31-08-2005 - MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-48. Semoga tahun ini membawa erti kemerdekaan yang sebenarnya kepada kita rakyat Malaysia. Semoga Malaysia terus CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG...

      Petang, bawak anak bini aku ke taman dekan komplek sukan Likas. Aku nak jogging. Kak Ju call nak datang rumah. Aku suruh singgah ke taman sebab dia on da way dari Kamarunsing. Aku jogging 3 pusingan lepas tu semput. Dah lama tak jogging. Peha pun dah selisih. Malam, tidur awal sebab penat. Tapi tak boleh tidur awal jugak sebab Hani tak mau tido. Dok layan dia. Lepas Magrib tadi dia tidur jap. Bila bangun, susuh la dia nak tido.

 

30-08-2005 - Lepas hantar bini iaku ke sekolah, aku balik terus. Tidur atas kerusi. Dalam pukul 10.00 pagi aku mandi bersama Hani. Kemudian kami keluar ke KWSP. Tinggal Iman dengan servant aku kat rumah. Aku ke KWSP nak tanya pasal lesen buruh serevant aku tu. Belum siap lagi. Dalam proses. Nak hantar borang kontrak dia tapi salah isi borang. pegawai kaunter dulu salah bagi borang. Aku tanya borang lain tapi dia cakap dah habis. Teruk betul la perkhidmatan diorang nih.

        Selesai urusan kat KWSP, aku ke Kedai Telekom. Nak daftar telefon rumah. Kerani kat kaunter tu suruh aku pilih nombor telefon. Banyak wo... Akhirnya aku dapat satu, 088 - 38 5684. 5684 kat belakang tu nombor plat kereta dan motor aku. Dapat telefon free satu. Ingat nak masukkan Streamyx kat rumah. Tengok la dulu. Kalau ok aku sambung. Senang nak surf internet.

      Malam, tengok Konsert Merdeka kat Astro Ria. Ramai artis yang best-best. Bini aku tido awal. Aku tengok konsert dengan servant aku jer. Dia dok buai Iman dalam buaian. Hani dan Umi dia tido atas kerusi. Tepat je pukul 12.00 tengah malam, aku laung MERDEKA ! kat luar rumah. Dalam pukul 1.00 pagi, masa aku ambil towel kat ampaian luar rumah, ternampak Ustaz Hafizie  baru balik. Borak ngan dia jap. Kunci rumah dia jatuh dalam lubang longkang. Nasib baik dapat ambil.

 

29-08-2005 - Hari pertama bini aku ke sekolah selepas cuti bersalin. lepas hantar di ke sekolah aku ke pantai Tanjung Aru. Pergi jogging sambil nak cari tulang sotong nak buat ubat Iman. Lama tak jogging, betis dan peha aku rasa semacam jer. Rasa gatal-gatal sebab liang roma nak terbuka untuk keluarkan peluh.

       Dalam pukul 11.30 pagi aku mandikan Iman. Pukul 12.30 tengahari, keluar ambil bini aku di sekolah. Bawak Iman sekali. Iman nak menyusu. Petang, aku keluar ke CC. Upload fail le laman web dan download fail mp3 player untuk telefon Ustaz Hafizie. Dia dah nak pindah ke rumah baru seba rumah sekarang ni tuan rumah nak duduk balik.

       

27-08-2005 - Pagi, bini aku buat nasi gorang. Kemudian kami keluar ke KK Plaza dengan bini aku dan Hani. Iman tinggal kat rumah dengan Servant aku. Pagi tadi aku dah bayar gaji servant ku tu untuk bulan 8, 2005.

       Aku parking atas KK Plaza. Nak basuh kereta dulu. Kemudian kami turun beli baju 2 helai dan seluar slack aku. Cari barang dapur sikit. Beli magnet board untuk Hani. Senang skit dia nak menconteng.

       Tengah malam mak call tanya pasal Iman. Ok ke tidak. Cakap kejap je ngan mak sebab bateri telefon habis.

