31-05-2005 - Hari ni dah penghujung bulan Mei 2005. "SELAMAT HARI JADI BUAT KAK LONG". Tak ada yang best. Hani keboringan sebab Mak alang dia tak ada. Pagi, pergi ke Wisma Merdeka. Sarapan merangkap makan tengahari. Hani over aktif. Pening nak layang dia. Mat Yie mesej dai dah sampai Sabah petang semalam. Ingat petang ni nak pergi jalan-jalan rumah dia sambil tengok anak dia.
28-05-2005 - Sambung ceramah lagi. Hari ni buat "installation". Cara-cara setup windows dan buat partition serta cara kongfigurasi driver hardware. Masa penutup, pengetua SMK Likas datang. Dia bagi sepatah dua kata. Sambutan yang baik daripada pengetua buat aku rasa terharu sebab tak pernah dapat sambutan dan diberi cenderamata seperti ini. Terima kasih yang tak terhingga buat Tuan Pengetua, Cikgu Lim, Cikgu Ermiza dan semua yang terlibat.
27-05-2005 - Ada ceramah pasal 'Computer Troubleshooter' kat SMK Likas. Penceramahnya, aku ler sapa lagi. Bagi ceramah sikit pasal komponen dan cara pemasangan komputer kat budak-budak. Petang, hantar Kak Cik balik kampung. Kami hantar dia ke lapangan terbang Terminal 2. Naik AiaAsia dengan Yati. Kasihan kat Hani menangis tengok Mak Alang dia dah balik.
24-05-2005 - Tak sedar masa dah berlalu, hari ni dah 24 haribulan da.... semalam aku pergi ke kem jumpa anak-anak murid aku dulu. Hujung minggu ni mereka dah tamat PLKN. Semua rasa sedih sebab nak berpisah dengan kawan-kawan. Aku turut rasa sedih gak tapi buat dek jer.... Apapun persahabatan akan tetap diteruskan juga walaupun berjauhan.
Baru selesai buat Presentation Power Point untuk Pusar Sumber SMK SEMI. Buat apa yang patut. Benda free ni biasalah tu... Banyak kekurangannya.... Dan pagi ni jugak aku rasa bengan sangat sebab aku nak test power point tu kat sekolah tapi tak boleh sebab PC lembab nak mampos. Pastu yang dua lagi tu tak boleh bukak sebab ada password. Mengenyam nak tukar password pulak... "dia" sorang la nak pakai tu.... Bawak balik letak kat rumah le senang skit kalau tak nak bagi orang pakai wei.... Sepatutnya tanya atau bagitau cikgu yang berkenaan kalau nak tukar password.... "Awak" tu bukan selalu ada kat situ.
23-05-2005
- Masa berlalu begitu pantas tanpa kusedari.
Usia semakin meningkat tapi adakah amalanku semakin bertambah, iman semakin kuat?
Yang pasti, iman ibarat saham. Kadangkala naik dan kadangkala turun. Kenapa
begitu? Sesungguhnya Tuhan itu Maha mengetahui.
Ya,
masa berlalu terlalu pantas tanpa menghiraukan kita. Sesungguhnya wajah itu
adalah kurniaan yang indah ciptaan Maha kuasa. Tapi kalau wajah itu tidak
disirami dengan air suci, dengan kata-kata manis, maka tiada gunanya wajah yang
indah itu kerana tiada kecantikan tanpa keindahan.
Alam ini yang indah permai ciptaan Allah S.W.T. yang Maha besar sungguh indah dan mengasyikkan. Tapi ada juga manusia yang sanggup merosakkannya dengan alasan pembangunan. Sungguh sedih...
Anak,
sesunggunya dikau masih belum mengerti hakikat hidup ini. Anak diibarat kain
putih. Kalau biru kita warnakan, maka birulah ia. Kalau hitam diwarnakan, maka
hitamlah ia. Warnailah ia dengan warna-warna harmoni yang tenang agar hidupnya
sentiasa tenang dan diredhai yang Maha kuasa.
Sayang, senyumanmu sentiasa dihatiku. Dikaulah isteri yang ku sanjungi di dunia
dan di akhirat. Dikaulah segalanya. Tanpamu hidupku seperti layang-layang yang
putus talinya.
20-05-2005 - Tak sedar rasanya hari ni dah Jumaat. Ingat baru hari Khamis. Kejap je masa berlalu. Umur pun dah meningkat. Anak pun dah nak masuk dua orang. Tapi adakah amalan untuk hari akhirat dah cukup. Banyak lagi yang perlu diperbetulkan. Tapi aku hairan masih ramai lagi yang hanyut dengan arus hidup. Termasuk la aku ni yang kekadang tu hanyut juga sekali-sekala tapi masih sedar dengan apa yang berlaku.
