30-07-2005 - Kami pergi ke PC Fair di Center Point, KK. Meriah jugak. Ramai orang ke sana. Banyak barang - barang komputer yang murah - murah. Aku beli kertas untuk cetak gambar foto dan dakwat pencetak. Beli tetikus yang tak pakai bebola. Memula harga dia RM38. Lepas aku pergi ronda-ronda tempat lain, harga dia dia dah turun ke RM35 bila aku tanya balik lepas tu. Esok nak pergi lagi dengan Kak Piah kalau jadi la.
Petang, ada tuisyen PMR. Buat latihan daripada soalan yang aku download dari internet. Si Izyan ni banyak khayal aku tengok. Banyak soalan yang mudah-mudah tapi dia kekadang tu macam malas nak fikir. Bila aku terangkan dia kata OK tapi bila suruh dia terangkan semula tak dapat pulak. Tension betul dengan budak nih. Dia faham untuk diri dia jer. Susah la cam nih.
Malam, tengok Konsert AF3 yang ke-9. Malam ni Yazer dan Kefli yang terkeluar. Yezzzaa memang aku jangkakan. Yang ke final ialah Mawi, Felix, Marsha dan Amileya. Mawi tetap WORLD............
Tengah malam, Hani muntah masa tengah tidur, Memula tu tu dia batuk-batuk. Tak sempat aku nak angkat, dia dah termuntah. Iman pulak susah nak tidur. Asyik nak nyusu dengan umi dia jer. Dah over load. Pas tu muntak gak keluar air susu. Nak tidur suruh orang ulit dia plak. Ngantuk woo.....
29-07-2005 - Hantar mak ke airport. Mak balik nak flight pukul 10.45 pagi ke KL dan kemudian sambung dari KL ke Kelantan. Lepas tu kami ke FOMEMA hantar borang Lia.
Petang, kami ke klinik Chia di Inanam untuk buat Medical Check Lia.
28-07-2005 - Pergi ke rumah Ustaz Ku ambil air tawar pak mentua aku untuk kalik ke-7. Lepas tu ke Karamunsing ambil kaca mata mak yang kami tempah minggu lepas. Kemudian kami pergi ke rumah Hafizee dah Taman Yakin Jaya. Dia nak kirim barang untuk sedara dia kat kampung. On da way balik kami singgah ke Luyang ambil servant kami si Ramlia tu.
27-07-2005 - Pergi pasar Filipine kat KK cari ikan terubok untuk mak bawa balik ke kampung. Beli tikar rotan 2 bidang. Untuk mak satu dan untuk kami letak kat rumah satu. Servant aku si Ramlia call suruh ambil dia kat luyang. Dah sudah sampai KK. Dah seminggu lebih dia balik ke Nunukan untuk cop pasport dia.
Malam, aku ada tuisyen komputer. Ajar sorang budak pompuan tu. Baru 18 tahun tapi dah kahwin dan dah ada anak satu. Dia nak belajar MS-Office. Budak ni tak tau langsung pasal komputer.
26-05-2005 - Pepagi lagi Hani menangis. Rupanya dia berak. Aku mandikan dia terus. Dah siap pakai baju semua, dia muntah pulak. Habis tilam TOTO dangan baju dia. Tak sedap perut kot.
Ingat hari ni nak pergi selesaikan segala hutang ansuran dan sewa sebab semalam gaji dah masuk. Sebelum tu nak ke sekolah tanya duit aku bila nak dapat. Sekolah ni kalau mintak aku buat kerja nak cepat je tapi kalau bab pembayaran, berbulan kena tunggu.
25-07-2005 - Pagi, nak pergi ke KK hantar kain untuk dibuat baju melayu dan baju kurung. Bawak Hani turun masuk dalam kereta dulu. Kereta tak mau hidup bila aku cuba start. Bila check, air bateri dah kering. Alamak, aku lupa nak isi air bateri yang aku beli kelmarin. Lepas isi air beteri, biar kejap lepas tu aku start keta. Ok, idup dah... Fuh... lega.
