14 Disember 2004 - 16 Januari 2005
Siri 2 / Kumpulan 1-2005
Kem KK Di Bawah Bayu, Tuaran, Sabah.
Sebagai Jurulatih Modul Kenegaraan dibawah pimpinan En. Abu Bakar Bin Husain sebagai Ketua Jurulatih.
16 Mac 2005 - 27 April 2005
Siri 2 / Kumpulan 2-2005
Kem KK Di Bawah Bayu, Tuaran, Sabah.
Juga sebagai Jurulatih Modul Kenegaraan. Kali ini kami jurulatih - jurulatih Modul Kenegaraan dipimpin oleh Dr. Mohd Syam Bin Hj. Muksan sebagai Ketua Jurulatih dibantu oleh Tuan Ibrahim selaku Timbalan Ketua Jurulatih. Jurulatih-jurulatih Modul Kenegaraan lain yang terlibat ialah Ardey Abnul (Along), Hamid, Samdin, Ambrose (Ambok), Eva Carollina, Norhaslina, Vivinamiyanatirow (Vivie), Animah (Genim), Azlee, Clarance, Aza, Siverlan (Helen), Sarini, dan Hardinata (Khai).
Untuk kumpulan 2 ini saya menjaga pelatih-pelatih daripada kumpulan 7 iaitu seramai 26 orang. Mereka-mereka ini ialah Aiman, Ah Yet, Wong, Victor, Fatimah (Etie), Asmalianie (As), Jira, Zul, Rayzee (Bob), Devina (Jacq), Tan, Misnah (Dizzey), Asrul, Marjohs (Josh), Azuan, Minuridah (Urie), Dayang, Loma, Sharil, Mariaana (Ann), Alfeus, Fazilah (Zila), Jerry, Gerald, dan Hairy. Antara mereka ini ada yang paling manja dengan saya ialah Ah Yet. Banyak perubahan yang saya lihat dalam dirinya. Aiman pula paling best sebab dapat menghidupkan suasana kelas supaya tidak boring. Antara LDK yang paling saya suka ialah LDK-Aku Yang Berhormat. Seronok tengok mereka berlakon jadi YB.
Kalau nak tengok gambar-gambar mereka nih, klik "Gambar" kat atas tu . Berlambak gambar mereka ni kat situ. Nak pindah turun pun boleh. Percuma jer. Yang tak percuma VCD mereka ni jer.