19-05-2005 - Pergh....!!!! Habis fail installer dalam PC aku..... Cap puiii punya virus.... Salah aku gak sebab tak install anti virus. Selalunya dah scan awal-awal fail kalau aku download kat internt. Ni mesti dari Hardisk kawan aku nih. Adoi.... Jenuh nak cari fail-fail tu yang baru.... Kena download dalam internet plak nih....
17-05-2005 - Eeiiii..... Geramnyer..... Ada ke patut mereka buat cam tu.... Kami pun tak buat cam tu kat kitab mereka. Sanggup mereka buang kitab kami dalam mangkuk tandas... Memang patut mereka ini di bunuh. Dah la datang tempat orang dan musnahkan negara orang. Menceroboh pulak tu. Lagi mau kurang ajar...
Apapun kalau nak lepaskan geram, fikir dahulu natijahnya selepas itu. Jangan main hantam sahaja. Hmmmm... tah ler... Nak buat apo yer lepas nih? Ingat nak hantar CD kat kampung tapi Kak Cik nak balik hujung bulan nih. Tak payah ler. Nanti kasi jer kat dia bawak balik sekali.
Ingat nak tambah gambar kat ruangan Galeri Foto tapi 'space' kat 'akaun server' ni dah kurang. Takut tak muat untuk benda lain. Nak daftar bawah ".com" mahal pulak. Kalau nak senang, daftar satu akaun lagi buat simpang data jer.
16-05-2005 - SELAMAT HARI GURU kepada semua guru yang pernah mengajar saya dan mengenali saya serta semua guru di Malaysia ini. Bagi saya, walaupun orang tu tak mengajar di sekolah tatapi jika dia memberi ilmu kepada seseorang, dia juga adalah guru malah mungkin dia lebih baik dari guru yang mengajar di sekolah.
Apapun, Selamat Hari Guru untuk saya juga. Cikgu kat PLKN he...he...he... Cikgu jugak kan....? Cuma bukan kat sekolah jer.
Apa perancangan hari ni yer...? Nak update laman web pusat sumber la... Laman web aku ni nak update gak... Tangok la apa yang patut....
15-05-2005
- Anak adalah anugerah dari tuhan yang tak ternilai. Sesiapa
kahwin yang tak ada anak akan merasakan suatu kekosongan dalam keluarga mereka.
Hani, penyeri hidup abah dan
ummi. Dari kecil sampailah umurnyer dah 1 tahun 2 bulan sekarang, banyak perkara
yang telah abah dan ummi pelajari tentang hidup berkeluarga. Kalau dulu kami
menjadi anak tapi sekarang kami menjadi ibu dan bapa. Dah tahu pahit getir
sebagai seorang ibu dan bapa. Tahu bertapa susahnya menjada anak dari kecil
sampai besar. Kekadang tu bengang juga dengan kenakalannya tapi kasih sayang
mengatasi semua itu.
Masa mula-mula lahir dulu, aku tertanya-tanya bila anakku ini nak meniarap. Bila dah meniarap, tertanya-tanya pulak bila nak merangkak. Bila dan merangkak, tertanya pula bila nak berjalan. Tapi bila dah berjalan, tak larat rasanya nak kawal dia. terlalu aktif. Tapi itulah anak. Mereka ini membesar dan ingin tahu semua perkara. Ada perkara yang kita perlu biarkan anak kita lakukan mengikut kehendak mereka tapi ada juga yang perlu dihalang. Kalau selalu kita cakap "NO", lamam kelamaan anak menganggap kita menyekat segala kemahuan mereka. Apapun aku seronok melihat anakku ini berjalan dan berlari. Tapi itulah, terpaksa awasi sebab selalunya masa inilah mereka ini selalu mendapat kecederaan sebab terlalu ingin tahu akan sesuatu benda.
Akupun hairan bagaimana orang boleh membuang malahan membunuh anak mereka. Satu perbuatan yang keji. Nak kata macam binatang pun, ada juga binatang yang sanggup berlapar kerana anak mereka. Tak boleh samakan dengan binatang sebab binatang tak ada akal seperti manusia.
14-05-2005 - Pagi, lepas subuh tidur jap. Bangun pukul 8.00 pagi sebab nak pergi Klinik Kesihatan Luyang. Hantar bini nak cabut gigi. Balik, singgah sekolah hantar MC dia dan ambik kak Sal. Dia nak print kertas kerja dia kat rumah.
Tak ada yang best plak hari ni. Cuaca mendung dari pagi sampai petang. Nampak nak hujan tapi tak hujan pun. Mungkin hujan tempat lain.
Dalam pukul 5 petang, Dr. Sham call. Jumpa dia depan rumah Along tapi Along dah tak ada. Dia dah pergi ke Sandakan. Serahkan CD yang dia nak tu.