Lepas hantar kain ke kedai jahit baju, kami ke pasar cari barang dapur sikit. Balik, singgah rumah Kak Min tanya orang gaji dia pasal nombor telifon Lia kat Luyang. Call tanya Lia dah balik ke belum. Dia belum balik sini lagi. Sedara dia kata dia memang nak Kerja tu.
Petang, pegi rumah Ustaz Ku ambil air tawar. Singgah rumah Kak Ja dulu nak beli budu tapi dia ke Inanam. Terus ke rumah Ustaz Ku. Tak ada orang. Cuma aku sorang jer. Terus masuk rumah jumpa Ustaz Ku. Masa Ustaz Ku tengah dok jampi air tawar tu baru ada orang lain datang. Tengok atas kerusi belakang dia tu dah berkepul duit warna merah. Mesti dah ramai orang datang pagi tadi. Selesai urusan rumah Ustaz Ku, aku ke kedai perabot Chan kat Menggatal. Masih berbau busuk selepas kedai dia ditenggelami air banjir minggu lepas. Banyak barang perabot yang dijual murah-murah sebab ditenggelami air dan ada sedikit kerosakan ataupun berbau busuk.
Lepas tu aku ke CC kat Likas. Upload fail ke laman web sikit. Download beberapa fail yang aku nak kemudian habis. Sebelum balik rumah dapat SMS dari Kak Ja mengatakan dia dah ada kat rumah. Terus drive ker rumah dia. Aku ikut jalan depan UMS. Permandangan kat laut dah nampak kelam sebab wan hitam menyelubungi menandakan hujan sudah akan turun. Angin pula semakin kuat bertiup. Sampai je rumah Kak Ja hujan mula berintik. Selesai urusan aku terus balik sebab Kak Ja pun nak keluar ke rumah Wan di Likas. Aku pecut kereta aku laju. Waktu menunjukkan pukul 5.00 petang. Kereta banyak di jalan sebab ramai sudah orang balik kerja. Hujan turun tak berapa lebat di sini tapi dari rumah aku dapat lihat kat Likas dan KK hujan lebat sebab tak nampak bukit kat Likas. Nampak putih jer.
24-07-2005 - Hari ni tak kemana. Stay kat rumah jer. Ingat nak pergi rumah Ustaz Ku tapi tak jadi. Petang, hujan serta angin kuat. Izyan tak datang tuisyen sebab hujan lebat sangat. Tapi tak lama.
22-07-2005 - Pagi, pergi ke SMK Likas. Tuan Ibrahim call tadi suruh pegi sana tengok komputer kerani yang rosak. HDD dia ada masalah. Angkat bawa balik sebab tak boleh chek HDD dia kat sana. Singgah kat Masjid Bandaran untuk sembahyang Jumaat.
Petang, pergi rumah Ust. Ku untuk ambil air tawar bapa mentua aku. Bawak gambar dia sekali. Lepas tu kami ke Karamunsing. Pegi KFC. Kemudian kami balik. Singgah kat pasar beli buah rambutan untuk bini aku. Kami balik ikut UMS sebab nak beli buah durian yang orang jual tepi jalan kat situ.
Malam, aku ada kelas komputer untuk sorang budak yang tinggal tingkat atas apartment kami. Baru nerumur 18 tahun tapi dah kahwin. Dia baru dapat kerja tapi tak tahu menggunakan komputer. aku ajar MS-Word kat dia.
Tengah malam, Hani tetiba jer muntah semasa tidur. Memula tu dia batuk jer. Lepas tu muntah pulak. Silap makan apa pulak nih. Habis TOTO kena muntah dia. Terpaksa la aku siram air basuh muntah dia tu.
21-07-2005 - Pagi, pergi klinik ibu dan anak kat Inanam. Check Iman. Iman dah makin berat. Timbang berta dia nak 4.5kg. Naik sekilo setengah. Patut ler berat aku dukung dia. Tubuh dia pun dah nampak gempal dan bulat. Pagi tadi Iman asyik berak jer. Aku semalam pun berak 2 kali. Salah makan kot. Perut memulas jer. Hani pulak apa lagi, hyper aktif sungguh dia tu. Bukan boleh dok diam kat klinik tadi. Ada je tempat yang dia suka masuk. Apapun. dia tetap cute. Semua orang suka kat dia termasuk nurse - nurse kat situ.