 

26-08-2005 - Pagi, aku keluar pergi keluarkan duit nak bayar ansuran kereta, kerusi, almari dan katil, duit sewa rumah dan duit gaji servant aku. Nak masukkan duit untuk mak mentua tapi orang ramai sangat. Lepas bayar ansuran kerusi kat Court Mamonth, aku ronda-ronda tengok dapur bersama oven. Ada la yang berkenang tu. Bini aku call cakap kawan dari semenanjung datang. Suruh aku balik terus. Aku singgah kat Servey dulu beli barang dapur.

       Sampai dirumah, ingatkan siapa. Rupanya Abang Din dan Ustazah Hasliza. Jalan-jalan cuti nih. Ada kerja sikit kat Sabah katanya. Anak dia dah 3 bulan.

       Lepas Jumaat, aku ke KK nak masukkan duit mak tapi lupa bawak nombor akaun pulak. Handphone aku tertinggal kat rumah. Terus ke Karamunsing. Beli kertas foto dan Bluetooth USB. Nak connect handphone ngan PC.

 

25-08-2005 - Kami tiga beranak keluar ke KK ambil baju yang kami upah jahit kat Segama. Aku buat baju melayu dan bini aku buat baju kurung 3 pasang. Sebelum tu kami singgah di Karamunsing. Ambil duit dulu. Hari ni dah masuk gaji. Selesai di Segama kami ke KK Plaza beli barang dapur sikit. kemudia ke MUIS. Bini aku nak beli kain tudung. Tapi tak sempat sebab servant aku call cakap Iman dah bangun tidur dan menangis. Cepat-cepat kami balik. Adik E mesej cakap komputer dia kena virus. Cian dia...

       Petang, pergi ke rumah Pak Muda nak urut Iman. Ada cikgu dari Pitas datang urut bini dia. Azlee call aku cakap BJ dah dapat tawaran kerja Kastam tu. Aku chek perti surat tak ada pun surat untuk aku. Bukan rezeki aku agaknya. Azlee pun tak tahu lagi dia dapat ke tidak.

 

24-08-2005 - Pagi, aku pergi ke KK dengan bini aku dan Hani. Iman tinggal kat rumah dengan servant. Singgah ke Pam Minyak Likas nak beli reload prepaid aku. Kami pergi potong rambut kat Segama. Kemudian masuk ke KK Plaza. Bini aku nak beli kasut.

       Dalam pukul 2 petang aku ke Karamunsing nak tukar tetikus ku yang rosak. Dapat mesej dari ustaz mangkuk hayun tu. Pagi tadi aku  hantar mesej sepotong hadith. Dia balas dengan kutukan pulak. Dia kata aku ni S***i D**us. Kurang ajar betul. Ustaz apa macam tu. Dah la hutang aku tak nak bayar. Memang dia tu ustaz munafik.

 

23-08-2005 - pagi, bini aku ada kelas tambahan kat sekolah. Hujan turun lebat. Hantar bini ku ke sekolah. Aku ke pejabat sekolah hantar invoice baru pasal claim aku buat VCD untuk lawatan Mike Maden dulu. terus Kak Ruby bukak bil pembayaran dan terus bayar tunai. Kan senang kalau macam ni. Nak tunggu Kak Iraine, sampai berjanggut.

       Tengah hari kami keluar ke Center Point.  Pergi makan kat KFC. Aku beli majalah PC dan majalah AKSI. Balik, terus ke Klinik Kesihatan di Inanam. Hani dan Iman kena suntik hari nih.

 

20-08-2005 - Lepas subuh aku tidur dalam bilik komputer. Sejuk pulak la pagi nih. Dalam pukul 10.00 pagi aku pergi ke Pasaraya Servay dengan bini aku dan Hani. Iman tinggal kat rumah ngan servant aku tu. Beli barang dapur sikit. Beli bahan-bahan untuk buat spagetti. Bini aku tak puas lagi nak makan spagetti nih. Kali ni aku buat perasa ayam pulak.

