|
|
|
|
|
|
![]()
Nama penuh, Mohd Sham Zurinda Bin Hassan. Saya ler webmaster website ni. Juga webmaster untuk website www.geocities.com/pusatsumbersemi/ . Pengalaman dalam bidang perkomputeran ni sejak di tingkatan 3 lagi. Belajar komputer ni sendiri-sendiri dan bantuan rakan-rakan yang sudi berkongsi ilmu mereka. Buat laman web ni pun balajar sendiri. Ada la rujuk buku dan kawan-kawan kat internet ni. Sesapa yang nakberkenalan tu boleh ler antor e-mel kat saya di alamat [email protected] . Itu pun kalau rajin, saya bukak ler. Selama saya berkecimpun dalam bidang perkomputeran ni, ada gak ler yang dengki sampai memfitnah saya kat internet. Tapi tuhan itu Maha berkuasa. Yang salah tetap mendapat hukumannya. Lupa nak bagi tahu plak. Saya ni berasal dari Pasir Mas, Kelantan. Anak Kelantan jati. Ingat dulu saya terus menetap di Semenanjung saja. Paling tidak pun takat KL je. Cam mimpi je saya sekarang ni dah tercampak kat Sabah. Dah 2 tahun di Sabah.
Ini siapa lagi kalau bukan isteri saya. Noor Fathilah Binti Jaafar namanya. Beliau adalah salah seorang guru di SMK Inanam. Manis orangnya. Kalau tak manis, masakan saya terpikat. Seorang isteri yang sukar dicari ganti. Beliaulah segala-galanya. Mengajar mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Isteri saya ni pulak.... sama ler. Orang kelate gak. Satu kampung, satu sekolah dan pernah satu kelas ngan saya dulu ni. Nak buat camano. Dah jodoh..... Apa pun saya bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana dikurniakan seorang isteri sepertinya. Insan yang memahami diri saya dan layanannya sungguh baik. Kalau nak berkenalan dengan dia boleh hantar e-mel dia di alamat [email protected] atau [email protected] . |
|
This site was last updated 11-Mei-2005