Malam, wa masak terung goreng. Alamak... masinnyer... Tersilap taruk garam banyak sangat. Bergelen air wa teguk. Vivie mesej tanyak nak pegi kem tak esok. Oku ok jer. Si Genim pun dah ada kat sana. Dia dapat untuk modul komuniti. Dia sorang jer member kami yang dapat kat kem sama. Yang lain semua pergi ke Sandakan.
13-05-2005 - Pagi, seperti biasa hantar bini ke sekolah. Lepas tu balik rumah untuk bersiap nak pergi temuduga jawatan Penolong Penguasa Kastam kat KK. Turun dari rumah lebih kurang jam 8.10 pagi. Sampai sana lebih kurang jam 8.35 pagi. Nasib baik jalan tak jem. Nampak kereta Azlee dah ada kat sana. Aku kena bilik 3 dan Azlee kena bilik satu. Rupanya si BJ pun ada sama. Dia satu bilik ngan aku. Kena giliran ke 15 dan BJ yang terakhir iaitu nombor 22. Sebelum dipanggil, aku borak panjang dengan BJ. Borak pasal kem dan keja.
Tiba giliran aku, baca bismillah dulu sebelum masuk. Ada 2 pegawai penemuduga. Pompuan dua-dua. Banyak borak biasa jer. Yang berkaitan cuma dia tanya tugas seorang Penolong Penguasa Kastam dan suruh aku terangkan pasal Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Aku hentam saja apa yang aku terfikir dan aku tahu.
Sebelum balik, Azlee bagi tape video cam suruh aku convert ke HDD dia. Sebelum sampai rumah, ambik bini dulu kat sekolah.
12-05-2005 - Pagi, hujan lebat wo.... Dalam pukul 6.20 pagi baru reda. Lepas hantar bini ke sekolah, balik rumah tengok TV jap. Dalam pukul 8.30 pagi, keluar ke KK. Nak pergi ke Wisma Dang Bandang. Urus pasport adik ipar. Jalan jem pulak dah... Dekat 1/2 jam jem kat lampu isyarat Likas tu.
Habis urusan kat Wisma Dang Bandang tu, balik. Singgah beli roti canai jap. Sampai rumah Hani dah bangun. Tengah mandi dengan Mak Alang dia. Dengar saja suara bapak dia, terus nak keluar dari bilik air tu.
Petang, kepala rasa pening skit. Tido le apo lagi. Bangun, jam dah menunjukkan pukul 4.00 petang. Bangun sembahnyang asar dan makan nasi. Lepas tu keluar dengan anak bini pergi pasaraya Servey jap. Beli nestum Hani. Kemudian kami ke taman dekat belakang Kompleks Sukan Likas.
Malam, Azlee call tanya pasal temuduga esok pagi. Ok jer aku jawab. Pakaian formal. Malamni pun ada tuisyen bebudak UPSR tu. Mak dia dah tanya petang tadi. Ada ke tidak kelas malam nih?
Macam-macam hal...
Kalau yang tak ada kereta, mungkin tak perasan sangat hal ni. Yang saya paling tak puas hati ialah tempat letak kereta kat KK, Inanam, Likas dan beberapa tempat lagi yang saya pernah kunjungi. Pemilik kereta ni kebanyakannya suka parking kenderaan mereka ni sesuka hati. Kekadang tu satu kereta sampai dua lot parking. Bukan sekali dua saya tengokperkara ni berlaku. Mungkin selepas ini saya nak ambil gambar dan letak kat sini. Biar orang tengok kereta siapa yang suka parking sesuka hati dan menyusahkan orang lain.
Orang lain pun nak parking jugak. Timbang rasa la sikit. Jangan ingat nak senang diri sendiri saja. Orang lain pun bayar parking jugak.
Saya syorkan kepada mereka yang jaga parking ni, kasi dua tiket parking sekali gus kepada mereka yang sengaja parking satu keta masuk dua lot parking. Tak pun, tarik kereta tu. Letak kat tepi pantai atau mana-mana kawasan lapang.
11-05-2005 - Pergi Wisma Dang Bandang untuk urus pasport adik ipar yang akan balik ke Semenanjung hujung bulan ni. Server Down pulak. Semua komputer kat kaunter tak boleh guna. Beli borang jer. Lepas tu balik. Singgah kat Plaza Likas hantar 'comforter' kat kedai dobi, beli roti canai, balik rumah. Alamak, minyak keta nak habis. Isi minyak dulu da..... Minyak pun dah naik harga. Dulu RM1.40/liter. Sekarang ni dah RM1.50/liter.