 

19-08-2005 - Pagi dalam pukul 11.00 pagi aku ke Wisma Dang Bandang nak ambil DPT Iman dan Hani yang di buat semalam. Dah siap dah. Orang tak ramai hari ni. Tak perlu tunggu lama. Parking pulak aku park tempat biasa. Tak payah bayar parking. Selesai urusan, terus balik kerumah. Lapar ler. Tak makan pagi lagi.

       Lepas Jumaat aku ke sekolah jap. Jumpa Kak Ruby tanya pasal duit claim aku dulu tu. Kaka Ruby kata dia tak tahu. Ler.... Kak Iraine tak bagi ke bil kepada Kak Ruby? Ni buat aku naik darah ni. Dah lebih 2 bulan aku tunggu rasanya.

 

18-08-2005 - Aku buat nasi goreng pagi ni. Dalam pukul 10.00 pagi kami ke Wisma Dang Bandang. Nak buat DPT Iman dan Hani. Pagi esok baru boleh ambik buku DPT tu. Hal lain beres.

      Petang, dalam pukul 3.00 aku dan bini aku bawak Iman ke rumah Pak Muda. Nak urut Iman skit. Lama jugak kami di sana. Campur dengan borak lagi. Kami balik dalam pukul 6.00 petang.

 

17-08-2005 - Pagi, pergi ke Wisma Dang Bandang. Nak ambil kad pembantu rumah aku dan buat DPT untuk Hani dan Iman. Selesai yang pembantu rumah aku tu tapi DPT untuk Hani dan Iman tak dapat buat sebab gambar mereka tak memenuhi syarat. Kami terus balik. Singgah di Likas nak ambir gambar Iman dan Hani.

       Petang, aku uli tepung nak buat pizza lagi. Kali ni taruk buah nenas. Best skit.

 

16-08-2005 - Pagi, lepas sembahyang Subuh aku buat gambar passport Hani. Print jer gambar yang ada. Lepas tu baring atas kusyen kat luar dan tertidur. Tersedar bila Hani muntah atas tangan aku. Bersihkan luka kudis hani tu. Dah ok skit. Bengkaknya pun dah berkurangan. Bini aku pulak dok masak kari ayam kat dapur. Dah lama tak makan kari ayam katanya. Lepas makan tengahari aku terdengar bunyi motosikal posmen kat bawah. Terus aku keluar. Memang aku dah jangka ada surat untuk kami. Minyak urut untuk Iman yang mak kirim dah sampai.

       Tengah malam, Iman tetiba menangis. Sakit perut kot. Aku sapukan minyak kat kaki dan perut dia. Ok skit. Kami suami isteri tidur lewat jaga Iman. Lepak kat ruang tamu sambil tengok tv cerita Lela Manja. Aku masuk tidur dalam pukul 3.oo pagi.

 

15-08-2005 - Pagi ni nak ke Wisma Dang Bandang nak urus pass kerja servant aku tuh. Pepagi tadi bangun mandikan Hani dan bersihkan luka kat kaki dia tu. Aku picit keluarkan darah bercampur nanah. Menjerit Hani. Betis dia bengkak. Semalam tidur lewat.

      Pergi ke Wisma Dang Bandang dalam pukul 10.00 pagi. Susah betul nak cari parking. Bila sampai kat kaunter imigresen tu, komputer mereka off-line pulak. Dari pagi lagi katanya. Aku ke pejabat buruh kat bangunan KWSP. Nak ambil lesen buruh. Belum  siap lagi katanya. Cakap dalam masa 2 minggu tapi ni dah lebih 2 minggu. Inilah kelemahan badan kerajaan. Aku terus balik. Jalan jem pulak. Tension nyer. Singgah rumah Wan hantar salinan fotokopi yang aku pinjam dulu. Kemudian ke CC kat Likas. Upload fail ke laman web dan cari resepi nak buat pizza. Laman web aku ni kurang famous sebab aku kurang iklankannya. Mungkin tak banyak benda yang menarik. Laman web ini khas untuk famili dan kekawan jer.

