21-06-2005 - Pagi, bini sakit perut. Asyik masuk tandas jer. Aku tunggu dalam kereta nak hantar dia ke sekolah. Sampai di sekolah, dia dah tak tahan. Nak bersalin kot? Terus kami balik kerumah, tukar pakaian dan terus ke Hospital Likas. Kami sampai sana dalam kul 9.00 pagi. Lepas tu ada sorang nurse bagi aku satu borang untuk daftar bini masuk wad. Dalam kul 10.00 pagi dia dibawa masuk ke bilik bersalin. Hani pulak nakal bukan main. Letih aku nak mengawalnya. Dahla belum mandi lagi.
Aku balik dulu mandikan Hani. On da way ke Hospital Likas, bini aku call kata dah bersalin. Dapat baby boy. Alhamdulillah syukur.... Sampai di sana aku ambil air sembahyang dan azan serta iqamatkan anak lelaki ku itu. Gembira tak terkata. Kami namakannya Ahmad Iman. Dia dilahirkan pada pukul 11.43 pagi.
20-06-2005 - Pagi ni pergi tukar tayar kereta. Fuyo... RM150 sebijik tayar. Mintak kurang dapat la RM145 sebijik. Lepas tu timbang tayar pulak. Ada masalah sikit tapi caj nya banyak gak kena. Semua sekali habis la dalam RM687.00 duit aku. Baru ambil tadi RM1000 kat ATM. Tapi limit RM1000 sehari. Ingat dapat la keluarkan RM1500. Balik, ambil Hani dan pergi sekolah ambil bini pulak. Petang, ingat nak keluar tapi hujan pulak. Tengok ler camana.
Hayya.... ingat mau bikin lain ployek tapi itu tayar aaaa.... Hayya.... Manyak susah woooo...... Tapi tarak apa. Tayar kereta lagi penting. Tukar tayar baru nih rasa ok skit keta bila bawak laju. Tal la goyang stering dia.
19-06-2005 - Semalam Konsert AF3 yang ke-3. Mawi nyanyi dengan ok tapi malam semalam tak berapa mengancam. Fuad terkeluar walaupun pada mulanya dia di tempat ke-3. Sebelum Hani muntah. Tak tahu kenapa. Mungkin dia minum susu banyak sangat. Lepas tu tak sendawa. Hari ni kami keluar pergi makan pizza kat Likas. Duit elaun PKn dah masuk. Esok boleh la aku tukar tayar kereta. Ingat ada projek lain tapi tayar kereta buat hal plak. Dah botak semuanya. Pergi ke Kompleks Karamunsing. Beli printer Canon Pixma. Ok ler. Laju bila dia print dokumen tapi bising sikit bila dia tarik kertas masuk.
18-06-2005 - Dah lama aku tak manaip ni. Semenjak dua menjak ni aku kurang sihat sikit. Baru ok dari demam dan cirit-birit. Petang, pergi ke Airport Terminal 1, ambil mak yang baru sampai dari Kelantan. Flight delay. Mak sampai lewat lebih kurang pukul 7.00 malam. Hujan pulak tu.
Check duit elaun PKN aku nih. Blom masuk lagi. Si Nor tel kata Kem Kota Belud dah masuk dah... Boring betul. Dah dekat 2 bulan tak masuk lagi. Lembab betul la meka ni buat keja. Duit yang aku pergi ceramah pun belum dapat lagi. Dualu janji dalam masa seminggu jer. Ni dah dekat sebulan dah, masih tak dapat lagi. Tapi tak kisah la. Tak terdesak sangat pun. Kalau dapat cepat, habis cepat la duit tu.
12-06-2005 - Semalam tengok Konsert AF3. Eliza terkeluar. Alamak tak bestnyer.... Dia tu ok per. Tapi apa boleh buat. Dah nasib dia terkeluar awal. Mawi pulak, pergh... gilo betul aku tengok peminat dia nih. Peratus dia boleh sampai 54% pagi nih.... gilo...gilo..... Bukan sedap sangat pun dia nyanyi. Semalam pun lupa lirik dan salah melodi. Apara Mawi nih....
11-06-2005 - Malam ni Konsert Af3 ke-2. Apo lagi... rekod la...
