29-09-2005 - Pergi Faderal ambil waran tiket percuma balik kampung. Ok, sudah siap. Petang ni boleh pergi ambil tiket balik kampung. Nasib baik tempah tiket awal-awal. Lepas tu pergi ambil lesen buruh servant aku tu. Ok, dah siap jugak.

 

24-09-2005 - Hari nih aku ada kelas tuisyen last. Ummi ada kursus dia Dewan Maksak. Tengah hari baru ambil ummi. Sebelum tu bawa Hani le Likas Square. Belik Mozarella Cheese. Aku nak buat Pizza. Ajak Wan datang umah. Dah lama dia tak datang umah.

      Lepas ambil Ummi, kami ke KK. Pergi Wisma Merdeka. Beli hadiah untuk Dinner ummi malam nih. Lepas tu pergi makan jap. On da way balik, singgah pasar beli lauk dan sayur jap.

 

22-09-2005 - HAPPY BIRTHDAY buat isteri tersayang yang ke-29. Semoga selalu dirahmati Allah S.W.T. Beli kek hari jadi untuk isteri dan buat bihun goreng jer. Tak bagi tau dia pun. Belik sekolah, buat supprise...

 

21-09-2005 - Ngantuknyer.... Lepas subuh landing jap atas tikar sembahyang. Lepas hantar bini ke sekolah, balik bukak internet. Baca paper online jap. Tak habis-habis kisah Mawi nih... Ada-ada jer ceritanyer... Lepas tu chat jap kay Yahoo Massager. Kebanyakan yang masuk chat nak chat seks jer... Boring la cam nih....

 

20-09-2005 - Pagi, dapat mesej dari Pak Teh mengatakan dia dapat baby boy. Bini dia bersalin kat Hospital KB. Cuba call dia tapi tak diangkat. Mungkin tido la tu sebab bawak keta jauh.

      Balik dari sekolah, bukak komputer jap. Taip menda ni la.... Pas tu call Pak Teh. Call sebelum pukul 7.00 pagi ok skit. Murah lagi. Mengantuk lagi dia. Cian... Borak kejap pasal baby dia. Tak tahu nak bagi nama apa lagi katanya.

 

19-09-2005 - Lepas hantar bini ke sekolah, aku balik umah bukak intenet. Baca paper utusan online jap. Pastu tido. Ngantuk sebab semalam jaga Iman. Cian kat bini aku, suruh dia tido. Aku jaga Iman. Budak Iman ni kalau tak pukul 12.00 malam, dia tak nak tido.

       Aku bangun dalam pukul 11.00 pagi. Hani dan Iman dah dimandikan oleh servant aku. Aku buat scramble egg untuk Hani. Dia makan dengan seronok sekali. Lepas tu bawak Hani pergi sekolah ambil bini aku. Kemudia kami ke Restoran Keningau kat Inanam. Beli lauk. Malas nak masak.

       Petang, bawak hani jalan-jalan ngan keta. Pergi mengatal cari air kelapa tapi tak ada. Hani tido pulak dalam kereta. Aku terus ke tempat jual air kelapa bakar dekat dengan Politeknik KK.

       Malam, dapat mesej dari Pak Teh. Dia baru sampai KL dari kampung tapi kena balik pulak sebab bini dia masuk wad nak bersalin.

 

18-09-2005 - Tak ada yang best. Lepak kat rumah jer. Si Nico datang rumah nak upload game dan aplikasi ke hp dia. Hani plak demam sebab naik campak. Tapi tak teruk sangat. Dia tak nak makan. Kalau makan pun 2/3 suap jer sebab ada ruam dalam mulut dia sebab campak. Tapak kaki dan tangan pun naik campak jugak. Bila malam, susah nak tido.

       Lepas ajar tuisyen  aku pergi Luyang ngan Hani. Pergi ambil servant aku tu. Umi dan Iman tak nak ikut.

       Malam, godek PC jap. Yesss... Yess... Aku berjaya setting internet kat PC satu lagi. So, sekarang ni boleh pakai internet dua-dua PC lah...