Dalam pukul 3.00 petang, pergi ke sekolah. Nak update laman web pusat sumber. Ingat nak install MS-Frontpage dulu tapi CD-ROM dia tak boleh baca CD. Update mana yang boleh saja lah. Ada cikgu bawak pelajar masuk perpustakaan. Mula-mula ok jer tapi lepas tu jadi macam pasar ikan bila semuanya bercakap. 2/3 kali dilarang tapi tak endah jugak. Cikgunya tah ke mana pulak. Baik tak payah bawak masuk perpustakaan kalau nak buat bising jer.
Malas nak layan bunyi bising dalam pustaka tu, ajak bini pegi pasar cari lauk. Pegi pasar kat belakang Pasar Filipine tu. Banyk ikan dan makanan laut yang segar.
Kat rumah, kawan aku si Nor PKN telefon. Adik dia dapat panggilan temuduga Kastam hari sabtu nih. Dia tanya, aku ada 'orang dalam' ke? Mana la aku kenal sangat orang kastam ni. Yang kenal pun cuma sorang je. Laki bini aku kat sekolah tu. Kata si Nor PKN, ada orang dalam yang boleh tolong tapi kena RM2000. Confirm dapat terus. Ish... gilo. Tu dah kira rasuah. Awal-awal lagi dah nampak rasuah dalam KAstam ni. Belom keja lagi tu. Duit haram tu woi.....
Malam, si Nico datang nak 'burn' cd mp3. Cari lah lagu apo yang ko nak Nico.... Beratus lagu dalam komputer tu. Janji ko bayar...
10-05-2005 - Pagi, hantar bini ke sekolah. Lepas tu ke perpustakaan SEMI. Godek komputer yang lembab tu. RAM dia rendah kot. Sebab tu la lembab skit. Pastu update laman web SEMI skit. Nak edit banyak tak boleh sebab tak ada bahan dan PC kat pustaka tu tak install MS-Frontpage untuk buat laman web.
Buat e-mel untuk Pusat Sumber Semi. Daftar kat www.time.net.my . Pastu daftar gak kat www.cjb.net untuk pandekkan alamat Pusat Sumber SEMI tu. Nanti senang jer nak taip alamat dia ; www.pusatsumbersemi.cjb.net jer.
Balik rumah dalam pukul 9.00 pagi. Hani dah bangun. Awalnyer dia bangun. Tengok Astro jap. Pastu godek PC. Update laman web. Tambah apa yang patut. Taip catatan skit. Edit bahagian galeri foto. Nak tambah beberapa bahagian.
Fikir punya fikir, dah lama tak update laman web nih. Sibuk sangat. Pastu kat rumah tak ada line telefon plak tu. Nak pegi CC jauh. Alih-alih, update yang baru terus tukar paparan dia. Tukar tema skit. Yang dulu tu nampak serabut. Tangan ni gatal sangat nak taruk macam-macam benda kat laman web ni. Biasalah tu.... Terlalu exited buat laman web masa tu. Update yang baru ni, taruk apa yang patut je lah. Apapun tahniah kepada "aku" sebab boleh buat laman web ni. ( Cesss... masuk bakul, angkat sendiri )
Malam, pergi rumah cikgu Ibrahim kat flat guru depan SK Inanam 2. Baiki komputer dia skit. Dia punya MS-Office ter'block'.
09-05-2005 - Pergi ke CC untuk upload paparan baru laman web NoorSham. Hari ni, pagi cuaca cerah tapi petang mendung macam semalam. 2/3 hari ni hujan jer. Tapi ok gak ler sebab sejuk sikit. Kalau tak, malam pun panas. Tido tak pakai selimut pun. Mandi pun 3/4 kali sehari.
08-05-2005 - Laman web telah di ubah suai kepada paparan yang baru dan lebih ringkas. Banyak perkara yang tidak dapat dipaparkan dan dirasakan tidak perlu, terpaksa dibuang. Dalam masa yang sama, projek untuk membuat laman web Pusat Sumber SEMI diteruskan juga. Laman web tersebut telah didaftarkan di Yahoo, Geocities. Masih dalam proses pembikinan.
Dalam pukul 5.30 petang, bawak anak bini beriadah kat taman dikomplek sukan Likas sampai pukul 6.15 petang. Hari nak hujan. Terpaksa balik awal.
07-05-2005 - Cadangan untuk mengemaskini laman web Noorsham.
27-04-2005 - Saya tamat tugas sebagai jurulatih Modul Kenegaraan Siri 2 / Kumpulan 2-2005 di Kem KK Di Bawah Bayu, Tuaran, Sabah.
26-04-2005 - Pameran Kenegaraan oleh Modul Kenegaraan di Kem KK Di Bawah Bayu. Dirasmikan oleh Datuk Raden Maleh.