Malay food » Chinese Food » Indian Food »Native of Sabah & Sarawak Food Hapy cooking people !

Nasi Ayam Hainan.

NASI AYAM HAINAN
Bahan-Bahan :

  • 1 ekor ayam
  • kosher salt
  • 4'' halia muda saiz 1/4'' setiap satu
  • 2 batang daun bawang saiz 1" setiap satu
  • 1 sudu kecil minyak bijan

Bahan untuk nasi :

  • 2 sudu besar  minyak sayuran
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 1'' halia muda - cincang
  • 2 cawan beras - basuh dan rendam dalam 10 minit
  • 2 cawan air rebusan ayam
  • 1/2 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu kecil kosher salt

Bahan untuk sos cili :

  • 1 sudu besar air perahan limau nipis
  • 2 sudu besar air rebusan ayam
  • 2 sudu kecil gula
  • 2 sudu besar sos cili
  • 4 cili merah dan sedikit cili padi
  • 4 ulas bawang putih
  • 1'' halia
  • sedikit garam

 

 

Bahan untuk sos ayam :

  • 1 sudu besar minyak bawang putih
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 5 sudu besar sos soya
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 3 sudu besar air rebusan ayam

Cara-Cara :

  • Bersihkan ayam dengan menggosok kulitnya dengan garam luar dan dalam bagi menghilangkan sebarang kekotoran. Bilas. Lumurkan garam luar dan dalam. Masukkan halia dan batang daun bawang ke dalam ayam. Letakkan ayam ke dalam periuk besar dan isi dengan air setinggi 1 inci menenggelamkan ayam. Panaskan dengan api yang besar sehingga menggelegak. Sebaik menggelegak, perlahankan api bagi air mendidih perlahan selama 30 minit.
  • Selepas ayam masak, tutup api, keluarkan dan rendam ayam dalam air ais untuk menyejukkannya dan menghentikan proses ayam dari terus masak. Ini akan menjadikan kulitnya rangup dan isi nya lembut. Buang halia dan daun bawang.  Simpan air rebusan untuk kegunaan lain.
  • Untuk memasak nasi: Tos beras yang direndam.  Panaskan 2 sudu besar minyak dari lemak ayam, masukkan bawang putih dan halia sehingga wangi. Masukkan beras dan goreng sekejap dalam 2 minit. Masukkan minyak bijan dan garam. Masukkan air rebusan ayam dan masak dalam periuk elektrik.
  • Sementara nasi masak, keluarkan ayam dari air ais dan lumurkan luar dan dalam dengan  minyak bijan. Potong ayam untuk dihidangkan. Atau boleh juga, dipotong dahulu sebelum melumur. Sebelum dihidang, tuang sos ayam ke atas ayam yang dipotong
  • Untuk membuat cili sos: Kisar semua bahan sehingga halus.
  • Untuk membuat sup:  Panaskan sup dan masukkan garam dan masukkan bawang goreng atau daun bawang sebagai hiasan. Hidangkan nasi ayam dengan sos cili, sos soya hitam, hirisan timun dan sup. Letakkan daun ketumbar atas ayam dan sedikit atas nasi.

AYAM MASAK MASAM MANIS “CHINESE STYLE”
Bahan-Bahan :

  • 2 ketul isi ayam bersaiz besar- dipotong dadu dalam ukuran 3 inci
  • 1 biji bawang holland dipotong dadu
  • 3 biji bawang putih dicincang halus
  • 1 biji lada benggala hijau dipotong dadu
  • 1 biji lada benggala kunng dipotong dadu
  • 1 sudu kecil tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air
  • Minyak untuk menggoreng
  • 2/3 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecil minyak bijan (optional)

Bahan-bahan untuk Sos:

  • 5 sudu besar cili kering yang sudah dikisar
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar gula
  • Sedikit lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • 1 ketul stok ayam/ikan bilis

Cara-Cara :

  • Basuh dan toskan ayam dan gaul dengan sedikit garam dan lada sulah
  • Panaskan minyak
  • Apabila minyak sudah panas, gaulkan ayam tadi dengan tepung gandum dan goreng
  • Goreng hanya 3/4 suku masak sahaja dan angkat ,toskan dan ketepikan
  • Daripada lebihan minyak menggoreng ayam tadi, hanya tinggalkan dalam 2 sudu besar minyak sahaja didalam kuali
  • Tumis bawang putih sebentar dan kemudian masukkan bawang holland
  • Apabila sudah terbit bau wangi , masukkan sos tadi, kacau rata dan masukkan lada benggala dan sedikit lada sulah
  • Masukkan isi ayam tadi dan gaul sehingga semuanya rata
  • Masukkan tepung jagung yang telah dicampurkan dengan sedikit air. Apabila kuahnya sudah mendidih dan pekat, masukkan minyak bijan

Thank you for visit our website

Keep in touch