 

17-09-2005 - Nico datang rumah nak main internet. Aku caj RM2.50 satu jam. Dok godek PC aku nah nak link komputer satu lagi biar boleh sambung internet gak. Puas dok godek tapi tak dapat. Caman nak setting IP Address dia. Baca manual pun tak reti-reti gak.

       Lepas ajar tuisyen, hantar servant aku balik Luyang. Hujan lebat. Sampai kat traffic light LIkas, lampunya mati. Jalan jem terus sebab semua kereta main masuk jer. Nasib baik tak lama.

 

15-09-2005 - Bini aku tak ke sekolah. Letih katanya. Nak buat kerja kat rumah je. Nak siapkan akaun koperasi sekolah katanya.

 

14-09-2005 - Call Dr. Sham tapi dia masih di KL. Tunggu dia balik dulu. Nak bincang pasal nak bukak syarikat.

      Bawak Hani pergi Wisma Merdeka. Jalan-jalan sambil window shopping. Pergi makan nasi dan beli kuih pau ayam. Ambil duit kat ATM nak reload prepaid. Lepas tu balik. Singgah di sekolah ambil bini aku. Petang, keluar lagi. Pergi Ambank di Inanam ambilo duit nak bayar hutang kat Standard Chartted. Kemudian ke EON Bank di Api-Api Center. Nak tanya pasal pembayaran insuran kereta. Asyik dapat bil lewat bayar jer padahal kami selalu bayar setiap bulan.

       Malam, tangan kiri aku rasa lenguh. Dah lama aku tak buat tekan tubi. Mungkin itu penyebabnya. Suruh bini aku urut. Nak dukung anak pun tak larat. Sakit woo...

 

12-09-2005 - Pagi, tuan rumah aku SMS nak datang ambil duit sewa dalam pukul 8.15 pagi. Lepas hantar bini aku ke sekolah , aku balik rumah bukak internet. Baca paper online jap. Nak balas SMS tuan rumah tu tak boleh sebab kredit telipon aku habis. Aku hantar SMS kat dia pakai Yahoo Massager.

      Sambil baca paper, aku borak jap kat Yahoo Massager. Ada mamat India tunjuk "anu" dia kat webcam. Bangan betul. Kebanyakan lelaki yang masuk chat kat situ gila seks. Nasib baik aku tidak. Aku nak cari ilmu jer. Tanya khabar. Macam 2 hari lepas aku boran ngan sorang brader tu. Dia pandai edit video. Kongsi ilmu dan pengalaman ngan dia cara-cara ambil shoot yang bagus.

      Dalam pukul 9.30 pagi aku ke Karamunsing ngan Hani. Kami ke kaunter MAS. Aku nak update tempahan tiket balik kampung. Lepas tu aku bawak Hani jalan-jalan ke Wisma Merdeka. Cari CD handphone. Cari koleksi games dan aplikasi untuk handphone.

 

11-09-2005 - Aku pergi ke KK ngan bini aku dan Hani. Iman seperti biasa dok rumah ngan servant aku tu. Pergi ke Center Point nak beli buku. LEpas tu kami pergi pasar jap. Cik Ma dan Ust. Faisal call. Mereka dah sampai depan rumah kami. Aku suruh tunggu. Kami on da way balik. Suruh dia naik kerumah dulu sebab servant aku ada.

 

06-09-2005 - Lepas Subuh, buka komputer, dan print report kewangan Koperasi SMK Inanam yang bini aku suruh taip semalam. Lepas hantar bini aku ke sekolah, aku balik rumah dan lepak atas kerusi. Bila Hani bangun, aku mandikan dia. Lepas tu masuk bilik komputer. Kemaskan apa yang patut. Call KWSP tanya pasal SPPB bini aku. Pegawai yang jawab call tu kata lambat sikit. Ambil masa 2 bulan. Hari ni dah sebulan dari tarikh permohonan dulu tu.

       Boring betul rasanya. Masuk dapur, goreng cempedak yang Kak Ja bagi minggu lepas. kemudian aku goreng makaroni. Naktaruh ubi kentang tapi dah habis. Hentam sajalah apa yang ada. Buat macam goreng mee je.

