UNTUK IBU BAPA
Isu-isu dan permasalahan masa kini, punca-punca dan cara membantu
mereka |
Sejak
kebelakangan ini, golongan remaja semakin mendapat perhatian daripada
segenap lapisan masyarakat. Media
massa
seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang kenakalan
remaja yang masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang melanda
mereka ini. Teennet berpendapat, mengetengahkan cerita dan berita
sedemikian bukanlah semata-mata langkah yang perlu diambil untuk
menyelesaikan kemelut ini. Apa yang lebih penting, kita perlu mengkaji
dengan lebih mendalam dengan mengenalpasti isu sebenar, menyenaraikan
punca-punca dan
cuba
mencari alternatif penyelesaian terhadap permasalahan ini.
Minggu ini, kami menyiarkan
sebuah kertas kerja yang difikirkan amat relevan dengan permasalahan
yang hangat diperkatakan masakini. Diharapkan ia menjadi suatu cetusan
yang dapat membuka minda para ibu bapa dan menyedarkan remaja agar
lebih berhati-hati di dalam menghadapi cabaran hidup kini.
PENDAHULUAN
Adakah benar bahawa zaman remaja merupakan zaman yang penuh dengan
pergolakan emosi, hasil daripada pelbagai tekanan? Atau, adakah
pergolakan ini hanya semasa remaja dan akan reda apabila sudah dewasa?
Bagaimana pula dengan pendapat yang mengatakan bahawa konflik antara
remaja dan orang tuanya tidak dapat dielakkan? Akhirnya, betulkah
terdapat jurang perbezaan yang besar dari segi nilai antara remaja dan
ibu bapanya?
Dengan membaca kertas kerja ini,
adalah dijangkakan bahawa anda akan tahu tentang isu-isu masalah
sosial kaum remaja, punca-punca dan bagaimana anda boleh membantu para
remaja menghadapi isu-isu mereka. Tumpuan khas akan diberikan kepada
punca keluarga dan bagaimana mengatasinya. |