Balik dari klinik, tengok Diari AF3. Iman asyik nangis jer. Dia berak lagi. Aku ambil dukung dia terus senyap. Nak duduk atas abah dia la tu.
20-07-2005 - Pagi, lepas aku mandi, mandikan Hani pulak. Lepas tu goreng mee. Rumah sebelah dah ada orang duduk. Pagi ni ada orang pasang aircond kat rumah sebelah. Bising la pulak bila dia tebuk lubang kat dinding tu. Anak aku nak tido nih...
19-07-2005 - Pergi selesaikan urusan pembaharuan pass lawatan aku kat imigresen. Pagi, pergi sekolah dulu. Minta Jaine tandatangan borang jaminan. Lepas tu pergi pos office beli setem hasil RM10 dan pergi matikan pulak setem tu kat LHDN. Kemudian terus ke Wisma Dang Bandang. Orang ramai tak aku tak perlu tunggu lama sangat. Dekat 45 minit siap sudah pas aku. Balik, singgah beli barang dapur sikit kat Pasaraya Servey, Likas.
Petang, pergi potong rambut. Dah berserabut rasanya. Kepala pulak asyik gatal jer. Dah syampu pun gatal. Selalunya ada uban la tu. Pergi CC jap. Upload fail ke laman web. Masukan gambar terbaru iman.
17-07-2005 - Kami buat majlis cukur rambut Iman. Ajak kawan-kawan dan sedara tedekat. Buat majlis dalam pukul 11.00 Pagi. Ustaz Azhan jadi tukan baca doa. Ajak OKK dan keluarga dia sekali. Vivie sampai dari Kota Belud. Petang, aku hantar VV ke Putatan tempat kerja dia. Hujan lebat sampai ke malam. Kak Ana call cakap kalau air dalam longkang belakang rumah dia penuh dan masuk sampai dalam rumah, dia nak tumpang rumah kami. Aku ok jer. Hujan sangat lebat. Tengok kat jalan besar jalan jem. Banyak kereta sangkut. Sampai tengah malam hujan dah semakin reda. Kami semua tido kat ruang tamu. Hani pulak, hyper aktif. Dah tutup semua lampu pun tak nak tido lagi.
16-07-2005 - Petang, hujan lebat. Hantar servant aku balik ke rumah pak cik dia. Dia nak balik ke Nunukan sebab pasport dia kena cop balik sebelum aku buat pas kerja untuk dia.
15-07-2005 - Siapkan VCD Pesta Gambus. Boleh convert kepada 2 CD. Burn terus ke VCD. Print cover dia sekali. Pakai cover warna. Mahal ni kaler dia wo...
Masuk dapur, perat 4 ekor ikan putih. Aku nak kukus lepas balik dari sembahyang Jumaat nanti. Suruh pembantu rumah aku siapkan bahan-bahan dia dulu.
14-07-2005 - Pergi FOMEMA nak uruskan dokumen pembantu rumah kami. Ada masalah sikit. Pasport dia dah nak habis. Mungkin tak sempat untuk proses FOMEMA dan Imegresen. Dia terpaksa balik ke Nunukan dulu dan cop pasport keluar masuk semula baru ok. Nanti nak sattle aku punya pas lawatan dulu da...
Call auntie jap. Tanyak pasal anak dia. Bagitau suruh adik E ambil duit untuk mak RM100. Aku dah masukkan dalam bank BSN adik E. Nak bagi lebih aku pun kena berjimat kat sini. Banyak pakai duit wo.... Nak urus pembantu rumah lagi. Nak upah sedara mara, semuanya ada keja sendiri. Mana la meka suka jagi orang gaji dengan gaji kecil. Kalau minah indon, gaji RM250 dan ok dah bagi mereka.
Nak pergi CC nak upload gambar Iman kat laman web tapi CC tutup sebab tengah renovate. Tunggu kla 2/3 hari lagi. Orang kampung nak tengok gambar baby Iman.