      Bini aku SMS suruh belik cheese nak buat pizza. Tak puas makan pizza tempohari. Aku pergi shopping kat Servey Likas. Alang-alang, cari le barang dapur sekali.

      Petang, apo lagi. Uli tepung buat pizza ler. Kali ni ok dah pizza yang ku buat. Bagi kat Ustaz Hafizee depan rumah skit. Aku bat 1/2 kilo gandum jer. Bhagikan kepada 3. Dapat ler 3 biji pizza.

 

14-08-2005 - Sampai subuh Iman tak boleh tidur. Tension betul. Perut dia masuk angin. Sabor jerlah... Geram, geram jugak tapi nak buat camana. Dalam pukul 9.00 pagi lebih aku mandikan Hani. Luka kat kaki dia bengkak. Aku picit keluarkan nanah dan darah. Menjerit kesakitan dia. Kalau aku tak buat cam tu lambat sembuh la. Lepas mandi aku cucikan luka tu dengan ubat dan sapu krim. Bagi susu dan dia terus tido. Masuk dapur sediakan bahan untuk buat bihun goreng. Pasang radio dulu. Nak dengar juara carta ERA. Sambil masak boleh dengar radio. Dah sipa masak, tengok anak bini aku masih tido. Iman, lepas subuh tadi baru dapat tido.

       Petang, lepas ajar tuisyen pergi ambil servant aku kat Luyang. On da way balik singgah pasar beli ikan sayur dan ayam. Waktu dah dekat nak Magrib.

 

13-08-2005 - Pagi. adik E call tanya pasal komputer. Tengahari, kami keluar makan di RCH Karamunsing. Petang, pembantu pergi hantar pembantu rumah aku balik ke Luyang. Esok dia cuti. Petang esok baru aku ambil dia. Bawa Hani jumpa doktor kat Klinik Husain dekat Inanam pasal kaki dia yang berkudis tu. Doktor kata mungkin sebab dia main kat padang rumput. Dia alergi dengan rumput. Nak kata sebab nyamuk, bahagian lain ok.

       Malam, lepas mandikan Hani aku cuci luka kudis dia tu dengan ubat pencuci yang diberikan doktor. Terpicit luka dia tu. Keluar nanah. Aku picit terus sampai habis keluar nanah tu. Hani meraung la apa lagi. Tapi tahan ler dia. Nak buat camana. Kulit dia memang sensitif. Nyamuk gigit pun lekat parut.

 

11-08-2005 - Pergi masukkan duit RM50 untuk Pak Do Lie. Lepas tu pergi pos CD Installer untuk adik E. Kemudian singgah kat CC di Likas. Upload fail ke laman web. Download beberapa program skit. On da way balik, bini aku mesej suruh beli bahan-bahan untuk buat pizza. Aku pergi cari kat Pasaraya Servey.

       Petang, Siverlan datang ngan kawan dia hantar komputer untuk dibaiki. Aku chek tengok, banyak sangat program yang tak perlu.. T yang menyebabkan komputer tu hang jer. Bukak tak sampai 5 minit dah hang.

       Aku dan bini aku buat eksperimen bikin pizza. Hentam sajalah labu. Jadi ke tidak tak tau. Bila masak, tepi dia keras. Ada yang tak kena la tu. Mungkin salah guna cheese. Masa aku uli tepung dia tu ok jer.

 

10-08-2005 - Tidur lewat. Tengok citer omputeh. Aku masuk tido dalam pukul 2 pagi. Iman tengah sedap tido ngan umi dia. Ok la tu dia dah elok tidu. Tak ler asyik menjerit je.

