Malay food » Chinese Food » Indian Food »Native of Sabah & Sarawak Food Hapy cooking people !

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KUIH WAJIK
Bahan-Bahan :

  • 1 kilo beras pulut
  • 1 kilo santan
  • 1 kilo gula merah
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu kecil garam

Cara-Cara :

  • Bersihkan beras pulut, kemudian rendam selama lebih kurang 2 jam.
  • Selepas itu, tanak atau kukus beras pulut.
  • Masak santan dan gula merah di dalam kuali besar sehingga gula merah larut. Kemudian tapis dengan menggunakan tapisan besar untuk mengasingkan

hampas gula merah.

    • Masukkan semula santan yang telah ditapis tadi ke dalam kuali, masukkan garam dan masak serta kacau santan sehingga pekat.
    • Apabila santan agak pekat, masukkan beras pulut yang sudah ditanak / dikukus ke dalam santan bersama daun pandan. Kacau lagi hingga benar-benar pekat dan likat.
    • Tuangkan ke dalam bekas.
    • Hidangkan setelah sejuk

     

You might also like

Keep in touch