudu membantu menurunkan tekanan jadi normal, sedangkan pada penderita tekanan darah rendah, mengkudu membantu meningkatkannya agar normal kembali. Sari buah itu lalu diwartakan berperanan sebagai adaptogen yang menyeimbangkan fungsi sel-sel tubuh. Selain itu, sebagai adaptogen ia juga menormalkan fungsi otak, tempat pengendalian rasa sakit. Oleh itu, tanaman mengkudu di Amerika Tengah disebut pain killer tree.

Komponen aktif lain dalam mengkudu ialah scopoletin. Ini suatu zat faktor pertumbuhan nabati yang pertama kali ditemukan dulu pada tanaman Scopola. Zat hidroksi-metoksi-kumarin ini membawa serta serotonin. Salah satu peranan serotonin ialah sebagai neurotransmitter yang dalam otak berperanan menghantar signall saraf, terutama yang berkenaan dengan proses tidur, di samping proses-proses lain.

Mengkudu juga mengandung anthraquinone yang bersifat antiseptik dan antibakteri. Antara lain Escherichia coli penyebab diarea pada anak-anak (dalam keadaan tertentu), Salmonella penyebab keracunan makanan, Staphylococcus aureus penyebab bisul. Sari buah mengkudu sudah sejak dulu terkenal sebagai penyembuh luka di kalangan pemakai jamu tradisional tanpa memasalahkan apa puncanya.

Pada tahun 1997 baru-baru ini, Anne Hirazumi membuktikan dalam tesis doktornya bahwa endapan sari buah mengkudu yang mengandung embalau arab dan beberapa jenis gula (terutama galaktosa, rhamnosa, dan asam glukuronat) mempunyai daya antitumor, di samping menstimulasi kekebalan tubuh.

 Waktunya yang tepat ialah sebelum makan pagi dan sebelum makan malam. Jadi perut masih kosong. Jus harus diminum sesegar mungkin, tanpa proses pemanasan atau perebusan, agar enzim alami di dalamnya tidak rusak.

Selama berobat dengan jus buah mengkudu, kita harus menghindari minum minuman beralkohol dan kopi.

(Dr. Ir. Ingrid S. Waspodo, MSc.)

KANDUNGAN MENGKUDU

Di dalam buah mengkudu terdapat kurang lebih 60 zat yang dapat diolah langsung maupun tidak langsung oleh tubuh. Zat-zat tersebut telah diuji oleh Dr. Neil Solomon (Menteri Kesehatan Amerika Serikat) pada tahun 1999 terhadap 10.000 penderita/sukarelawan dan dibantu oleh 50 orang doktor (NONI: The Tropical Fruit with 101 Medicinal Uses).

Zat terkandung Khasiat / Manfaat
Metil asetil ester Mematikan kuman
Moridon Melancarkan buang air besar
Soranjidiol Melancarkan keluarnya air seni
Analgesik Pereda rasa sakit
Sedatif Penenang saraf
Damnakantal Menumpas sel kanser & meningkatkan daya tahan tubuh
Anthraquinone & Scopoletin Mengatasi radang & alergi
Terpenes Meremajakan sel-sel tubuh
Xeronine Mengaktifkan kelenjar tiroid & timus (fungsi kekebalan tubuh)
Proxeronine Menyelaraskan kerja sel dalam tubuh
Hipokolestemik Menurunkan kadar kolesterol darah


TINGKAT PENYEMBUHAN

Kondisi Yang Menggunakan Mengkudu % Tertolong
Kanser 874 67 %
Sakit Jantung 1.054 80 %
Stroke 983 58 %
Diabetes, Type 1 & 2 2.434 83 %
Lesu 7.931 91 %
Peningkatan Daya Seksual 1.545 88 %
Pembinaan Otot 709 71 %
Kegemukan 2638 72 %
Tekanan Darah Tinggi 721 87 %
Perokok 447 58 %
Arthritis 673 80 %
Sengal-sengal badan 3.785 87 %
Depresi 781 77 %
Alergi 851 85 %
Gangguan Pencernaan 1.509 89 %
Gangguan Pernafasan 2.727 78 %
Sulkar Tidur (Insomnia) 1.148 72 %
Lemah Konsentrasi 301 89 %
Peningkatan Kesehatan  Fisik dan Mental 3.716 79 %
Peningkatan Kecerdasan Berpikir 2.538 73 %
Gangguan Ginjal 2.127 66 %
Stress 3.273 71 %
  1. Table diatas adalah table peratus orang yang mendapatkan hasil peningkatan kesihatan secara objektif atau subjektif setelah meminum Noni. Kebanyakan pengguna Noni tidak mendapatkan hasil optimum kerana mereka menggunakan Noni tidak sesuai dengan dosage yang dianjurkan atau tidak teraturnya cara memakan Noni.

  2. Pengguna Noni boleh makan dengan pengubatan lain karena tidak ada kesan sampingan atau interaksi negatif. Bahkan pada beberapa case Noni dapat membantu kerja ubat lain menjadi lebih efektif

  3. Noni dilaporkan juga selamat bagi ibu yang mengandung dan menyusukan anak.

(sumber: Nature's Amazing Healer by Neil Solomon, Ph.D)

Home

Hosted by www.Geocities.ws

1