07-06-2005 - Pagi, sambung kerja kemaskan bilik komputer. Semalam hujan lebat. Bilik komputer tempias sikit. Kotak besar bekas aku simpan barang-barang terpakai basah sikit kat bawah dia tapi ok lagi. Buang kain langsir dan tampal cermin dengan kertas minyak. Ok la skit tak nampak semak dengan kain langsir.
Hai camana ni? Duit elaun PKN belum masuk lagi. Tayar keta nak kena tukar dah. Ingat nak tambah komputer satu lagi kat bilik nih. Baru "perniagaan masyuk" banyak sikit. Cuti ni tak boleh nak beroperasi. Malas aku nak jaga. Lagipun bini tak berapa sihat. Mana nak kawal si Hani tu lagi. Mana nak jaga komputer. Hani makin nakal. Semakin cerdik. Dah pandai minta itu ini. Walaupun perkataannya sama tapi lain maksudnya bagi Hani.
Sekarang ni Hani dah pandai tengok TV. Dia suka tengok Channel 63. Apa lagi kalau bukan rancangan kartun. Siang malam nak tengok kartun. Boring la cam ni. Abah dan Ummi nak tengok rancangan lain gak. Kalau macam ni, kena tambah satu Astro lagi.
06-06-2005 - Bangun lewat. Kami keluar ke Wisma Merdeka kat KK. Pergi makan tengah hari kat sana. Bawak Jalan - janaln Hani sekali. Ingat nak ke rumah Kak Juriah tapi dia keluar bawak anak-anak. Tengahari sampi ke petang aku kemaskan bilik komputer. Ubah kedudukan sikit. Baru nampak luas skit.
04-06-2005 - Hari ini adalah hari keputeraan DYMM Agong.
Semalam Hani muntah-muntah. Tak tahu kenapa. Tetiba je tengah tido dia termuntah. Masu tu aku dan isteri belom tido. Kami dok bercerita masa mula-mula kahwin dulu. Badan Hani panas betul. Aku sapukan minyak Yu Yee cap limau kat perut dan belakang dia. Mungkin angin kot. Dalam pukul 3 pagi dia muntah lagi. kami suami isteri tak lelap mata. Habis tilam dan kain cadar Hani kena muntah dia. waktu subuh pun dia muntah lagi.
Pagi, kami bawak Hani jumpa doktor kat Klinik Mutiara, Inanam. Doktor kata mungkin tersalah makan atau alergi dalam tekak Hani sebab dia berak ok saja. Tak ada cirit-birit. Kasihan Hani. Tapi badan dia dah ok sikit. Tak la panas macam malam semalam.
Petang, tak tau nak buat apa. Ada kerja tapi rasa malas nak buat. Tak ada mood. Hani tido ngan Ummi dia. Tadi nak bermanja ngan Abah dia. Nak isap susu pun atas riba Abah dia. Anak bapak katakan. Kalau kena marah sekali pun, dengan Abah dia jugak dia nak.
03-06-2005 - Hari ni hari apa yek? Hari khamis kot...? Hah...! Hari jumaat sudah...? La... Tak sedar rupanya dah masuk hari jumaat. Mati-mati ingat hari khamis. Bini aku pun ingat hari khamis. Dengar Halim kat radio ERA cakap hari ni hari jumaat. Konfius plak. Tengok kalender, rupanya betul hari jumaat.... Camana boleh termiss hari nih....
Petang, kami pergi ke Pantai Tanjung Aru 3. bawak Hani main pasir dan mandi laut.
Ligat betul dia. Jenuh mengejornya. Nampak je air laut, terus terkam masuk air.
Bila tertelah air masin, lari naik terus tak nak masuk air lagi. Pantai dah ok
skit daripada 2 minggu lepas. Bersih la sikit. Tapi air dia banyak sampah dah
daun-daun pokok. Kalau nak
mandi kena pergi ke tempat dalam sikit. Tak sesuai untuk budak-budak. Tapi kalau
nak main pasir ok la.
Pergi ambik angin kat tepi pantai ni hati rasa tenang sikit. Ramai jugak pengunjung yang datang. Cuti sekolah katakan.