       Jerebu kuat kat luar. Bukak je pintu kat beranda rumah aku bau asap orang membakar. Intai dan jengok sekeliling tak ada pulak pembakaran terbuka kat area ni. Bukit di Likas nampak kelabu jer. Hujan pun dah berapa hari tak turun. Dalam pukul 10.30 pagi aku ke Karamunsing. Beli buku MS-Excel. Nak buat mengajar komputer. Lepas tu pegi cari DVD-R 4 keping. Aku nak burn data dari komputer. Nak hantar kat adik di kampung. Kemudian ke pasar cari lauk ayam. Kat rumah dah kehabisan stok. Terserempak dengan si Ray. Dia kata tak dapat masuk PLKN. Nama dia tak naik. Balik rumah, gas masak pulak habis. Adoi... Lori jual gas baru je lepas. Kena la aku sendiri pergi beli kat kedai dengan kereta.

       Malam, aku ada kelas tuisyen komputer. Dah ada buku rujukan tu senang sikit aku nak mengajar. Malam ni panas ler. Semenjak dua menjak ni panas je setiap malam sebab tak hujan.  Badan aku asyik berpeluh je.

 

09-08-2005 - Pagi, masak sup ayam cara aku sendiri. Kemudian masak ikan putih kukus dalam oven microwave. Nak tahu resepinya? Kalau nak cuba bolehlah.

 

Sup Ayam NoorSham

 

Bahan-Bahan:

 

250g daging ayam - dipotong kecil-kecil

4 ulas bawang putih - dihiris kecil-kecil

2 biji bawang besar - dipotong dadu

2 biji tomato dipotong empat

1 batang lobak merah - dipotong bulat

2 biji kentang - dipotong dadu

3 kiub pati ayam Know

2 sudu teh garam

3 sudu besar minyak masak

2 tangkai daun sup

 

Cara-caranya :

 

  1. Panaskan minyak dalam periuk yang sederhana besar dan tumiskan bawang putih.

  2. Setelah keluar bau harum bawang putih goreng tadi, masukkan daging ayam yang dipotong kecil-kecil tadi dan gaul.

  3. Masukkan 3 ketuk kiub pati ayam Know, garam dan sedikit air dan gaul.

  4. Kemudian masukkan kentang, bawang besar dan lobak merah. Gaul hingga sebati dan masukkan 1.5 liter air.

  5. Setelah menggelegak, masukkan tomato dan daun sup. Kacau dan biarkan selama 2-3 minit kemudian tutup api.

  6. Sup anda siap dimasak.

 

Ikan Putih Kukus NoorSham

 

Bahan-Bahan:

 

2 ekor ikan putih

1 inci halia - ditumbuk

3 ulas bawang putih - ditumbuk

3 ulas bawang merah - ditumbuk

1 biji bawang besar - dicincang

1 sudu besar garam

2 tangkai daun sup - dicincang

2 biji tomato

1/2 cawan Madu lebah

 

Cara-caranya:

  1. Ikan putih dibasuh bersih dan di kelar. Sebaiknya ikan sebesar tapak tangan.

  2. Gaulkan halia, bawang putih, bawang besar, bawang merah, garam, daun sup.

  3. Kemudian tabah madu lebah kedalam bahan-bahan yang digaul tadi dan digaul sehingga sebati. Sukatan madu lebah adalah mengikut kehendak anda sendiri. Paling banyak pun dalam setengah cawan.

  4. Sapukan bahan yang digaul tadi pada ikan dan perap selama 10 minit.

  5. Selesai diperap, letak ikan atas pingan. Potong tomato bulat-bulat dan  susun atas ikan tadi.

  6. Tutup ikan tadi dengan penutup plastik dan masukkan dalam oven.

  7. Masak selama 15 - 20 minit.

       Kalau sesiapa nak mencuba, bolehlah ambil resepi ini. Saya selalu masak macam ni kat rumah. Bini saya sukan masakkan saya ni. Sup ayam tu sedap lagi kalau dimakan dengan telur dadar. Ikan kukus pulak, setelah masak, sedap lagi kalau kita tuangkan sedikit kicap manis di atasnya dan perah sedikit asam limau.

       Tuan Ibrahim call pulak. Ingat sapa call tadi. Orang baru lepas masak. Nak suruh aku hantar CPU kat rumah dia. Pastu minta aku ambil gambar Pajero dia. Nak iklan la tu. Apo lagi. Nak jual katanya.

