|
Tembakau mungkin merupakan satu bahan yang paling merbahaya yang biasa
digunakan oleh manusia. Ia boleh dikaitkan dengan kematian.
Banyak berita memaparkan tentang
pelbagai penyakit akibat tabiat merokok. Antaranya, batuk kering,
kanser paru-paru, kanser mulut dan sebagainya. Merokok juga boleh
menimbulkan perasaan takut, gementar, risau, bimbang, resah,
melemahkan akal, mengurangkan nafsu makan, menguningkan wajah dan gigi,
menyempitkan pernafasan, menjadikan manusia malas dan lemah, dan
sebagainya.
Mengapa manusia masih merokok,
walaupun mereka tahu ia merbahaya? Jawapannya ialah KETAGIHAN. Nikotin
adalah sejenis dadah di dalam semua produk tembakau yang memberi
ketagihan kepada penggunanya. Kesannya sekuat dadah yang haram seperti
heroin atau kokain. Ia menyerang sedikit-sedikit dan meletakkan
penggunanya di ambang maut!
Rokok membunuh ramai penghisapnya -
beribu manusia setiap tahun. Sekiranya anda merokok, dapatkanlah
bantuan untuk berhenti. Proses menghentikannya memanglah susah, tetapi
itulah satu-satunya cara untuk menyelamatkan kesihatan anda. Sekiranya
anda bebas daripada tembakau, jangan cuba mengubahnya!
|