Malay food » Chinese Food » Indian Food »Native of Sabah & Sarawak Food Hapy cooking people ! More »

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LODEH
Bahan-Bahan :
Sayur :

  • 10 batang kacang panjang - dipotong pendek/serong
  • 2 biji kentang - di potong dadu/kecil
  • 1 batang lobak merah – dipotong nipis
  • 1/4 biji kubis - di hiris
  • 1/4 biji sengkuang- dipotong nipis
  • 2 keping tauhu kering- di rendam dan potong kecil
  • 1 ikat kecil soo hoon- di rendam dan potong kecil
  • 2 keping tempe
  • 2 keping tauhu (di goreng dan potong kecil)
  • 2 batang cili merah- di potong serong
  • 2 batang serai
  • 3 cawan santan cair
  • 3 cawan santan pekat
  • Garam dan sedikit gula
  • 1/2 cawan minyak untuk menumis

Bahan Kisar :

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 sudu besar udang kering

Cara-Cara :

    • Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar. Masukkan serai yang di titik
    • Tumis hingga terbit minyak. Masukkan sedikit air dan masukkan kentang yang di potong dadu tadi. Masak hingga sedikit empuk
    • Masukkan lobak merah, kacang panjang dan sengkuang. Gaul sebati
    • Masukkan soo hoon, tauhu kering, tempe, tauhu dan kubis
    • Masukkan santan cair dan biarkan sehingga mendidih sambil di kacau
    • Masukkan cili merah yang di potong serong tadi dan masukkan santan pekat
    • Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Biarkan mendidih
    • Sekiranya sudah cukup rasa, matikan api dan bolehlah di hidangkan
    • Hidangkan bersama nasi impit, lontong, ketupat ataupun bersama nasi putih

You might also like

Keep in touch