       Bila la nak masuk streamyx kat rumah aku nih? Kalau dah masuk kan senang aku buat kerja. Nak upload fail ke laman web pun senang. Nak download fail pun senang. Boleh buat CC jap.

       Tengahari nak pergi ambil bini aku tapi dia balik lewat. Ada meeting katanya. Iman ok je dok dengan servant aku tu. Tadi nganis jap. Lepas mandi, ok jer dia.

 

05-09-2005 - Sedar tak sedar dah 5 hari masuk bulan September 2005. Pagi, aku ke Faderal nak ambil waran tambang percuma. Punyalah susah nak [erking. Ramai betul orang ke faderal. Ada temuduga rupanya. Waran tak boleh ambil lagi. Hujung bulan ni baru boleh ambil. Aku ke KAramunsing nak booking tiket flight ke KLIA pada 1 November nih.

      Boring sungguh hari ini ku rasa. Tak tau nak buat apa. Lepas tidur, tidur lagi. Iman nasib baik ok jer. Tak la penig kepala. Last-last aku bukak majalah PC. Baca apa yang patut dan fikir apa nak buat dengan laman web ku tu supaya lebih menarik.

      Malam, call mak aku. Dah lama tak call mak. Cakap apa yang patut. Tanya khabar orang kampung. Bagi Hani cakap ngan nenek dia. Mak gelak bila Hani cakap tah apa-apa.

      Tolong taip report kewangan Koperasi SMK Inanam bini aku. Dah dah tulis atas kertas tapi tak reti nak taip pakai MS - Excel.

 

04-09-2005 - Hari ni hari Ahad. Aku, Hani dan bini aku ke Best Mart. Nak beli barang sikit. Beli pampers Iman dan sedikit barang dapur. Aku daftar streamyx kat kaunter Clikers kat Best Mart. Tak tau bila la nak masuk kat rumah. Tangok kalau kawasan rumah aku tu ok. Baru streamyx boleh on-line.

 

03-09-2005 - Pergi ronda - ronda kat Karamunsing. Window shopping. Nak shopping tak ada duit. Tengok je lah....

 

02-09-2005 - Lepas Jumaat, pergi sekolah jap. Ambil Kak Piah. Aku ingat nak pergi daftar streamyx kat TM Sadong tapi jalan jem. Kami ke Karamunsing. Kak Piah nak beli kabel network. Aku dah ukur berapa meter kat sekolah tadi. Pergi ke kedai omnputer yang aku biasa pergi. Boss dia tak ada. Tanya berapa harga 10 meter. Katanya dalam RM25 jer.

 

01-09-2005 - Kejap je rasanya dah masuk bulan September. 21 hari lagi harijadi bini aku. Nak bagi apa la kat dia nih.

      Dok layang Iman jap bila servant aku nak mandikan Hani. Iman meragam. Bila bukak pampers dia, 'batu' dia bengkak lagi. Aku ambil minyak dab urut kaki dia. Dia senyap bila rasa OK skit. Pas tu dia kentut. Punya la busuk baunya.... Tetiba dia kencing. aku terus tutup dengan tangan. Tak sempat nak ambil kain. Habis basah kusyen aku. Tapi tak apa asal Iman ok.

      Dalam pukul 10.oo pagi aku ke KK dengan Hani. Kami ke Bank Standard Charted. Nak tanya pasal kad kredit bin aku nih. Tapi malang nyer satu orang pegawai pun tak ada kat kaunter pelanggang. Dah la aku susah nak cari parking tadi. Hani pun semacam jer. Bukan boleh kawal budak ni kalau keluar ngan dia. Lama nunggu , aku blah jer. Pergi ke kedai RM2 di Api-Api Center. Beli sudip da senduk. Aku tengok kat dapur aku tu sudip dan senduk dah rosak. Banyak yang dah bengkok dan pecah-pecah.

      On da way ke KK tadi orang Telekom call aku nak datang pasang telefon kat rumah petang ni dalam pukul 2.00 petang.

 

Hosted by www.Geocities.ws

1