Malam, Kak Piah datang umah nak minta buat VCD Pesta Gambus OKK.Ni yang peringkat negeri Sabah. Dulu aku dah buat untuk peringkat Kota Kinabalu. Ada 3 tape. Nak convert ke 2 CD jer. Tu pun kalau boleh.
11-07-2005 - Pergi ambil pembantu rumah kat Luyang. Ramlia nama dia. Orang Timor. Senang nak jaga anak lepas ni. Mak pun dah nak balik. Kesian dia duk lama-lama kat sini. Lepas ni kalau aku masuk kem ada juga teman bini aku tu kat rumah. Ada orang kemaskan rumah.
Malam, mak call. Tak boleh cakap panjang sebab bateri telipin aku weak. Nak kena tukar bateri dia. Auntie dak rumah mak. Mak jaga anak dia. Kalau kat rumah mak mentua dia tak ada orang nak jaga. Mak mentua dia pun dah tua dan rabung pulak tu. Kesian ngan abang Lie kena ulang-alik. Auntie kena bedah sebab anak dia tak mahu keluar secara normal. Tapi syukurlah sebab dua-dua dah selamat. Mami pulak kena darah tinggi lagi.
10-07-2005 - Aku punya pas lawatan sementara dah tamat da... Kena pergi ke imigresen untuk sambung balik.
08-07-2005 - Lepas Jumaat pergi KK cari kapur nak buat barut perut bini aku. Lepas tu beli ikan skit. Cari beras dan roti. Lepas tu balik singgah rumah Kak Min. Dia belom balik dari sekolah lagi. Tanya pembantu rumah dia pasal kawan dia yang nak kerja tu.
Petang, kami sekeluarga keluar ronda-ronda dengan kereta ke tapak Sure Heboh TV3 kat Kompleks Sukan Likas. Dah ramai orang ke sana. Kami ronda-ronda dalam kereta saja la. Malas nak turun.
06-07-2005 - Adik E mesej cakap Auntie masud wad nak bersalin. Mesej kat abang Lie. Dia kata Auntie kena operate. Tak boleh bersalin normal. Malam, dapat berita Auntie selamat dibedah dan dapat baby boy. Berat 3.60 kg baby tu. Alhamdulillah... Akhirnya Auntie dapat juga anak yang di idamkan selama ni.
04-07-2005 - Hantar komputer Susanna kat sekolah. Bagi bil kat dia. Semuanya RM743.00. Aku minta tambah RM40.00 lagi sebab hari tu dia bagi Rm700.00 saja. Ambil kertas jawapan budak kat atas meja bini aku. Lepas tu aku dan Hani ke Inanam. Ingat nak pergi bank tapi orang ramai sangat. Kami terus balik.
Tengahari, aku pergi pejabat sekolah jumpa pengetua. Minta tandatangan pengesahan borang minta tambang percuma. Lepas tu terus pergi ke Rumah Persekutuan hantar borang tu. Beres semuanya, terus balik rumah. Lapar la pulak. Petang, pergi sekolah lagi. Hantar Cd kak Sitiamah. Caj dia RM60.00 bagi CD yang dia suruh copy dan CD kahwin hari tu.
01-07-2005 - Pagi, pergi ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, Inanam untuk check kuning baby boy aku. Pergi dengan mak dan Hani. Umi dia tinggal kat rumah jer sebab tak sihat. Sebelum tu singgah di sekolah ambil duit dari Susanna untuk baiki komputer dia. Dia bagi RM700. Kuning baby dah turun ke 118. Dua hari lepas 165. Alhamdulillah syukur... Selesai kat kat klinik, pergi Kompleks Karamunsing untuk bela pekakas komputer Susanna.
Petang, kak Ja dan Ustaz Azhan datang kerumah bawa hadia untuk Ahmad Iman. Terima kasih..... Bini bagitau Cik Ma kawan kat Papar tu dah bersalin tengahari tadi. Dapat babay girl. Alhamdulillah.... Kami dah ada sepasang dan dia pun dan ada sepasang.