       Malam. tengok Beat Tv dan Muzik@Ria. Aku nak tengok juara AF3 jer. Mawi muncul last. Pembantu rumah aku pun tak jadi nak tidur. Tunggu Mawi keluar. Selalunya dia tido pukul 9.00 malam tapi sanggup tunggu sampai pukul 11.00 malam.

 

07-08-2005 - Siapkan VCD Konsert Akhir AF3 untuk Kak Piah dan simpanan aku. Tengahari kami keluar ke Wisma Merdeka. Bini aku mengidam nak makan KFC. Lepas tu kami pergi beli alas meja. Kemudian singgah kat pasar beli ayam sikit sebab dah habis lauk dapam peti ais.

       Call Kak Iraine tanya petang ni dia ok ke tidak. Aku nak kerumah dia baiki komputer. Dia kata pagi ok lah. Petang dia ada tuisyen. Ok ler... Minggu depan je lah.

 

06-08-2005 - Lepas sembahnyang subuh, godek PC jap. Update aku punya laman web. Tai tak tau bila plak nak pegi upload ke internet nih. Kalau ada internet kat rumah kat senang. Ingat nak masukkan streamyx tapi line telefon pun tak ada lagi. Tunggu la tahun depan kalau dah ada line telefon, aku nak sambung streamyx. Senang skit aku nak download fail dan buat laman web aku nih.

       Petang, keluar beli kayu untuk buat kaki meja. Lepas ajar tuisyen aku kerjakan meja tu. Tambah kaki dia supaya tinggi sikit. Letak kat luar buat meja makan.

       Malam, konsert akhir AF3. Aku sokong Mawi. Dan memang aku dah jangkakan, Mawi adalah Juara serta sekalu gus juara persembahan terbaik dan juga juara vokal terbaik pilihan peminat. Salah satu undi itu adalah undi aku.

 

05-08-2005 - Pagi, pergi ke sekolah hantar soalan ujian setara kat Kak Maine. Kemudian ambil borang KWSP yang aku hantar kat pejabat minta PK1 sign semalam. Lepas tu ke LHDN nak cop matikan setem hasil. Selesai di sana terus ke Wisma Dang  Bandang. Hantar borang pembantu rumah kat tingkat 4. Tak ada problem. Selesai urusan di wisma, terus pulang kerumah. Singgah di Restoran Sri Keningau di Inanam beli lauk dulu.

       Petang, kami pergi ke KWSP hantar borang tuntutan wang KWSP sebab bini aku pilih pencen. Nasib baik bin aku ikut sekali sebab dia kena isi borang lain lagi. Kena cop jari lagi. Aku dah agak dah. Beres urusan di KWSP. tunggu keputusan dalam sebulan lebih. Mungkin dapat dalam belas-belas ribu. Boleh buat bayar hutang.

      Malam, aku ada tuisyen komputer. Ajar cara-cara membuat jadual dan kiraan dalam MS-Excel. Iman macam biasalah. Merengek tengah-tengah malam. Gilir-gilir jaga Iman dengan bini aku.

 

04-08-2005 - Petang, pergi rumah Kak Min. Nak tanya pasal cara-cara isi borang imigresen untuk servant aku nih. Minta contoh cara isi borang dari dia.

 

03-08-2005 - Lepas subuh tengok Astro jap lepas tu landing balik. Bangun pukul 9.00 lebih. Servant aku dok berkemas kat dapur.

       Pagi ni aku masik ayam pakai Microwave. Tak masak ok ke tidak. Ok ler... Boleh la tu tapi ke baca buku manual dulu. Banyak sangat nak setting dia tu.

       Boring nak buat apa tak tau aku burn VCD famili aku. Hani suka tengok gelagat dia yang aku rakam. Hari masa mak mentua aku nak balik ke Kalantan, aku dah burn kirim untuk sedara kat kampung nak tengok.

       Dalam pukul 11.40 pagi Along call. Nak jumpa aku. Ada hal katanya. Aku tengh bersiap nak ke sekolah. Ada hal yang perlu diselesaikan dulu. Nak jumpa PK1 pasal cop borang tuntutan KWSP bini aku tu. Semalam aku mendapat berita bahawa pengetua tak ada kat sekolah minggu ni. Ada hal di luar.

 

02-08-2005 - Pagi dalam pukul 10.30 aku pergi ke sekolah jumpa Kak Noraini ambil duit kutu. Lepas tu lepak kat kantin jap minum dan makan pisang goreng. Kemudian aku ke Likas nak fotostat dokumen bini aku berkenaan tuntutan wang KWSP. Lepas tu aku ke CC jap. Upload fail ke laman web. Download beberapa fail yang perlu.

       Petang, pergi ke rumah Ustaz Ku. Kemudian kami ke Karamunsing. Aku nak beli Oven Microwave. Model manual dah habis. Baru minggu lrpas aku tengok tapi dah kena jual. Yang tinggal satu je yang jenis digital. Beza harga RM30 jer. Ok la. Wa sapu jer sebab tinggal satu jer.

       Dalam perjalanan ke Karamunsing, kami dapat mesej dari kampung mengatakan Mak Mak Su, tok saudara bini aku dah kembali ke rahmatullah. Al-Fathihah..... Minggu lepas kami mendapat berita dia jatuh dalam bilik air dan tak sedarkan diri. Dia koma. Doktor nak buat pembedahan kat kepala dia tapi kebanyakan ahli keluarga tak setuju.

       Malam, Iman meragam. Tidur kejap-kejap. aku dah le mengantuk dan letih. Bini aku pun tak tak tau nak buat camana dah.... Alih-alih aku gak yang kena tidurkan dia. Tapi tu lah, tidur kejap-kejap jer.

 

01-08-2005 - SELAMAT DATANG KE BULAN KEMERDEKAAN....  Kejap je dah masuk bulan Ogos. Pagi, Lepas subuh aku tidur kejap lepas tidurkan Iman. Iman meragam tak mau tidur. Perut dia masuk angin kot. Tidur sekejap-sekejap. Aku pulak malam tadi rasa pening semacam jer. Aku lihat sekelilingku ini berputar jer. Telan ubat panadol 2 biji lepas tu aku tidur tapi tak lelap sangat sebab Iman asyik dok nangis jer.  Kami suami isteri kerap bertukar tangan jaga Iman tapi isteri aku la yang penat kena nyusukan Iman.

       Dalam pukul 9.00 lebih-lebih sikit aku ke KK. Call Klinik Chia di Inanam tanya result medical examination servant aku tu. Blom dapat lagi. Terus ke bangunan KWSP. Hantar borang daftar buruh. Kemudian jumpa abang Azlee depan Hotel Sadong Jaya, serahkan VCD kahwin yang dia minta aku buat 2/3 hari lepas.

       Habis urusan di KK aku ke SMK Inanam jumpa Kak Drisna bincang pasal komputer dia yang rosak tu. Nak beli baru atau macam mana? Jumpa Kak Noraini pasal duit kutu bini aku. Belom dapat lagi sebab ada 2 orang yang belom bayar. Kak Noraini kata esok dia bagi duit tu. Pergi pejabat ambil surat dan slip gaji untuk bulan Julai. Nak selesaikan tuntutan wang KWSP plak.

       Petang, pergi rumah Ustaz Ku ambil air tawar untuk Iman. Kemudian pergi ke BCB di Inanam. Bini aku nak update buku bank dia. Selesai di BCB kami ke Klinik Mutiara ambil susu Hani dan aku nak jumpa Dr. Chindo nak tanya sebab kenapa aku pening semalam. Takut gak kena penyakit darah tinggi. Dalam perjalanan balik singgah ke Maybank nak masukkan duit untuk Pak Do Lie tapi mesin ada masalah. Orang ramai pulak tu. Terus Balik kerumah. Aku dah tak larat dah. Letih dah hari ni asyik dok pulas stering keta jer.

Hosted by www.Geocities.ws

1